Hari ini dilaporkan dalam suratkhabar Brunei Times bahawa seramai 35 orang pencari kerja tempatan telah menandatangani kontrak untuk berkerja dengan pihak swasta selama 2 tahun. Mereka-mereka ini akan menjawat jawatan sebagai jurujual, pembersih dan buruh. Sebagai persetujuan mereka untuk berkerja selama 2 tahun dengan pihak swasta, Kerajaan kita akan memberikan saguhati berjumlah B$2,500. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Persoalannya sekarang adalah apa akan terjadi kepada mereka ini selepas 2 tahun?
Adalah amat disanjung akan segala usaha-usaha Kerajaan kita dalam membantu anak-anak tempatan kita untuk mendapatkan perkerjaan. Akan tetapi pada pendapat saya, kita boleh membantu anak-anak tempatan kita dengan lebih baik lagi jika kita:
a. Menjamin perkerjaan dengan Kerajaan kepada mereka-mereka yang bersedia dan mahu menerima gaji minima (scale F). Atau
b. Melaratkan segala elaun-elaun dan kemudahan yang diterima oleh pihak awam pada ketika ini kepada mereka-mereka yang berkerja dengan swasta.
Sebenarnya saya pernah menyentuh perkara yang sama dalam coretan saya yang terdahulu dan kita boleh bacanya di sini. Sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa mutlak untuk membuat wang Brunei, kita tidak perlu berasa gusar akan kemampuan Kerajaan kita untuk berbuat seperti di atas. Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, Kerajaan kita tidak akan menjadi muflis dengan matawangnya sendiri. Menjadi muflis dalam matawang sendiri adalah satu perkara yang mustahil. Kita boleh rujuk perkara ini di sini.
Seperkara lagi yang perlu kita fahami, pihak swasta bukanlah sebuah entiti amal. Mereka memasuki alam perniagaan adalah semata-mata berusaha untuk mengumpulkan wang Brunei (nak kaya). Maka menaruh harapan yang amat tinggi kepada pihak swasta dalam menyediakan perkerjaan adalah kurang bijak. Jika kita pernah melagukan lagu bangau oh bangau kita akan mengetahui bahawa wang yang dicari -cari oleh pihak swasta selama ini di dalam negara kita datang daripada satu sumber sahaja.......Kerajaan kita!!!!!...
Kerajaan kita adalah pengeluar utama wang Brunei (currency issuer) dan kita sebagai rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam adalah pemakai utama wang Brunei (currency user). Itu perbezaan yang perlu kita semai dalam permikiran kita! Negara kita tidak perlu menunggu hasil minyak dan gas untuk berbelanja. Malah jika kita memahami wang, kita akan mendapati semua wang di dalam dunia ini adalah free. Mahal lagi air luir! Tidak percaya sila baca di sini.
Fikir-fikirlah.................