Khamis, 19 April 2012

Apa Tidak Ada Kesudahanya?

Kelmarin seorang ibu muda berusia 26 tahun dan mempunyai 5 orang anak telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak B$500 kerana kesalahan mencuri. Mengikut laporan yang ditulis, ibu muda tersebut mencuri kerana ingin memberi makan anak-anaknya, meskipun beliau menerima bantuan kebajikan dari Kerajaan. Oleh kerana besar kemungkinan bantuan yang diterima tidak mencukupi maka ibu muda tersebut "terpaksa" mencuri. Kita boleh baca sepenuhnya di sini. Sudahlah tidak mampu untuk menyara anak-anaknya, kini terpaksa pula mencari wang sebanyak B$500 untuk membayar denda.

Seperti yang pernah dicoretkan sebelum ini, nampaknya apa yang ditulis menunjukan ada kebenaran yang mana sebilangan daripada rakyat dan penduduk negara kita berada dalam keadaan yang terdesak. Bukan saya untuk memegahkan diri dengan tulisan saya selama ini akan tetapi ini adalah kenyataan yang kita hadapi pada ketika ini. Oleh kerana desakan kehidupan ada di antara kita sanggup untuk menipu, mencuri dan merempat.

Apa tidak adakah kesudahanya?

Saya rasa perkara-perkara yang saya bangkitkan selama ini ada penyelesaianya itupun jika kita mahu memahami akan kebolehan negara kita untuk membantu mereka-mereka yang memerlukan. Malahan bukan setakat mereka-mereka yang memerlukan sahaja yang dapat dibantu, seluruh raykat dan penduduk negara ini pun, dapat kita pastikan atau jaminkan akan kesenangan hidup mereka sepenuhnya.

Jika kita memahami erti sebenar negara monetari berdaulat, bualan kita selama ini mengenai rakyat dan penduduk negara kita yang sentiasa membebani ataupun mengusut kerajaan selama ini tidak akan timbul. Pada padangan saya itu adalah tugas dan tanggungjawab sebagai sebuah negara monetari berdaulat untuk memastikan yang rakyat dan penduduknya mendapat kesenangan hidup sepenuhnya.

Secara fitrahnya negara kita boleh sahaja memberi segala kemudahan dan kesenangan hidup. Nak beri B$1,000 setiap seorang pada setiap tahun boleh saja. Nak beri B$1 juta seorang pun boleh bah. Ianya tidak akan mengugat kewangan negara kita. Duit Brunei tidak akan pandai habis walaupun sampai hari kiamat. Lainlah halnya kalau kita nak bawa duit ke dalam kubur. Akan tetapi negara perlu bijak dalam memberikan bantuan tersebut tanpa mengugat ekonomi negara. Bak pepatah, seperti menarik benang dalam tepung - benang tak putus, tepung tidak bersepah.

Jestru itu saya amat berharap agar negara kita memahami konsep negara monetari berdaulat agar segala kemelut yang dihadapi oleh sebilangan rakyat dan penduduk negara kita dapat dileraikan dengan baiknya. Banyak sudah cadangan yang saya berikan di dalam blog ini cuma yang tinggal adalah untuk kita menilai dan melakukannya sahaja.

Fikir-fikirlah.....