Kelmarin saya ada membaca satu laporan mengenai pihak bank kita berasa lega dengan adanya situasi akan menjadi sediakala setelah tempoh tamat pembayaran balik kad kredit akan berakhir tidak lama lagi. Kearah itu pihak bank sedang dan telah membuat persediaan untuk menerima lebih banyak lagi pelanggan. Berita sepenuhnya boleh kita baca di sini.
Saya tidak tahu apa pandangan semua mengenai bank tapi yang selalu belegar di dalam kepala saya adalah "Kenapa Kita Perlu Ada Bank Swasta?". Kenapa tidak Kerajaan sahaja menjadi bank kita? Mari kita kupas perkara ini.
Bank swasta mempunyai satu matalamat iaitu mencari keuntungan melalui perniagaan wang. Kebanyakan keuntungan mereka adalah melalui pembuatan pinjaman wang. Bank tidak mempunyai benda atau barang untuk dijual, apa yang mereka ada cuma produk kewangan seperti kad kredit, pinjaman peribadi, perumahan, perniagaan, dan sebagainya.
Pada pandangan saya jika pihak Kerajaan menjadi bank, masalah pengambilan riba dapat kita atasi. Sebagai contoh sahaja, pada ketika ini pihak Kerajaan kita memberikan bantuan atau pinjaman tanpa faedah dalam pembelian kerita, membuat rumah ataupun memiliki rumah, membeli baskial, motosangkut. Kita boleh lihat di sini.
Kalau kerajaan menjadi bank, masalah bank muflis (ingat Bank National Brunei) tidak akan timbul. Semua wang simpanan rakyat dan penduduk dijamin 100 peratus selamat. Kerajaan boleh sahaja menyimpankan wang rakyat dan penduduk negara ini sama seperti Kerajaan meyimpan elaun sara hidup. Malahan dapat pula memberi dividen kepada simpanan tersebut sehingga 5 peratus. Bukan itu saja rakyat dan penduduk boleh menyimpan ke dalam TAP dan mendapatkan dividen yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan bank swasta. Selain daripada itu juga pelaburan kita bersama Kerajaan adalah dijamin halal. Maka dalam hal ini, Kerajaan tidak perlu menubuhkan Koperasi Perlindungan Simpanan Brunei Darussalam (Brunei Darussalam Deposit Protection Corporation) untuk menjaga wang simpanan rakyat dan penduduk di dalam bank swasta.
Jika Kerajaan menjadi bank, segala jenis-jenis produk bank yang ganjil-ganjil tidak akan timbul kerana bank Kerajaan tidak mempunyai motif untuk mencari keuntungan. Dengan adanya perkara tersebut dunia tidak akan menghadapi kemelut kewangan seperti sekarang ini yang mana berpunca dari sikap rakus bank.
Dengan adanya bank Kerajaan, orang-orang pendalaman akan mendapat kemudahan perbankan melalui pejabat pos. Ketika ini, pejabat pos boleh kita dapati di mana-mana saja bukan seperti bank swasta. Contoh, cari tah bank swasta di Labi, mana ada kan? Yang ada pejabat pos! Pejabat pos sekarang bukan lagi macam pejabat pos dulu. Sekarang pejabat pos membolehkan kita membayar bil air, lektrik, astro, dst, cukai jalan, money order dan sebagainya. Kita boleh baca selanjutnya di sini.
Nah! tuan-tuan dan puan-puan, apa kita masih memerlukan bank swasta? Fikir-fikirlah.