Kelmarin ada satu rencana yang dibuat oleh suratkhabar Brunei Times mengenai saran yang dibuat oleh seorang pakar dalam kewangan islam, Dr Saad Al-Harran iaitu negara kita perlu memikirkan untuk menubuhkan sebuah bank masyarakat. Tujuan saran tersebut dibuat adalah untuk memberi pembiayaan mikro kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan dan mereka-mereka yang tinggal dipendalaman. Kita boleh baca selanjutnya di sini.
Apa yang ingin saya bangkitkan adalah mengenai kelojikan saranan tersebut. Cuba kita bayangkan saranan tersebut - memberi pinjaman kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan? Luruskah tu? Setahu saya mana ada bank dalam dunia ini memberi pembiayaan begitu sahaja tanpa memikirkan untung-ruginya. Cari tah ia!
Ini boleh kita sahkan di dalam laporan itu sendiri di mana pihak bank kita boleh memberikan pembiyaan mikro hanya melalui kemudahan Ar-Rahnu - (mengadaikan emas secara islam). Pinjam wang dengan cagaran emas!
Mana ada bank mahu rugi!!!
Selain daripada itu juga jika kita terus membaca laporan tersebut, ada sebilangan pihak bank kita perlu memikirkan impak ekonomi terlebih dahulu daripada impak sosial dalam menyediakan kemudahan pembiayaan mikro. Malahan ada pihak bank kita lebih mementingkan keselamatan wang si-penyimpan kerana kecendrungan "non-payment" oleh si-peminjam mikro tersebut.
Kan, mana ada bank mahu rugi!!!
Seperti yang pernah saya coretkan minggu lepas dan kita boleh bacanya di sini, perbankan swasta ditubuhkan dengan satu tujuan - mencari untung melalui perniagaan wang. Bank ditubuhkan bukan kepentingkan masyarakat tapi untuk kepentingan pelabur.
Sebenarnya kita tidak perlu menambah beban kepada rakyat dan penduduk melalui kemudahan pinjaman mikro. Apa yang perlu adalah pihak Kerajaan kita untuk menyediakan grant kepada mereka-mereka yang kurang berkemampuan untuk lebih berdikari.
Bantulah mereka membina perniagaan dengan kemudahan kewangan tanpa riba atau untung. Bantulah mereka dalam pertanian dengan menyediakan tapak, benih, baja, peralatan dan latihan. Dan sebagainya. Kerajaan tidak perlu mengambil kira keuntungan kerana jika mereka-mereka ini berjaya, Kerajaan juga akan meraih keuntungannya melalui peningkatan perniagaan, pertanian dan sebagainya.
Jika pun grant tersebut tidak terbayar oleh si-peminjam, Kerajaan masih boleh membuat wang seterusnya. Wang kita tidak akan pernah habis selagi kita mengamalkan sistem kewangan fiat.
Lagipun wang itu free bah!!!....