Rabu, 11 April 2012

Puisi Kehidupan

Sebelum negara kita menjadi apa yang ianya sekarang, majoriti rakyat kita hidup dengan berbakti kepada tanah. Tiada siapa yang benar-benar mati kebuluran jika dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Tanam ubi kayu di belakang rumah, dan makan. Kini ianya bukan kes begitu lagi.

Tiada siapa yang mempunyai tanah yang cukup besar bagi menanam makanan asas yang diperlukan untuk diberi makan kepada keluarganya. Jadinya dia perlu berkerja bagi mendapatkan wang untuk membeli. Tiada lagi terdapat lagi kes-kes rumah ladang, setiap orang perlu membeli tempatnya berteduh, ataupun terpaksa menyewa. Untuk berbuat demikian, dia perlu menjana pendapatan.

Kita tidak dapat kembali ke masa yang lampau seperti diawal 1900, apabila kehilangan pendapatan orang akan kembali kepada pertukaran barangan yang mereka buat, makan apa yang mereka semai, dan tinggal di dalam bangunan yang mereka bina. Sekarang, kita perlu membeli semuanya!

Hari ini, kita memerlukan seseorang yang berkuasa untuk menyediakan semua orang dengan perkerjaan dan pendapatan bagi mendapatkan kehidupan yang asas - sama ada melalui seorang bangsawan yang berkuasa atau orang yang mempunyai kawalan monopoli terhadap semua faktor pengeluaran utama, di mana dia tidak mempunyai perasaan takut kalau orang mengeluarkan wang atau pendapatan darinya........

Ataupun sebuah kerajaan yang tahu bagaimana untuk mengimbangi dengan betul antara mengwujudkan pendapatan bagi rakyat dan penduduk melalui perbelanjaan, dan memastikan bahawa wang tersebut mempunyai nilai yang cukup untuk membeli bekalan barangan yang mencukupi.