Beberapa hari yang lalu, saya ada terbaca dalam suratkhabar Brunei Times, mengenai pihak swasta adalah kunci kepada penyelesaian masalah pengangguran di negara kita. Kita boleh baca mengenainya di sini.
Seperti yang ditulis di dalam laporan tersebut, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin telah menyeru kepada pihak swasta untuk mengambil lebih ramai lagi anak-anak tempatan kita untuk berkerja terutama sekali mereka-mereka yang mempunyai pendidikan rendah.
Secara jujurnya apa yang disarankan oleh YB Menteri HEDN adalah amat dihargai dan memang berpatutan. Namun begitu kita juga perlu akur bahawa pihak swasta bukanlah sebuah entiti yang bercorak amal. Rata-rata pihak swasta beroperasi adalah untuk mencari keuntungan dan ini adalah dorongan atau motivasi utama mereka dalam menjalankan sesuatu usaha atau perniagaan.
Sesuatu perniagaan yang mengambil perkerja adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya. Sebuah restaurant yang sentiasa dipenuhi oleh pelanggan tidak akan membuang perkerjanya begitu saja, meskipun ia membenci sebanyak mana pun terhadap pihak Kerajaan ataupun apa sahaja. Begitu juga halnya dengan sebuah firma kejuruteraan, gedung-gedung perniagaan atau yang sebanding dengannya. Akan tetapi apabila premisis mereka kosong, pihak swasta tidak akan mengambil atau mengupah perkerja baru. Ianya adalah satu pembaziran usaha-ikhtiar manusia (waste of human endeavour) sahaja. Malahan pihak swasta akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pihak awam dengan menghasilkan dan menjual keluaran mereka dengan hanya beberapa orang perkerja yang boleh dan ini dianggap sebagai produktiviti.
Adalah tidak dinafikan bahawa di dalam negara kita masih banyak perkerjaan yang boleh dilakukan oleh anak-anak tempatan kita. Jika tidak ada perkerjaan masakan kita mempunyai sejumlah besar perkerja asing di dalam negara. Akan tetapi tidak banyak anak-anak tempatan kita berminat untuk menceburi kerjaya swasta. Ini adalah kerana sebilangan kerja menawarkan gaji yang tidak begitu berbaloi atau lebih tepat lagi tidak memberi makna kepada orang-orang kita. Rata-rata kita boleh dengar dan lihat sendiri terutama sekali perkerjaan bawahan seperti buruh kasar, pembantu kedai dan yang seumpamanya, menawarkan gaji B$300-400 sebulan. Dan jika kita tolak potongan TAP dan SCP, makanan, tambang bas dan sebagainya, berapa banyaklah yang boleh kita terima dari hasil kerja tersebut.
Jestru itu saya menyarankan agar pihak Kerajaan kita untuk melaratkan segala kemudahan (ESH, EKK, tambang, dll) yang diterima oleh perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja swasta (rakyat dan penduduk tetap). Alasan saya untuk melaratkan kemudahan tersebut adalah seperti berikut:
- Meningkatkan agrigate permintaan dalaman.
- Tiada bezanya berkerja di sektor awam dan swasta.
- Perkerja swasta juga berkhidmat untuk negara.
- Memberikan pendapatan yang bermakna kepada perkerja swasta.
- Memperluaskan jenis-jenis perkerjaan di dalam negara.
- Negara kita mampu untuk menyediakannya.
Bagi pandangan saya hanya dengan cara tersebut kita akan dapat mengatasi masalah pengangguran di dalam negara kita. Saya juga percaya dengan adanya insiatif seumpamanya dari pihak Kerajaan isu masalah sosial, kemiskinan, beban hutang, pertumbuhan ekonomi negara yang agak lembab dan lain-lain juga dapat di atasi sepenuhnya.
Perlu kita ingat, dengan hanya kita mengharapakn pihak swasta semata-mata sahaja, isu pengangguran yang sering kita dibangkitkan dalam MMN tidak akan ada kesudahannya. Pihak swasta bukanlah satu pertubuhan amal yang dapat memberikan pertolongan malahan pihak swasta memerlukan wang yang dibuat dan dikeluarkan oleh pihak Kerajaan untuk menggumpul keuntungan dan kekayaan. Dan selain daripada itu pendapatan yang bermakna perlu mendapat perhatian serius kerana seperti perambahan orang inggeris "pay peanut, you get monkey" dan secara jujur orang Brunei bukannya monyet!