Kebiasaanya sebuah kisah ekonomi bermula dengan satu prinsip yang selalu diajar kepada setiap para pelajar ekonomi: perbelanjaan (spending) adalah sama dengan pendapatan (income) dan pendapatan adalah sama dengan perbelanjaan. Memotong perbelanjaan bermakna pendapatan akan jatuh; Memotong pendapatan bermakna perbelanjaan juga akan jatuh.
Kepada mereka-mereka yang tidak bersetuju dengan prinsip ini akan mengatakan bahawa hanya perbelanjaan swasta/persendirian sahajalah yang boleh mencipta kekayaan dan bahawasanya perbelanjaan Kerajaan adalah kurang cekap. Saya berpendapat bahawa perhujahan pertama adalah salah, tetapi hujah yang kedua adalah selalunya benar. Sebab itulah rakyat harus memberi perhatian yang teliti dan serius terhadap Kerajaan mereka.
Apabila perbelanjaan swasta/persendirian mengecut (contract), maka sama ada perbelanjaan kerajaan itu perlu berkembang (expand) untuk menampung pengecutan perbelanjaan swasta/persendirian tersebut atau jika tidak, pendapatan mesti mengecut.
Jika kita meningkatkan perbelanjaan hari ini dengan cara meminjam, kita membuat tuntutan pada pendapatan di masa hadapan. Keluarga-keluarga yang mempunyai hutang mesti mengalihkan sebahagian daripada pendapatan masa hadapan mereka untuk membiayai faedah dan prinsipal hutang mereka atau menghadapi risiko muflis. Kerajaan pula adalah berbeza dengan syarat mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap mata wang mereka. Mengikut definisi, tidak ada sebuah Kerajaan yang berdaulat yang boleh menjadi muflis di dalam mata wang mereka sendiri.
Fikirkan tia...