Baru-baru ini Timbalan Menteri kita di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong telah menyatakan bahawa KDNK kita tidaklah begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan purata serantau. Mengikut kenyataan beliau, sejak lima tahun kebelakangan lalu, kadar purata KDNK negara adalah 0.7 peratus setiap tahun dan 10 tahun kebelakangan, secara purata KDNK adalah 1.4 peratus setiap tahun. Kita boleh baca selanjutnya di sini.
Saya pernah menyatakan perkara yang serupa tidak lama dulu dan kita boleh membaca di sini dan sini. Malahan kebanyakan coretan saya di dalam blog ini membangkitkan permasalahan KDNK negara kita. Sekarang dalam hal kali ini seorang Timbalan Menteri pula membuat kenyataaan terbuka mengenai KDNK negara kita. Yang membezakan antara kenyataan saya dan Timbalan Menteri tersebut adalah cara-cara untuk meningkatkan KDNK negara.
Dalam hal cara-cara meningkatkan KDNK negara, Dato Paduka Haji Ali membuat cadangan dengan peningkatan produktiviti di mana beliau memberikan contoh di mana seorang kerani memproses 2,000 permohonan pada tahun pertama dan meningkatkannya kepada 4,000 pada tahun kedua dan seterusnya.
Akan tetapi jika kita memahami erti KDNK ianya adalah jumlah terakhir nilai pasaran bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara pada tahun tertentu, di mananya ianya sama dengan jumlah perbelanjaan pengguna, pelaburan dan kerajaan, dicampurkan dengan nilai eksport ditolak nilai import. Dalam erti kata yang lain, KDNK berhubung kait dengan wang, duit, usin, pulus!!!..
Bagi saya cara yang terbaik untuk meningkatkan KDNK negara adalah dengan Kerajaan kita untuk berbelanja lebih dan semua perbelanjaan tersebut akan meningkatkan pendapatan rakyat dan penduduk negara kita. Sebagai contoh memberi elaun atau gaji kepada semua anak-anak sekolah kita. Ataupun melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh pihak perkerja awam kepada semua perkerja swasta kita. Dalam erti kata yang lain, semua rakyat dan penduduk kita perlu mempunyai kemampuan untuk berbelanja. Jangan 99 peratus rakyat dan penduduk kita hanya mampu untuk berbelanja B$1 dan 1 peratus rakyat dan penduduk negara kita pula sahaja yang mampu untuk berbelanja B$100.
Pokoknya untuk menaikan KDNK negara kita, Kerajaan perlu berbelanja lebih dan ianya mesti sampai ketangan rakyat dan penduduk agar mereka dapat berbelanja di dalam negeri dan meyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dan cara-cara untuk Kerajaan kita untuk berbelanja ada saya buat dalam coretan-coretan saya di dalam blog ini.