Selasa, 17 April 2012

Cadangan Tambahan Kepada RKN 10

Pada nukilan kali ini dan bersama dengan pelancaran RKN 10, saya ingin membuat cadangan tambahan kepada RKN 10. Mungkin cadangan ini agak terlambat untuk dibukukan di dalam buku RKN 10 tapi bak pepatah orang inggeris "better late than never".

a. Ekonomi
  • Mentiadakan cukai korporat.
  • Menjadikan negara sebagai Duty Free Country.
  • Menubuhkan syarikat korporat negara untuk membina dan menjalankan perindustrian berat seperti penapisan minyak, aluminum, urea, silica, pesawat terbang, pertahanan, perkapalan, perubatan, kincir angin, panel suria dan sebagainya tanpa menunggu pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment).
  • Menubuhkan badan membeli dan pemasaran bagi produk-produk tempatan seperti pertanian, kraftangan, perikanan, dan sebagainya.
  • Menyediakan baja, benih,bibit, racun, bantuan teknikal secara percuma dan mencukupi kepada pengusaha-pengusaha tempatan.
  • Memberi grant kepada mereka-mereka yang berkeinginan untuk berniaga.
  • Membina Akuarium Negara, Pusat Kesenian Kebangsaan, Stadium Negara, Pusat Salji, Litar Lumba, Madame Tussauds, Taman Hiburan dan Permainan yang unggul (masuk percuma).
  • Membina lebih banyak pusat makan - seperti konsep Newton Circus di Singapura.
b. Pendidikan
  • Memberi elaun kepada semua anak-anak sekolah kita bermula dari peringkat pra hingga kedoktoran.
  • Memberi grant atau membiayai sepenuhnya mereka-mereka yang berkeinginan untuk belajar (life long learning).
  • Membina lebih banyak lagi institusi pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah dengan sasaran 1 guru 15 orang penuntut.
c. Sosial
  • Mewartakan gaji minima - B$550.
  • Melaratkan semua elaun dan kemudahan yang diterima oleh pihak awam kepada pihak swasta.
  • Memberi gaji, elaun dan segala kemudahan awam kepada semua athelitit-athelitit negara.
  • Meningkatkan pencen tua, elaun OKU, balu dan sebagainya selaras dengan kadar inflasi negara.
  • Membina pos-pos polis, pejabat pos, balai bomba, ambulan bagi setiap kampong.
  • Membina taman-taman permainan, persukanan, kolam renang disetiap kampong.
 
Itu adalah sebahagian daripada cadangan saya. Pada pandagan saya, Kerajaan kita mempunyai kemampuan untuk melakukan di atas tanpa mencacat atau melemahkan kedudukan kewangan negara kerana sebagai sebuah Negara Monetari Berdaulat, kita boleh membuat wang yang diperlukan tanpa menunggu hasil pendapatan minyak dan gas.

Brunei Yakin!