Khamis, 5 April 2012

Apa Kita Nak Buat?

Kita telah dimaklumkan dalam suratkhabar bahawa tertuduh yang dikatakan telah melakukan penipuan kerja telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Kita boleh baca selanjutnya di sini.

Pada dasarnya orang berkerja atau berniaga mempunyai satu matalamt iaitu mengumpul wang. Perkerjaan ataupun berniaga cuma langkah atau cara untuk mendapatkan wang - dalam konteks negara kita, mendapatkan wang Brunei.

Pada pandangan saya, kisah penipuan kerja ini telah menampakan kepincangan kita dalam menanai isu perkerjaan di dalam negara kita. Lebih daripada itu juga ianya menampakan kepada kita betapa "kepupungan" rakyat dan penduduk negara kita dalam usaha mereka mencari kewangan dalam menjana kehidupan mereka sehingga sebilangan mereka terperangkap dalam skim penipuan.

Sekarang apa kita nak buat? Kita beri saja wang Brunei?

Jika kita beri saja wang Brunei, saya rasa banyak orang kita akan berhenti kerja atau berhenti berniaga. Buat apa susah-susah berkerja atau berniaga untuk mendapatkan wang Brunei? Betulkah?! Selain daripada itu apakah kita sanggup melihat atau menerima orang asing menjadi polis, tentera, kastam, immigresn, posmen dan sebagainya di dalam negara kita? Saya rasa tentu tidak kerana jika segala perkerjaan tersebut dilakukan oleh orang asing, silap-silap kita pula jadi orang asing. Jadi bagaimana caranya?

Bagi saya adalah mudah. "Keduhung" kita sudah menjadi sebuah Negara Monitari Berdaulat, saya cadangkan agar Kerajaan kita membuat peraturan gaji minima (B$500 sebulan) dan juga melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja swasta. Beri perkerja swasta kita elaun sara hidup, elaun kurnia khas, elaun pelajaran anak sekolah, elaun hitung batu, skim pinjaman kerita, rumah, tambang haji, tambang 4 tahun dan sebagainya. Kita boleh baca lebih lanjut lagi akan coretan saya mengenai perkara ini di sini.

Saya percaya jika Kerajaan kita melakukan demikian, banyak perkerja Indon, Bangla, Thai, Vietnam, Pakistan dan lain-lain lagi akan raung-raung menangis kerana tidak mempunyai perkerjaan lagi di dalam negara kita. Selain daripada itu juga saya yakin KDNK negara akan naik, menjana perekonomian yang sihat dan pada waktu yang sama Negara akan mendapat doa kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini.