Semasa saya berada di ICC untuk mendengar forum RKN 10 baru-baru ini, saya berkesempatan untuk melihat-lihat pameran yang diadakan. Di antara pameran yang menarik perhatian saya adalah pameran dari pihak BEDB.
Tidak dinafikan pihak BEDB telah pun berkerja keras untuk memajukan ekonomi negara kita. Berbagai usaha dan inisiatif telah diungkayahkan oleh pihak BEDB. Dari kilang methanol hingga keperumahan negara. Semua ini diungkayahkan dengan satu tujuan iaitu memangkin keperbalgaian sektor ekonomi negara kita.
Namun begitu apa yang ingin saya mempersoalkan adalah strategi BEDB dalam membangun perekonomian negara melalui pelaburan langsung asing (foreign direct investment). Berasaskan paradigma ini BEDB begitu taksub dalam usaha mereka untuk menarik pelabur asing untuk melabur terus memajukan ekonomi negara kita. Kita boleh baca perkara ini melalui laman sesawang mereka di sini.
Persoalannya sekarang, kenapa dengan wang kita? Apa wang kita tidak ada nilai? Kenapa wang kita tidak boleh digunakan untuk membangun ekonomi negara kita?
Inilah persoalan yang selalu bermain dalam fikiran. Pada pandangan saya, wang kita tidak bezanya dengan mana-mana wang yang ada dalam dunia ini. Ianya mempunyai nilainya tersendiri dan diterima diseluruh dunia. Sebagai contoh sahaja, kita pernah melantik beberapa konsultan dari luar negara untuk membuat kajian dan Kerajaan kita membayar mereka dengan wang kita. Atau kita boleh lihat sendiri projek yang sedang berjalan di Lapangan Terbang kita. Sejumlah B$130 juta telah diperuntukan untuk membangun lapangan terbang tersebut dan pihak Changi Airport Consultants / AECOM Asia dan Trans Resources Corporation telah bersetuju untuk melaksanakan projek tersebut.
Selain perkara-perkara yang saya sebutkan di atas, kita boleh lihat dengan mata kita sendiri apabila kita melancong keluar negara seperti Malaysia, Indonesai, Thailand, Saudi Arabia, UK dan lain-lain, wang kita diterima untuk ditukar dengan wang negara tersebut. Begitu juga halnya dengan perkerja-perkerja asing yang berkerja di dalam negara kita. Kenyataanya mereka-mereka ini sanggup berkerja di negara kita dan dibayar upah dengan wang kita! Bukankah ini cukup kukuh untuk memberi gambaran kepada kita bahawa wang kita mempunyai nilai.

Jestru itu, kenapa kita perlu menunggu wang asing untuk membangun negara kita? Kenapa ya Tuan-tuan dan puan-puan. Apa kita kurang yakin dengan wang kita? Itu sebabnya saya begitu yakin jika negara kita berbelanja lebih, negara kita boleh menjadi 10 negara teratas di dalam dunia tanpa menunggu tahun 2035.
Fikir-fikirlah...