Nabi kita Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dan mengingati umatnya akan 5 perkara sebelum 5 perkara datang. Di antara pesan baginda kepada umatnya adalah seperti berikut:
- Sihat sebelum sakit.
- Muda sebelum tua.
- Kaya sebelum miskin.
- Lapang sebelum sempit.
- Hidup sebelum mati.
Mungkin para pembaca yang budiman bertanya, kenapa saya membangkitkan pesanan nabi kita dalam blog ini?
Saya membangkitkan perkara ini kerana pada pendapat saya kebanyakan kita sudah melupai pesanan tersebut. Dalam kita mengharungi kehidupan ini kita lali akan pesanan yang diberikan. Sebagai contoh sahaja, kita sudah mendengar dan membaca kisah-kisah tragis di dalam negara kita. Orang lapar mencuri. Orang daif merempat. Orang terdesak menipu dan sebagainya.
Jika kita pun ingat perkara tersebut kita sebaliknya "menempalak" mereka-mereka yang berkenaan. Kita bidas mereka kerana mencuri. Kita cakapi orang dalam kesempitan. Kita ucapkan mereka yang daif. Kita celupur apabila mereka memohon bantuan atau zakat. Kita berkata sinis - "Tahu sudah nada usin berkeraja pulang!" "Luan memilih jua" "Dulu-dulu nda mahu belajar" "Iatah luan berhutang" dan berbagai lagi. Sejujurnya tidak ada orang di dalam dunia ini mahu hidup dalam serba kekurangan. Tidak ada orang yang mahu dirinya dilahirkan cacat. Tidak ada orang mahu hidup dalam kemiskinan. Tapi tahukah kita semua itu adalah kemungkinan qada dan qadar tuhan. Jadinya siapa kita untuk menolak ketentuan tuhan? Siapa kita?!!!!...
Perkara-perkara yang kita dengar dan baca selama ini tidak sepatutnya terjadi di dalam negara kita. Kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan rakyat dan penduduknya. Negara kita adalah sebuah negara monetari berdaulat. Negara kita mampu untuk memberikan sebahagian daripada kesenangan hidup kepada semua rakyat dan penduduknya.
Tapi apakan daya, kita lupa. Kita lupa yang ada sebilangan rakyat dan penduduk negara kita yang daif. Kita lupa yang sebilangan rakyat dan penduduk negara kita kelaparan. Kita lupa yang sebilangan rakyat dan penduduk negara kita hidup dalam keadaan terdesak. Kita lupa!...Malahan kita lupa kepada titah Sultan kita untuk melihat negara kita sifar miskin.
Jestru itu saya menulis coretan ini untuk mengingatkan diri kita dan mereka-mereka yang lupa mengenai 5 perkara yang akan datang!
Jestru itu saya menulis coretan ini untuk mengingatkan diri kita dan mereka-mereka yang lupa mengenai 5 perkara yang akan datang!