Ahad, 30 Disember 2012

Bolehkah Pipit Menjadi Enggang?

Hari ini trebaca dalam suratkhabar tempatan mengenai usaha MIPR meningkatkan hasil pengeluaran padi negara. Mengikut laporan tersebut, pihak MIPR telah memperuntukan sejumlah B$29 juta bagi tujuan pembangunan padi negara. Selain daripada itu, laporan tersebut juga ada menyatakan bahawa hasil pengeluaran tanaman negara telah meningkat dari B$228.43 juta pada tahun 2010 kepada B$240.96 juta di tahun 2011. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Satu laporan yang amat membrangsangkan. Semua orang boleh menghala nafas lega. Semua orang boleh senyum lebar. Syukur kehadrat illahi.

Apabila membaca laporan tersebut dan cara sebilangan orang berbangga dengan pencapaian jutaan ringgit, membuatkan tertanya-tanya - apakah negara hanya mampu sekadar main jutaan sahaja? Apakah negara tidak boleh mensasarkan billion ringgit di dalam pencapaian hasil pengeluaran agrimakanan negara? Begitu juga halnya dalam soal perbelanjaan, apakah dengan wang jutaan ringgit diperuntukan ianya akan mampu memangkin pertumbuhan ekonomi kepada 6 peratus setiap tahun?

Kenapa perkara ini dibangkitkan?

Kerana laporan ini!!!! Negara China merancang untuk meningkatkan defisit belanjawan negara 50 peratus kepada 1.2 trillion yuan pada tahun 2013. Ini gara-gara untuk memangkin kadar pertumbuhan KDNK mereka kepada 8 peratus. Tuan-tuan dan puan-puan boleh baca laporan tersebut dan buat perbandingan dengan negara. Betulkan apa yang sering dipercakapan di dalam blog ini....GROWING ECONOMY NEEDS GROWING SUPPLY OF MONEY!!!!......

Nah cuba bandingkan dengan negara. Setiap tahun negara akan memperuntukan belanjawan negara B$5~6 billion setahun. Dan setiap tahun juga negara akan mencatat pertumbuhan KDNK negara kurang 3 peratus. Ianya kurang 50 peratus daripada sasaran negara di dalam wawasan 2035 iaitu 6 peratus setiap tahun. Jestru itu apakah negara perlu berbangga dengan catatan pertumbuhan seperti mana yang dilaporkan di atas? Sesungguhnya negara tidak ada bezanya dengan negara China. Jika negara China boleh sahaja mencap duit yuan sampai 1.2 trillion demi kemajuan negaranya, kenapa negara tidak boleh mencap usin Brunei B$10 billion agar sasaran 6 peratus dapat dicapai setiap tahun.

Akhir kalam SELAMAT MEYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2013.......

Rabu, 26 Disember 2012

Kaya-kaya Bajau

Kelmarin terpapar di dalam suratkhabar tempatan mengenai kisah seorang balu beranak 2 yang "terpaksa" mencuri kerana gara-gara terdesak untuk hidup di atas bumi bertuah ini. Oleh kerana kurang mahir di dalam melakukan jenayah curi, balu tersebut telah tertangkap, dibawa kemuka pengadilan dan dijatuhkan hukuman denda B$1,000 atau jika gagal membayar dalam tempoh satu minggu, akan dipenjara selama satu bulan. Berita selanjutnya boleh dirujuk di sini

Tapi tahukah semua, kes ini bukan pertama kalinya terjadi. Tahun ini sahaja sudah beberapa kes yang seumpamanya telah dipaparkan. Sila rujuk sini, sini, sini, sini. Itu baru kes-kes yang kedapatan. Bayangkan sahaja kes-kes curi yang tidak kedapatan. Hairan bin Ajiab sebuah negara yang dikatakan diantara yang terkaya di dalam dunia mempunyai kes sedemikian. Tapi itulah hakikatnya. Negara meskipun dianggap kaya tapi masih juga mempunyai rakyat dan penduduk yang hidup dalam serba kekurangan.

Apa yang nyata adalah bahawa coretan yang dibuat selama ini adalah betul. Kebanyakan rakyat dan penduduk negara ini kapih. Luar sahaja nampak bergaya tapi dalam banyak kosong. Bilang orang mempunyai telipon bimbit tapi bersms memakai watsapps! Gaya saja lebih tapi rumah ikut skim perumahan negara ataupun skim perumahan rakyat jati! Itulah kata orang - kaya-kaya bajau. Tapi apakah perkara itu harus terjadi. Apa kiranya rakyat dan penduduk boleh menjadi kaya jika wang B$1 juta diberikan kepada setiap rakyat dan penduduk negara ini?

Renung-renungkanlah..........

Khamis, 20 Disember 2012

Si Luncai Dengan Labunya

Agak menyedihkan apabila membaca laporan akhbar hari ini mengenai usaha negara dalam memajukan sistem penganguktan awam dan juga pembuatan produk halal di dalam negara. Entah sampai bila orang akan sedar bahawa apa yang dianggap sukar dilakukan sebenarnya tidak memerlukan pakar roket untuk menyelesaikannya. Inilah akibatnya apabila sebilangan orang mempunyai kefahaman yang salah mengenai kebolehan negara dalam menjana kemajuan negara.

Contoh pertama yang ingin dibangkitkan adalah mengenai sistem pengangkutan awam yang ada pada ketika ini. Mengikut laporan akhbar, pihak berkenaan sedang berusaha untuk menjadikan sistem bas negara lebih mesra pelanggan. Diantara cadangan yang telah diutarakan ialah kod warna bas, membuat peta laluan yang lebih menarik, perubahan harga tambang dan sebagainya. Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

Yang menarik semua ini ialah penswastaan sisitem pengangkutan bas negara. Betulkah ni? Tidakkah mereka-mereka yang telah dipertanggungjawabkan ini mengambil ikhtibar dengan sistem pengangkutan awam di luar negara? Dikatakan tidak tahu, tidak juga patut kerana pada firasat mereka-mereka ini sudah juga membuat lawatan kerja ke luar negara. Tahukah semua bahawa sistem pengangkutan awam adalah usaha negara. Ianya diungkayahkan oleh negara itu sendiri dan bukannya pihak swasta. Itu sebabnya ianya digelar SISTEM PENGANGKUTAN AWAM. Kurang yakin dengan kenyataan ini, sila rujuk di sini.

Terus terang jika sebilangan orang masih lagi tidak mahu mengubah kefahaman mengenai sistem pengangkutan awam, sampai khiamat perkara ini tidak akan pandai selesai. Cari tia pengusaha swasta yang sanggup menanggong 100 peratus dengan memberi keselesaan yang diharapkan. Papat kuku ani.

Perkara kedua yang ingin disentuh ialah mengenai usaha negara untuk mengadakan taman penghasilan makanan halal. Menurut laporan sudah 10 tahun perkara ini telah dicadangkan dan sampai sekarang tidak ada pelabur yang datang melabur. Berita selanjutnya boleh dibaca di sini. Nda parah di mana tu!!!. 10 tahun menunggu buah yang tidak akan pandai gugur. 10 tahun negara palak-palak. Satu dekad negara mengharap. Patutkah tu??!!

Persoalanya kalau tidak ada pelabur asing yang mahu kenapa negara sendiri tidak mengusahakannya? Kenapa perlu tunggu duit orang lain? Apa negara kehabisan duit? Tidak mungkin sebabnya baru-baru ini negara telah melabur B$21 juta di Sabah dalam usaha ternakan kerbau. Kalau itu boleh dilakukan oleh negara melalui syarikat negara Bandtree Sdn Bhd, kenapa tidak boleh dibuat di dalam negara? Bukankah negara mempunyai Semuan Holding, kenapa BIA tidak melabur dari sana? Jika negara tidak mahu mengusahakannya berikanlah grant B$100 juta kepada mana-mana pengusaha tempatan yang mahu melakukannya. Insyallah, anak tempatan negara akan mampu melakukannya.

Begitulah persoalan demi persoalan yang timbul apabila membaca cerita-cerita yang terpapar dalam surat khabar tempatan. Jika inilah laluan yang diambil oleh negara, rasanya hasrat untuk menjadi 10 negara terbaik di dalam dunia akan tinggal kenangan dan mimpi yang indah. Ketahuilah negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara monetari berdaulat dan ianya mempunyai kemampuan untuk menyediakan sistem pengangkutan awam yang terbaik dan pengeluar utama makanan halal di dalam dunia. Sesungguhnya negara perlu merebut peluang yang sedia ada. Janganlah jadi si Luncai dengan labu-labunya.

Renung-renungkanlah...........

Sabtu, 15 Disember 2012

Cukai

Baru-baru negara telah mendapat tangga ke 22 dari 185 buah negara di dalam dunia ini mengenai kesenangan untuk membayar cukai. Dalam kalangan negara-negara ASEAN, negara terletak ditangga ke 3. Perkara ini telah didedahkan oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) dan International Finance Corporation (IFC). Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

Satu perkara yang amat membanggakan. Tapi persoalannya kenapa sebuah negara monetari berdaulat perlu mengambil semula wangnya sendiri?

Seperti mana semua orang telah maklum, sudah 41 tahun sistem kewangan dunia telah mengamalkan matawang fiat - matawang yang tidak berasaskan dengan apa-apa jua benda. Dengan matawang fiat sesebuah negara boleh membuat sebanyak mana pun wang yang diperlukan. Tidak perlu mempunyai emas untuk dijadikan sebagai sandaran kepada matawang yang dibuat. Zaman sekarang wang tidak perlu lagi ada kertas polymer untuk dibuat. Tekan saja beberapa kekunci di atas papan kekunci komputer, wang sudah boleh dibuat. Wang sekarang hanya '1' dan '0' di dalam dunia maya komputer.

Jadinya jika itu adalah hakikatnya, kenapa sesebuah negara perlu mengambil semula wang yang boleh dibuatnya pada bila-bila masa sahaja? Hairankan?!

Seperkara juga jika negara mentiadakan sebarang cukai - menjadikan negara sebagai sebuah negara bebas cukai, rasa-rasanya apa yang akan terjadi? Rasa-rasanya, negara boleh:

a.  Menjadi destinasi pelancongan membeli-belah yang terhebat di dalam dunia.
b.  Menarik banyak peniaga-peniaga asing datang ke negara dan membuka kedainya di sini.
c.  Menarik pengusaha-pengusaha besar datang ke negara dan membuka kilang-kilang mereka di sini.
d.  Menjadi pusat perdagangan dan kewangan dunia.

Renung-renungkanlah..........

Khamis, 13 Disember 2012

Pelaburan Langsung Asing - Azimat Mustajab?

Hampir setiap kali apabila membicarakan mengenai kepelbagaian ekonomi negara, orang akan berkata perlunya negara untuk membuka ruang seluas-luasnya bagi pelaburan langsung asing (FDI). Seolah-olah pelaburan asing ini semacam azimat yang mustajap. Secara jujurnya, apa sebenarnya kelebihan wang asing ini?

Jika dilihat secara sepintas lalu memang ada kelebihannya. Contohnya kalau duit UK, nilainya hampir 2 kali ganda dari wang negara. Begitu juga halnya wang US, Euro dan sebagainya. Tapi kelebihannya setakat itu sahaja. Selebihnya wang asing masih tetap sama dengan wang negara. Kerana apa? Kerana kesemua wang di dalam dunia ini sedang mengamalkan sistem kewangan fiat. Wang yang tidak didokong dengan emas, minyak dan sebagainya. Semua ini bermula apabila dunia meninggalkan sistem Bretton Woods pada 15 Ogos 1971.

Jadinya kenapa begitu taksub dengan wang asing? Apa kurangnya dengan wang negara? Yang lucunya semua ini adalah apabila wang asing itu masuk ke dalam negara ianya perlu ditukar kepada wang negara. Ini disebabkan wang negara adalah wang resmi. Bukannya wang pound, dollar, won, rupiah dan sebagainya. Jikalau itu adalah hakikatnya, kenapa tidak gunakan wang negara sahaja untuk mempelbagaikan ekonomi negara? Kenapa perlu tunggu wang asing?

Renung-renungkanlah.............

Selasa, 11 Disember 2012

Apa Dia Inflasi?

Banyak orang begitu taksub mengenai inflasi. Ketaksuban ini akan menjadi-jadi apabila ianya dikaitkan dengan pembuatan wang. Rata-rata orang mempunyai kepercayaan bahawa pembuatan wang yang berlebihan pasti membawa kadar inflasi yang tinggi. Meskipun blog ini pernah mengatakan bahawa pembuatan wang itu tidak membawa inflasi namun begitu kepercayaan itu masih juga menebal disetiap pemikiran orang.

Apa dia inflasi? Secara definasi inflasi terjadi apabila adanya peningkatan harga secara purata terhadap barangan dan perkhidmatan yang terjual. Kebanyakan orang akan mendapat maklumat mengenai inflasi melalui laporan indeks harga pengguna (IHP) yang dikeluarkan pada setiap masa oleh pihak Kerajaan. Ada juga mengetahui inflasi melalui perbandingan harga yang terdapat di gedung-gedung perniagaan. Pokoknya inflasi terjadi apabila harga barangan dan perkhidmatan yang terjual meningkat daripada kebiasaanya.

Tapi apakah punca sebenar kenaikan harga tersebut? Adakah ianya disebabkan pembuatan wang yang berlebihan?

Sebelum mengupas dengan lebih mendalam lagi persoalan yang dikemukan, seorang perlu akur bahawa kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terjual bukannya terjadi dengan magic. Maksudnya harga yang telah ditetapkan TIDAK berubah dengan sendirinya. Kurang yakin dengan kenyataan tersebut?! Perkara ini boleh dibuktikan dengan membeli sesuatu benda, sebagai contoh, telur ayam. Setelah membeli telur ayam dengan harga B$6.20 satu tray, cuba tuan-tuan dan puan-puan letakkan di atas meja dapur dan perhatikan jika harganya akan berubah naik. Ataupun letakkan wang B$10 ribu ataupun B$1 juta disebelah telur tersebut dan lihat jika harga telur tersebut akan berubah. Apakah harganya akan melonjak naik?

Apa yang ingin disampaikan di sini ialah perubahan harga itu bukan terjadi dengan sendirinya. Ianya hanya terjadi apabila ada seseorang yang membuat keputusan secara sedar (conscious decision) untuk menaikan harga telur tersebut. Ya tuan-tuan dan puan-puan, punca sebenar kenaikan harga ataupun perkhidmatan adalah apabila si pulan bin si pulan membuat keputusan untuk menaikan harga. Itu saja. Itulah punca sebenar inflasi.

Kenapa seseorang itu mahu dengan senghaja menaikan harga jualanya? Kerana dia tahu yang dia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Tidak ada seorang pun yang boleh menghalang sipenjual untuk menaikan harga jualannya. Tidak percaya? Lihat sahaja harga durian diawal musim buah. Siapa yang menetapkan harga B$5 sekilo? Tuan yang punya durian kan yang menetapkan harga?!!!

Jika begitu, tidak adakah cara untuk mengawal kuasa si penjual untuk menaikan harga sesuka hatinya? Secara jujur, tidak ada. Namun begitu impak kesan kenaikan harga boleh dikawal agar ianya tidak begitu membebankan sipembeli. Bagaimana? Dengan cara berikut:

a.  Membuat kawalan harga.
b.  Memberi subsidi.
c.  Menaikan kadar faedah.
d.  Jangan beli (kuasa pengguna).

Begitulah apa dia inflasi dan tatacara pengawalannya. Apa yang penting jangan terlalu terburu-buru melebalkan pembuatan wang membawa kesan inflasi. Nya orang liyat-liyat dulu. Jangan suka hentam keromo.

Renung-renungkanlah..........

Ahad, 9 Disember 2012

Orang Suka Gigiran

Banyak orang suka gigiran. Belum apa-apa lagi sudah terkinjat. Makin diatil makin kuat lagi gigirannya. Malah ianya menjadi sebagai bahan jenaka kepada sebilangan orang. Gigiran itu bagaikan satu budaya kepada sebilangan orang. Kenapa perkara ini dibangkitkan?

Kerana belum lama blog ini ada menyuarakan ataupun mencadangkan agar setiap rakyat dan penduduk di negara ini diberikan B$1 juta ringgit. Belum apa-apa lagi, bermacam-macam gigiran dapat dibaca dan diterima - dari harga durian hingga nasi katok B$10 sebungkus. Nda gigiran di mana tu. Itu kalau bukan gigiran ndatah tahu tu lagi. Yang lucunya tidak ada seorang yang membaca sepenuhnya akan cadangan tersebut. Cuma sekadar membaca tajuk.

Jika dibaca semula cadangan tersebut, ianya tidak mengatakan untuk Negara memberikan wang B$1 juta begitu sahaja. Cadangan tersebut mengatakan untuk Negara memberikan wang B$1 juta SETELAH rakyat dan penduduk negara berkerja 30 tahun. Tidak percaya rujuk semula di sini. Jadinya di mana blog ini menganjurkan pemberian B$1 juta begitu sahaja??. Iatah ertinya orang mudah gigiran. Belum apa-apa sudah terkinjat.

Selain daripada itu, cadangan yang diutarakan juga memerlukan wang yang diberikan untuk dibayarkan hutang, membeli rumah dan pelaburan. Tidak ianya mengatakan, "Nah! wang kudil ambil tia duit B$1 juta ani!". Tidak adakan?!! Cadangan tidak menyuruh setiap orang di dalam negara ini untuk menjawat duit B$1 juta.

Kenapa mesti ada syarat untuk mendapatkan wang B$1 juta?

Apabila blog ini membuat cadangan ianya bukan bererti ianya cadangan hentam keromo. Setiap cadangan yang dibuat telah dikaji dan selidiki terlebih dahulu agar cadangan yang dibuat itu masuk akal dan tidak menjahanamkan negara. Sepertimana kata-kata yang terdapat di dalam blog ini, Tanpa data atau fakta, abiskita hanya seorang yang mempunyai pendapat.

Berbalik semula kepada pemberian B$1 juta dan syarat-syarat yang diberikan bersama. Tujuan setiap warga negara ini berkerja 30 tahun adalah agar tidak ada orang yang malas. Selain daripada itu ianya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti negara. Kalau ganya memberi B$1 juta seorang dengan begitu sahaja, papat kuku ani, kalau ada orang yang mahu berkerja! Dengan adanya dorongan B$1 juta ini, negara boleh sahaja mempunyai ramai perkerja. Negara boleh sahaja ada petani yang boleh memberikan setiap rakyat dan penduduk makan. Negara boleh sahaja ada guru yang membolehkan mendidik setiap anak bangsa. Negara boleh sahaja mempunyai polis yang membolehkan menjaga keselamatkan rakyat dan penduduk dari jenayah. Dan berbagai lagi perkerjaan yang boleh dilakukan oleh setiap anak bangsa demi kemajuan bangsa, agama dan negara.

Selain daripada itu dengan adanya setiap rakyat berkerja dan berusaha, ianya akan menjana pertubuhan ekonomi yang sihat dan mampan. KDNK negara boleh naik. Lihat sahaja contoh negara China. Apabila Kerajaan memobilisasi rakyatnya untuk berkerja, bukankah KDNK negara itu melonjak sampai 8~11 peratus setiap tahun. Nah bandingkan dengan negara ketika ini. Baru naik 1 peratus, semua orang bertepuk gemuruh.

Yang sedihnya semua ini, blog ini sudah memberikan fakta sebelum cadangan B$1 juta dibuat bahawa membuat wang yang banyak tidak akan membawa inflasi. Malah cukup dengan formula matematik bahawa membuat wang itu tidak membawa inflasi. Namun masih juga orang gigiran. Masih juga orang membuat kurafat yang bukan-bukan. Masih juga ada orang percaya akan tahyul dengan membuat perbandingan seperti negara Zimbabwe.

Sebilangan orang tidak sedar bahawa negara Zimbabwe menghadapi hiperinflasi adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Di antaranya:

a.  Produksi negara Zimbabwe jatuh menjunam apabila President Mugabe merampas tanah pertanian. Ini membuatkan produksi agrimakanan jatuh sehingga 80 peratus.

b.  Pasarana negara Zimbabwe seperti landasan keritapi juga menghadapi krisis kerana negara tersebut gagal untuk memelihara dengan baik pasarana tersebut. Ini membuatkan kos penggankutan tinggi.

c.  Zimbabwe telah mengalami kemarau yang panjang membuatkan kebanyakan hasil pertanian negara tersebut gagal.

d.  Kekacauan politik dan peperangan yang dimulakan oleh Mugabe dan kaum orang putih telah membuatkan negara Zimbabwe kurang stabil. Korupsi telah menjadi-jadi.

Itulah adalah diantara faktor-faktor kenapa negara Zimbabwe mengalami hiperinflasi. Kerana kegagalan negara itu menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan membuat harga melonjak naik. Bukan kerana negara itu mencetak wang berjuta-juta! Negara sendiri pernah mengalami perkara yang serupa apabila negara telah menghadapi kekurangan bekalan bawang tidak lama dahulu. Ingat semua? Harga bawang melonjak naik sehingga ada yang sampai B$8 sekilo. Apakah itu berpunca daripada pembuatan wang yang melulu? Tidakkan!!!

Berbalik kepada analogi durian dan wang, apakah semua orang tahu bahawa kejatuhan harga durian itu bukan kerana inflasi. Tapi ianya digelar deflasi. Apabila ada kejatuhan harga barangan ianya adalah deflasi seperti mana yang terjadi kepada negara Jepun pada ketika ini. Dan ini juga menunjukan kepada semua kenapa setiap rakyat dan penduduk negara itu perlu berkerja 30 tahun agar banyak benda dan perkhidmatan dapat diungkayahkan dan harganya tidak akan melambong naik! Itu sebab kenapa orang suka melabur di negara China sebab penduduknya ramai dan tenaga kerjanya murah. Bukan pasal wang bergantang-gantang!

Seperkara juga, apabila memperkatakan pemberian wang B$1 juta, ada orang yang gigiran mengatakan bahawa harga nasi katok akan naik sampai B$10 sebungkus! Tapi buat apa dibeli nasi katok harga B$10 sebungkus. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh?. Ini boleh disamai dengan tindakan sebilangan rakyat dan penduduk yang suka berbelanja keluar negara seperti Miri dan Limbang. Kerana apa? Kerana barangan yang terjual di Limbang dan Miri adalah lebih murah jika dibandingkan dengan  harga di dalam negara. Bayangkan minyak Buruh 5 kg. Di sini harganya B$14 sebotol di sana lebih kurang B$6~7 sebotol. Jadinya patutkah membeli nasi katok yang berharga B$10 sebungkus?

Itulah kenapa orang suka gigiran. Belum apa-apa sudah pot-pet-pit. Tidak mahu menilai dan memahami. Suka membuat andaian. Last-last diucapkan tidak pandai bersyukur. Sesungguhnya semua orang bersyukur tapi agama juga meyuruh setiap orang berusaha. Kalau tidak silap agama menyuruh semua orang berusaha dahulu dan jika usaha itu berjaya ataupun gagal, agama menuntut semua orang bersyukur. Bukan sebaliknya.

Begitu juga halnya, kenapa blog ini ada. Ianya adalah bertujuan untuk memberi wadah kepada semua lapisan masyarakat agar semua orang dapat membuat tindakan yang berasaskan kepada fakta dan data. Bukannya mengikut naluri. Kesian kalau negara mempunyai kemampuan untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat dan penduduk tetapi tidak mahu menggunakannya ataupun mengambil kesempatan dengan apa yang ada.

Renung-renungkanlah..........

Selasa, 4 Disember 2012

Entahlah Badar......

Nampaknya negara akan menghadapi masalah besar dalam isu kewangan. Apa tidaknya?! Kelamrin negara telah menerima satu nasihat dari seorang pakar kewangan islam mengenai keperluan sesebuah negara untuk meminjam wangnya sendiri bagi membiayai satu-satu projek negara. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Cuba renungkan persoalan yang berbangkit. Sebuah negara monetari berdaulat seperti Negara Brunei Darussalam yang mana mempunyai kuasa mutlak membuat wangnya sendiri, perlu meminjam wang yang dibuatnya bagi membiayai projek-projek negara. Lojikkah anjuran tersebut?

Jika diamati cerita yang dilaporkan, semua orang akan nampak bahawa tidak ada entiti yang akan mendapat imbalan yang lumayan dari kelakuan sebuah negara yang meminjam wangnya sendiri selain pihak yang meminjamkan itu sendiri - dalam hal ini, pihak bank.

Satu perkara juga, agama islam melarang umatnya untuk berhutang. Malah perkara ini selalu dilaung-laungkan dalam khutbah Jumaat. Namun begitu, negara dianjurkan untuk membuat hutang. Yang lebih menyayat hati ialah ianya dilakukan atas nama pembiayaan islam atau berlandaskan konsep islam.

Perlu diketahui sebuah negara monetari berdaulat tidak mempunyai isu kesolvenan dalam membiayaai segala keperluan negara. Sebuah negara monetari berdaulat tidak perlu meminjam wangnya sendiri untuk berbelanja. Sebuah negara monetari berdaulat boleh sahaja membuat sebanyak mana wang yang diperlukan tanpa menjual atau meminjam. Semua itu boleh dilakukan semenjak dunia mengamalkan kewangan fiat bermula 15 Ogos 1971.

Renung-renungkanlah...........

Khamis, 29 November 2012

B$1,000,000 Seorang!

Kali ini rasa nak buat kelainan daripada apa yang biasa dibuat di dalam blog ini. Kali ini ingin mencadangkan satu saranan yang mempunyai potensi besar dalam memakmurkan negara dan rakyat. Cadangan ini pada pandangan sebilangan orang mungkin agak extreme tapi rasanya jika diteliti dengan betul ianya mempunyai asas yang tertentu.

Apa kata jika negara memberikan setiap rakyat dan penduduk di negara ini B$1,000,000 dengan syarat-syarat berikut:

a.  Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

b.  B$1 juta hanya diberikan kepada mereka-mereka yang telah berkerja di dalam negara selama 30 tahun. Bagi mereka-mereka yang berkerja diluar negara ianya mestilah di atas keperluan negara itu sendiri.

c. Jenis perkerjaan adalah terbuka kepada apa sahaja seperti petani, nelayan, pelukis, buruh dan lain-lain. Pokoknya mestilah halal dan tidak menyelahi segala undang-undang negara sama ada sivil ataupun syariah.

d.  Wang B$1 juta hanya boleh digunakan untuk membeli rumah, membayar hutang dan pelaburan.

e.  Pelaburan akan diungkayahkan oleh pihak Kerajaan di mana hasil pelaburan akan dicuramkan ke dalam akuan si pelabur itu sendiri sama ada cara bulanan ataupun tahunan.

Selain daripada itu, mereka-mereka yang memperolehi pekerjaan akan menerima keistimewaan seperti berikut:

a.  Pencen bulanan minima B$2,000.

b.  Skim pinjaman perumahan B$150,000 dengan bayaran B$150 sebulan untuk selama 30 tahun. Baki hutang akan dipotong apabila menerima wang B$1 juta itu nanti.

c.  Dan segala kemudahan yang lain seperti mana yang terdapat pada ketika ini.

Rasional bagi cadangan ini adalah seperti berikut:

a.  Memberikan peluang kepada rakyat dan penduduk negara untuk menikmati hari-hari tua mereka dengan penuh bermakna lagi seperti berbuat amal kebajikan, umrah, haji dan sebagainya.

b.  Memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk memperolehi perkerjaan tanpa ada monopoli oleh warga tua.

c.  Mengalakan rakyat dan penduduk negara untuk lebih produktif and innovatif.

d.  Memberi peluang kepada rakyat dan penduduk untuk memiliki rumah sendiri.

e.  Mengurangkan jurang diantara rakyat dan penduduk negara yang mampu dan tidak mampu.

f.  Memangkin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mampan dan berdaya saing.

Renung-renungkanlah...........

Rabu, 28 November 2012

Sadisnya Kelas Pertengahan

Kadang-kadang terasa juga terkilan apabila mendapati kehidupan orang yang berada mempunyai banyak kelebihan. Mana tidaknya, menjadi orang kelas atasan berbagai kemudahan disediakan. Ada disediakan kerita, telefon bimbit, subsidy lektrik dan air, ada driver, terbang kelas pertama ataupun bisnes, menjadi ahli lembaga syarikat dan berbagai lagi. Sehingga letak kerita VIP pun kena disediakan di kedai-kedai. Begitu juga halnya mengenai orang yang kurang berada. Tak mampu, masuk sahaja dalam suratkhabar gerenti berbagai bantuan akan dihulurkan.

Nah sekarang cuba bandingkan dengan mereka-mereka yang berada dipertengahan. Tidak ada sebarang keistemewaan langsung. Tak ada driver. Bil telefon bayar sendiri meski pun bos telefon pakai telefon free. Terbang kena pakai kelas ekonomi. Rumah kena bayar sendiri dan bermacam-macam lagi. Yang tragisnya, apabila mereka-mereka yang berada dipertengahan ini berada di dalam kesempitan dan meminta bantuan, mereka akan dipandang serong. Minta itu ini kena ucapkan tidak pandai bersyukur. Minta lebih kena labelkan terlalu tamakan harta benda. Kalau tak mampu langsung, alamat nama masuk dalam suratkhabar (muflis).

Yang memberi sedih mengenai semua ini adalah, mereka-mereka yang berada dipertengahan merupakan pemangkin kemajuan dan ekonomi negara yang sebenarnya. Mereka-mereka inilah kulikang-kulikang negara. Mereka-mereka inilah pentadbir, pengurus, pembuat dan pelaksana. Begitu juga halnya dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara. Kelas pertengahan adalah sumber pembeli dan pemakai terbesar kepada segala perkhidmatan dan barangan yang ada terjual di dalam sesebuah negara. Tanpa mereka ini KDNK negara tidak akan meningkat. Papat kuku ani.

Nak harapkan orang berada untuk menjana ekonomi, berapa banyak mereka-mereka itu yang akan membeli-belah di dalam negara. Lagi pun berapa ramai yang kaya? Nak harapkan orang yang kurang berkemampuan memangkin pertumbuhan ekonomi - berapa banyak mereka ini mempunyai kemampuan untuk membeli-belah. Nak belanja pun terpaksa minta bantuan.

Itulah ironi kehidupan seorang kelas pertengahan. Kelas yang sering diperkatakan tidak pandai bersyukur. Kelas yang selalu diperkatakan luan tamaha. Tapi kenyataannya mereka-mereka inilah rahmat kepada semua. Tanpa mereka, hidup pasti akan menjadi lebih susah.

Renung-renungkanlah..............

Selasa, 27 November 2012

Bida'ah Wang

Hampir setiap orang tahu apa itu Bida'ah terutama sekali bida'ah yang menyentuh mengenai agama. Namun begitu tidak banyak orang tahu mengenai bida'ah wang - satu bida'ah yang paling buruk dalam kehidupan manusia pada ketika ini. Kenapa? Kerana gagal untuk memahami erti wang yang sebenarnya, banyak orang mempunyai kehidupan yang agak perit. Tidak mempunyai perkerjaan. Hidup miskin dan daif. Bergelempangan dengan hutang. Jenayah yang berleluasa dan sebagainya. Semuanya gara-gara bida'ah wang. Antara bida'ah yang bersemadi kuat di dalam setiap jiwa orang adalah:

Bida'ah Pertama - Wang perlu "dicap".  Ini adalah kefahaman semua orang bahawa membuat wang itu perlu "dicap" ataupun dicetak. Tapi kenyataanya adalah sebaliknya. Membuat wang tak perlu dicap ataupun dicetak. Zaman sekarang wang dibuat dengan hanya menekan kekunci di atas papan kekunci komputer. Itu saja. Contoh terbaik adalah sistem TAFIS negara. Gaji ataupun pembayaran perkhidmatan tidak memerlukan wang dipaksa masuk ke dalam komputer untuk pihak Kerajaan membuat pembayaran. Sesorang hanya perlu memeriksa ke dalam mesin ATM untuk menentukan jika pembayaran telah dikreditkan ke dalam akuan.

Bida'ah Kedua - Wang itu adalah polymer.  Semua orang mempunyai kepercayaan apabila menerima kertas polymer daripada sesiapa sahaja bahawa dia telah menerima wang yang sebenarnya. Tapi tahukh semua bahawa kertas polymer itu cuma resit hutang Kerajaan. Wang itu sebenarnya adalah notasi dan nombor. Makusdnya wang itu tidak boleh dicium, dipegang atau diramas-ramas oleh sesiapa pun. Ianya tidak wujud sepertimana yang disangkakan. Kurang yakin? Sekarang bayar bil letkrik dan air boleh dilakukan secara on-line - tidak memerlukan polymer untuk membayar, betul kan!

Bida'ah Ketiga - Wang adalah hasil jualan minyak dan gas.  Rata-rata orang mempunyai pendapat bahawa untuk Kerajaan mempunyai wang, negara terpaksa menjual sesuatu seperti minyak. Tapi tahukan semua bahawa kepercayaan tersebut adalah lapok. Ini kerana pada 15 Ogos 1971, seluruh negara di dalam dunia ini sudah tidak lagi mengamalka sistem matawang yang berasaskan komoditi. Tidak percaya? sila rujuk di sini. Sekarang wang dunia sedang mengamalkan sistem wang fiat. Satu sistem yang berasaskan kepada akikah dan kepercayaan. Contoh terbaik, cuba buat pembayaran sayur yang dibeli di Tamu Kianggeh dengan menggunakan matawang US dollar.

Bida'ah Keempat - Wang yang banyak membawa inflasi.  Kebanyakan orang mempunyai pandangan bahawa wang yang banyak membawa inflasi. Tapi tahukah semua, sampai sekarang tidak ada sebarang bukti yang kukuh menunjukan bahawa wang yang banyak boleh membawa inflasi. Contoh yang membawa banyak kemajuan dan kesenangan ada pulang. Perhatikan sahaja pada ketika ini, tanpa perbelanjaan yang banyak dibuat oleh pihak Kerajaan, inflasi negara masih juga meningkat dari sebulan ke sebulan. Sana sini orang berkunyayang pasal harga barangan dapor semakin naik.

Bida'ah Kelima - Wang perlu disimpan untuk generasi masa hadapan.  Sebilangan orang begitu taksub bahawa sebuah negara perlu menyimpan wang untuk kegunaan generasi akan datang. Tapi orang tidak sedar bahawa negara adalah pengeluar utama wang. Hanya dia yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Kenapa simpan wang jika sendiri yang membuat wang tersebut? Dibuat selapas atu disimpan. Lojikah tu? Apakah generasi akan datang tidak mempunyai kepandaian untuk membuat wang mereka sendiri?

Renung-renungkanlah...........

Jumaat, 23 November 2012

Perlukah Negara Mengharapkan Magic?!

Semalam salah seorang timbalan menteri negara telah memperkatakan mengenai produktivity negara yang agak muram. Menurut beliau jika perkara ini tidak ditangani dengan betul ianya boleh sahaja mengugat kedudukan negara sebagai 10 negara terkaya di dalam dunia menjelang 2023. Selain daripada itu juga kadar pertumbuhan negara, menurut beliau, adalah agak mengecewakan jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN yang lain di mana negara hanya mampu mencapai pertumbuhan secara purata 1.3 peratus setiap tahun sejak 10 tahun yang lalu. Perkara ini boleh dibaca sepenuhnya di sini.

Perkara ini sudah disentuh sejak sekian lamanya. Macam mana negara nak maju ataupun rakyat dan penduduk negara ini untuk mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi jika negara tidak mahu berbelanja lebih? Apa perlu pakai magic? Jangan tah jauh lihat sahaja pada sidang pembentangan bajet negara tahun ini. Dalam wawasan negara 2035, negara memerlukan kadar pertumbuhan 6 peratus setiap tahun tapi menteri negara hanya mensasarkan 2.6 peratus. Patutkah tu!!.

Ngalih sahaja bercakap jika sebilangan mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memacu negara kehadapan mempunyai pandangan yang amat berbeza. Lihat sahaja tah dengan adanya pun jawatankuasa produktiviti negara bakal ditubuhkan, kadar pertumbuhan ekonomi dan juga produktiviti negara tidak akan melonjak naik selagi negara takut-takut untuk berbelanja. Bayangkan sahaja jika negara mempunyai pendapat bahawa kewangan negara sama seperti kewangan isi rumah. Negara perlu mempunyai pendapatan, mengumpul dan menyimpan kewangan dulu sebelum negara boleh berbelanja. Siapakah punyai ajaran tu?!

Ketahuilah kewangan negara tidak sama seperti kewangan isi rumah. Negara adalah pembuat utama wang Brunei manakala rakyat dan penduduk negara adalah pengguna utama wang Brunei. Negara boleh buat wang Brunei sendiri tapi rakyat dan penduduk negara tidak boleh buat wang Brunei. Boleh buat jika mahu masuk dalam penjara. Sesungguhnya negara tidak perlu untuk mencari pendapatan, mengumpul ataupun meyimpan wang Brunei terlebih dahulu sebelum ianya dapat berbelanja. Sekarang apa yang perlu dilakukan hanya menekan beberapa kekunci di atas papan kekunci komputer untuk membuat wang Brunei. Itu saja. Tak perlu susah-susah mencap usin.

Apa yang jelas selagi sebilangan masyarakat negara ini masih mempunyai paradigma yang salah mengenai kewangan negara maka sebanyak mana pun perjumpaan, forum, bengkel yang dianjurkan ataupun dilakukan, selagi itu negara tidak akan mahu maju kehadapan. Negara boleh memetik berbagai contoh di dalam dunia seperti yang dibuat oleh timbalan menteri mengenai negara Singapura menyediakan S$5.5 billion bagi tempoh lima tahun akan datang dalam meningkatkan kemahiran, kepakaran dan keupayaan inovatif pekerja dan perniagaan, tapi jika hakikatnya negara tidak mahu berbelanja lebih, semua itu hanya tinggal ristaan. Tidak ada makna.

Oleh yang demikian jika negara begitu serius dalam menjana pertumbuhan dan juga memberi pendapatan yang tinggi kepada rakyat dan penduduk, negara tidak perlu karit untuk berbelanja. Sekarang ini untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang mampan, pertumbuhan wang juga perlu mampan. Itu adalah asasnya. Bukannya mengharapkan magic!!!.

Renung-renungkanlah.........

Selasa, 20 November 2012

Menjana Pertumbuhan

Baru-baru ini satu laporan telah dikeluarkan mengenai perihal ekonomi negara-negara ASEAN. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan (OECD) melalui laporan mereka Prospek Ekonomi Asia Tenggara 2013 (Southeast Asian Economic Outlook 2013), mereka mendapati bahawa ekonomi negara-negara ASEAN mempunyai dayatahan (resilient) dalam menempuh badai gelombang krisis kewangan dunia yang melanda pada ketika ini. Kedayatahanan ini adalah disebabkan pergantungan yang meningkat terhadap pertumbuhan domestik. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Perhatikan kepada penyebab yang telah dinyatakan - pergantungan yang meningkat terhadap pertumbuhan domestik. Asasnya peningkatkan pertumbuhan ekonomi domestik tersebut adalah disebabkan rakyat dan penduduk negara itu begitu aktif di dalam urusuan jual beli mereka. Dalam erti kata yang lain rakyat dan penduduk negara itu mempunyai wang yang mencukupi di dalam tangan mereka untuk terus-menerus memangkin pertumbuhan domestik. Nah betulkan apa yang dibibirkan selama ini - semua orang perlu duit untuk berbelanja dan seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi domestik.

Memang tidak dapat dinafikan negara sentiasa menyediakan perbelanjaan dalam menjana pertumbuhan ekonominya. Lantas KDNK negara sentiasa meningkat dari semasa kesemasa. Ini boleh dilihat dengan laporan yang dikeluarkan oleh JPKE. Akan tetapi jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dalam ASEAN, pertumbuhan KDNK negara itu adalah kecil . Malahan pertubuhan KDNK negara tidak sejajar dengan apa yang telah diwartakan di dalam Wawasan Negara 2035 - iaitu 6 peratus setiap tahun. Yang parah lagi di dalam pembentangan belanjawan negara 2012/2013, negara sendiri telah menyatakan ataupun hanya mensasarkan pertumbuhan sebanyak 2.6 peratus. Semua itu adalah disebabkan belanjawan yang disediakan kurang mampu untuk memangkin pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi. Itu saja.

Jika dibandingkan dengan negara-negara lain di dalam ASEAN, semua orang akan nampak bahawa setiap negara tersebut menyediakan satu peruntukan belanjawan yang agak besar. Malah ada sebilangan daripada negara-negara tersebut mempunyai belanjawan deficit (lebih belanja dari pendapatan). Yang lebih hebat lagi ada negara mempunyai hutang domestik hampir separas dengan KDNK negara. Semua itu hanya gara-gara untuk mendapatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap lagi.

Pada kesimpulannya, negara perlu aggresif dalam membuat perbelanjaan negara agar rakyat dan penduduk mampu mengambil kesempatan di atas perbelanjaan tersebut. Negara perlu menafaatkan kelebihan yang ada pada wang negara agar rakyat dan penduduk negara mampu untuk terus berbelanja di dalam negara. Hakikatnya bahawa - Growing economy needs growing supply of money.

Renung-renungkanlah.........

Ahad, 18 November 2012

Apakah Semua Orang Sudah Melakukan Yang Terbaik Dan Semampunya?

Sekali sekala rakyat dan penduduk negara ini akan mendengar ucapan ataupun kata-kata pujanga mengenai keperluan rakyat dan penduduk di negara ini untuk lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada Kerajaan. Kadangkala kata-kata pencetus semangat akan diselitkan seperti kata-kata yang pernah diluahkan oleh mendiang President John F Kennedy - "Asked not what the country can do for you but asked what you can do for the country". Begitu juga apabila sebilangan masyarakat berkata "berbaktilah kepada tanah" dan sebagainya.

Memang tidak syak lagi perkara tersebut adalah benar. Rakyat dan penduduk negara tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan. Rakyat dan penduduk perlu lebih bijak dalam mengatur tatacara kehidupan mereka. Rakyat dan penduduk mempunyai harga diri. Terlalu bergantung kepada sesuatu membuatkan seseorang itu hilang maruah dan keyakinan diri sendiri. Tapi persoalannya, apakah tujuan berkerajaan jika rakyat dan penduduk tidak boleh bergantung kepada kerajaan itu sendiri?

Pada pandangan, Kerajaan adalah sebuah eniti yang dibina oleh rakyat dan penduduk negara itu sendiri dengan tujuan untuk membela nasib rakyat dan penduduk. Selain daripada itu Kerajaan membolehkan sesuatu tugas atau perkara dilakukan secara kolektif dan bukan secara pensendirian. Sebagai contoh dengan adanya Kerajaan, sistem pendidikan dapat kelolakan dan tenaga pengajar dapat diambil dan diupah untuk mengajar anak bangsa itu sendiri. Begitu juga halnya dalam isu keselamatan. Bayangkan jika negara itu tidak mempunyai pasokan polisnya sendiri? Apakah rakyat dan penduduk negara itu boleh hidup aman damai?

Tapi apa yang lebih penting ialah kemampuan Kerajaan untuk membina suasana persekitaran ekonomi yang kondusif. Maksudnya dengan adanya campurtangan pihak Kerajaan dalam ekonomi segala kemudahan dan keistemewaan dapat semua orang kecapi dan nikmati. Sebagai contoh sahaja wang yang diterbitkan oleh Kerajaan. Dengan adanya wang tersebut, kesemua rakyat dan penduduk dapat berurusan sesama sendiri dengan lebih mudah. Tidak perlu membawa beberapa ekor kerbau ke bilik pameran kerita GHK untuk ditukar dengan sebuah kerita Lancer EX. Nda paning pehin Goh!

Apa yang ingin dibangkitkan disini adalah hubungan wang Kerajaan dengan rakyat dan penduduk negara itu sendiri. Realitinya pada ketika dan saat ini, wang adalah suatu benda kepunyaan negara. Ianya bukan milik sesiapa. Ini dapat dibuktikan dengan melihat wang itu sendiri. Ianya unik bagi setiap sebuah negara. Mana ada ringgit Brunei di negara asing kan? Mana ada Kerajaan di dalam dunia ini yang membuat wang Brunei! Setiap negara mempunyai wang mereka tersendiri, jestru itulah ianya milik negara.

Dengan adanya wang negara, rakyat dan penduduk itu dapat berurusan dengan sesama mereka. Tidak ada kekeliruan akan timbul apabila wang negara diguna pakai. Tak percaya cuba beli nasi katok dengan menggunakan matawang rupiah! Oleh sebab Kerajaan itu dibina oleh rakyat dan penduduk negara itu sendiri maka wang yang dikeluarkan atau diterbikan adalah menjadi keyakinan kepada semua pihak. Bayangkan setiap rakyat dan penduduk negara itu dibenarkan untuk membuat wang mereka sendiri? Wang siapa yang harus dipercayai dan digunapakai? Mahu pehin Goh memakai ataupun menerima pakai wang pehin Hapidz?

Nah sekarang tanya pada diri sendiri, apakah rakyat dan negara tidak boleh bergantung kepada Kerajaan? Apa yang jelas rakyat dan penduduk negara perlu bergantung kepada Kerajaan dan Kerajaan perlu bergantung kepada rakyat dan penduduk negaranya sendiri. Tanpa ada kaitan itu maka tidak akan lahirlah sebuah negara, bangsa dan Kerajaan. Contoh sahaja seperti negeri-negeri di dalam persekutuan Malaysia - mana ada orang bercakap mengenai rakyat Sarawak, negerinya ataupun Kerajaannya. Orang hanya bercakap mengenai rakyat Malaysia, negara Malaysia dan kerajaan Malaysia. Dan paling hebat lagi mana ada orang pernah nampak matawang Sarawak. Yang ada cuma matawang ringgit Malaysia!

Apabila terbaca satu laporan diluar negara mengenai sebuah negara mensasarkan tiada penggunaan wang kerta lagi di dalam urusan seharian, ianya telah membuktikan, apa yang telah dicoretkan di dalam blog selama ini adalah tepat. Wang itu cuma notasi dan nombor. Dan pada ketika ini ianya adalah "1" dan "0" dalam alam maya komputer. Jestru itu, jika wang itu bukan lagi kertas ataupun polymer dan boleh dibuat di dalam alam maya, kenapa mereka-mereka yang diberikan kepercayaan dan tanggungjawab, begitu taksub dengan wang negara? Kenapa negara perlu menunggu FDI dalam membangun negara? Kenapa negara membiarkan sebilangan rakyat dan penduduk daif? Kenapa negara membiarkan sebilangan rakyat dan penduduk menganggur?

Pada kesimpulannya kefahaman mengenai "apa yang perlu rakyat dan penduduk buat untuk negara" sepatutnya berbunyi..."Apakah negara sudah melakukan yang terbaik dan semampunya dalam memakmurkan rakyat dan penduduknya sendiri?!"

Renung-renungkanlah...........

Jumaat, 16 November 2012

Pendapatan Yang Berbaloi - Satu Kemestian

Baru-baru ini KDYMM telah pun memperkenankan bagi penubuhan satu jawatankuasa penilaian gaji bagi para perkerja di sektor minyak dan gas yang kurang berkemahiran. Perkara tersebut telah didedahkan oleh salah seorang menteri negara setelah beliau menerima aduan mengenai ketidaksamaan di dalam pemberian gaji ataupun elaun diantara anak tempatan dan bangsa asing yang berkerja di dalam sektor minyak dan gas. Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

Pemberitahuan tersebut merupakan satu khabar yang amat mengembirakan terutama sekali bagi mereka-mereka yang berkerja di sektor minyak dan gas. Sesungguhnya penubuhan jawatankuasa tersebut adalah satu langkah yang bijak dan bertepatan terutama sekali apabila negara sedang rancak dalam membangun industri minyak dan gasnya. Dengan adanya jawatankuasa tersebut serba sedikit ianya akan dapat mengimbangi segala ketidakadilan dalam bayaran papasan (gaji dan elaun) yang terdapat lebih-lebih lagi bagi anak bangsa Brunei.

Namun begitu di dalam keghairahan membangun sektor minyak dan gas ini, negara seakan-akan lupa dengan anak-anak bangsa yang lain yang tidak terlibat secara langsung dengan sektor minyak dan gas. Pada asasnya kesemua anak-anak bangsa Brunei yang berkerja di dalam sektor swasta  dan juga informal memerlukan pembelaan dari pihak Kerajaan. Sudah tiba masanya negara untuk membuat garispandu mengenai gaji, elaun, rangka kerjaya, latihan dan kebajikan bagi semua para perkerja swasta di dalam negara.

Orang perlu akur bahawa para perkerja sektor swasta dan informal mempunyai peranan yang amat penting di dalam pembangunan negara. Tanpa mereka ini apa yang pasti ekonomi negara tidak akan bergerak dan begitu juga segala perancangan negara. Bayangkan jika negara tidak mempunyai pakar ICT, apakah negara akan mempunyai rangkaian jalur internet? Tentu tidak. Begitu juga jika tidak ada buruh pembinaan, apakah semua orang akan sanggup tinggal di dalam gua atau atas pokok kayu ataupun membina istana sangkut (cerita Do Re Mi)?

Jika dilihat dan dibandingkan dengan negara-negara luar, kebanyakan mereka sudah pun menyediakan berbagai insentif kepada para perkerja swasta seperti peraturan gaji minima. Lihat sahaja laman sesawang ini. Menurut laporan tersebut hampir 197 negara di dalam dunia ini mempunyai undang-undang ataupun peraturan mengenai gaji. Tapi di dalam negara ianya masih lagi ditahap soalan di dalam MMN dan jestru tidak mempunyai jawapan yang konkrit mengenainya.

Apa-apa pun jua jika negara mempunyai kurang berkeyakinan di dalam mengadakan peraturan gaji minima oleh kerana ditakuti akan menjejaskan pertumbuhan perniagaan di dalam negara, ianya tidak menghalang bagi negara untuk menyediakan kemudahan yang lain seperti melaratkan segala elaun dan kemudahan yang diterima oleh para perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja sawsta. Ini kerana negara mempunyai kemampuan untuk menghulurkan bantuan sedemikian dengan hanya perlu menekan beberapa kekunci di atas papan kekunci komputer.

Selain daripada itu negara perlu menimbangkan untuk tidak mengadakan pemotongan TAP dan SCP kepada mereka-mereka yang mempunyai gaji B$800 kebawah. Biarlah curaman TAP dan SCP itu ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan Kerajaan. Sesungguhnya mewajibkan mereka-mereka yang mempunyai pendapatan sedemikian adalah bagai satu penganiyaan. Bagi mereka yang terdiri di dalam golongan bergaji rendah, potongan 8.5 peratus adalah satu jumlah yang amat besar.

Ketahuilah apa-apa jua cadangan yang dikemukan ini, sesungguhnya tidak akan membawa beban negara lebih-lebih lagi kepada kedudukan kewangan negara. Segala data dan fakta sudah pun disampaikan dan dihuraikan di dalam blog ini bagi mengatasi segala kemusykilan kewangan negara. Gunakanlah kelebihan negara sebagai sebuah negara monetari berdaulat dan insyallah, segala permasalahan ketidakadilan dan penangguran akan dapat di atasi sepenuhnya.

Renung-renungkanlah...........

Rabu, 14 November 2012

Berhijrahlah

Tidak berapa lama dulu, salah seorang menteri negara ini telah membangkitkan mengenai 5,000 orang rakyat dan penduduk negara ini gagal untuk memperolehi perkerjaan meskipun negara sedang mengajihi 80,000 orang rakyat asing. Menurut beliau para pencari kerja tempatan sepatutnya tidak menghadapi masalah dalam mencari perkerjaan di dalam negara ini kerana peluang-peluang pekerjaan masih banyak lagi terdapat. Laporan penuh boleh dirujuk di sini.

Sementara itu pula kementerian yang berkenaan telah menyerahkan pengurusan tempat letak kerita di ibu negara kepada sebuah syarikat swasta. Menurut kenyataan akhbar syarikat berkenaan akan menggunakan mesin "bayar dan pamer" dalam urusan penggunaan tempat letak kerita. Mesin ini akan mula beroperasi pada 16 November dan ianya diusahakan oleh sebuah syarikat bernama Haneen Parking Company. Berita penuh boleh dibaca di sini.

Nah cuba bayangkan sahaja, negara laung-laung pasal pengangguran dan syarikat swasta digesa untuk mengambil anak-anak tempatan untuk berkerja tapi kenyataannya mesin pulang yang "digajihi" untuk berkerja. Luruskah tu?!. Jadinya macam mana anak-anak tempatan memperolehi pekerjaan jika kerja yang ada diambil alih oleh mesin? Begitu juga halnya apabila pekerjaan yang sedia ada (parking attendent) dimansuhkan.

Perkara ini bukan sahaja terhad kepada parking attendent tapi sudah melarat kepada sektor perkhidmatan yang lain seperti pembaca meter air dan lektrik. Kalau dulu pembaca meter air adalah pekerja awam sekarang ianya pekerja swasta. Kalau dulu ada pembaca meter lektrik sekarang sudah ada meter pra bayar. Kalau dulu ada operator telefon sekarang sudah ada mesin penjawab telefon. Entah esok lusa apa pula yang diperkenalkan.

Persoalannya sekarang macam mana negara hendak memberi pekerjaan jika pekerjaan manual ini dibuat oleh mesin ataupun oleh bangsa asing? Tapi yang paling membinggungkan ialah kenapa negara harus meningkatkan pendapatan dalam perkhidmatan yang diberikan sedangkan negara boleh sahaja membuat wangnya sendiri. Begitu juga halnya apabila negara perlu berjimat di dalam perbelanjaannya sedangkan wang negara yang digunakan untuk membayar gaji serta elaun itu tidak akan pernah pandai habis meskipun sampai hari kiamat!!!

Entahlah sampai bila perkara ini harus berlanjutan. Sampai bilakah orang akan sedar bahawa wang itu cuma notasi dan nombor. Kertas polymer yang ada dalam poket itu cuma sekadar resit yang menandakan bahawa negara telah berhutang kepada si pemegang resit tersebut. Itu saja.

Adalah menjadi harapan dengan adanya tahun Hijrah 1434 ini, mereka-mereka yang mempunyai tanggungjawab di dalam membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat dan negara akan sama-sama membuat penghijrahan minda mengenai kewangan negara yang sebenarnya. Akhir kalam SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1434.

Selasa, 13 November 2012

Sedikit Demi Sedikt, Lama-lama Jadi Gunung Berapi!

Berjimat cermat dalam konteks mikro adalah satu kemestian. Ini adalah benar jika mempercakapan mengenai keperluan menabong oleh isi rumah (secara individu). Sebagai pengguna wang secara monopolist, keperluan menabong ataupun berjimat cermat adalah satu kewajipan kerana gagal mengawal aliran wang boleh sahaja seseorang itu terperangkap ke dalam jerat hutang ataupun kancah kemiskinan.

Jestru itu apabila salah satu institusi kewangan negara melancarkan program menyusur kampong baru-baru ini mengenai keperluan berhemah dikalangan masyarakat di negara ini ianya adalah dianggap sebagai satu langkah yang bijak. Penyedaran ini perlu dibuat pada peringkat awal-awal lagi agar masyarakat tidak akan hanyut oleh muslihat wang. Ini boleh dilihat sendiri apabila pihak Kerajaan telah mengambil langkah-langkah drastik beberapa tahun yang lalu dalam mengengkang beban hutang rakyat dan penduduk di negara ini.

Namun begitu apakah langkah-langkah berjimat cermat ini akan membawa kebaikan kepada semua?

Seperti yang dibangkitkan pada awal-awal tadi berhemah pada peringkat mikro adalah satu kemestian akan tetapi pada sekala makro ianya adalah sebaliknya. Sesungguhnya jika kesemua orang berjimat cermat secara kolektif ianya boleh membawa ketidak ketentuan kepada ekonomi negara. Perkara ini digelar Paradoks Berjimat Cermat (Paradox of Thrift). Mengikut keterangan definasi ekonomi paradoks berjimat cermat adalah

........The notion that individual savings rather than spending can worsen a recession, or that individual saving is collectively harmful. This idea is generally attributed to John Maynard Keynes, who said that consumer spending contributes to the collective good, because one person’s spending is another person’s income. Thus, when individuals save rather than spend, they cause collective harm because businesses don’t earn as much and have to lay off employees who are then unable to save. Therefore, an increase in individual savings rates is believed to create a flattening or diminishing of the total savings rate...............

Selain daripada itu, ekonomi negara boleh menjadi parah jikalau pihak Kerajaan ikut-ikitan melakukan perkara yang serupa di dalam perbelanjaannya.  Perkara ini boleh diterangkan dengan memahami formula berikut:

KDNK = Perbelanjaan Kerajaan + Perbelanjaan Bukan Kerajaan - Import Bersih

Perhatikan sahaja jika pihak Kerajaan mengamalkan dasar lebihan belanjawan dengan cara berjimat cermat dan menabong dan begitu juga pihak bukan Kerajaan seperti rakyat dan penduduk negara, apakah KDNK negara boleh mencapai 6 peratus setiap tahun seperti mana yang diharapkan di dalam Wawasan 2035? Tentu tidak kan! Ini kerana secara matematik dan lojik ianya adalah satu perkara yang mustahil. Perkara ini terbukti dengan sendirinya apabila pihak JPKE mengumumkan kadar pertumbuhan KDNK negara dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, jika negara benar-benar berkeinginan untuk melihat rakyat dan penduduk negara ini mempunyai simpanan dan juga mengelakan berhutang, pihak Kerajaan perlu bersedia untuk mengambil kendur yang tertinggal (pick-up the slack) di dalam perbelanjaan negara. Negara perlu berbelanja lebih dari biasanya bagi mendokong hasrat ataupun aspirasi dirinya sendiri dalam menentukan rakyat dan penduduk negara ini mempunyai simpanan yang mencukupi. Sesungguhnya perkara ini boleh dilakukan kerana negara adalah sebuah negara monetari berdaulat - pembuat dan pengeluar utama wang Brunei. Gagal berbuat demikian boleh sahaja membuat sebilangan rakyat dan penduduk negara ini kapih.

Asasnya pada peringkat mikro, penjimatan dan penyimpanan adalah satu kemestian lebih-lebih lagi pada peringkat isi rumah. Namun begitu jika secara kolektifnya kesemua rakyat dan penduduk negara ini berbuat demikian maka ekonomi negara akan mengalami pengecutan ekonomi yang besar. Perkara ini akan menjadi lebih buruk jika pihak Kerajaan turut mengambil sikap yang sama dan menjadikan ianya sebagai dasar utama negara.

Renung-renungkanlah..........

Ahad, 11 November 2012

Mensyukuri Nikmat


Sesungguhnya rakyat dan penduduk negara ini memang amat bersyukur dengan segala keistemewaan yang telah diberikan. Malah semua rakyat dan penduduk amat berterima kasih di atas perhatian yang diberikan oleh negara selama ini. Namun begitu apakah dengan bersyukur sahaja negara boleh meingkatkan "keistemewaan" yang sedia ada ataupun bergerak kehadapan? Apakah jangkaan (expectation) rakyat dan penduduk yang sentiasa meningkat sehari demi sehari perlu dibendung kerana mereka perlu mensyukuri apa yang ada?

Seperti yang semua maklum kehidupan pada era ini adalah amat berbeza dengan kehidupan yang lalu. Jika dulu gaya kehidupan lebih kepada gaya layback (santai) tapi sekarang ianya tidak. Hidup sekarang lebih cendrung kepada mengejar masa. Sekarang perubahan drastik sentiasa ada sebagai contoh sahaja kes pembuangan anak-anak damit. Dulu-dulu cerita sedemikian tidak pernah masyarakat di negara ini mendengarkannya tetapi sekarang ianya sudah semacam satu budaya. Begitu juga halnya kes curi yang semaikn hari menjadi-jadi. Duduk di dalam rumah pun sudah rasa tidak selamat. Pokoknya sudah berbagai jenis penyakit moden timbul di zaman ini.

Jika itu sudah terjadi apa pula halnya dengan jangkaan rakyat dan penduduk kepada keistemewaan yang ada pada masa ini. Apakah ianya masih menepati citarasa rakyat dan penduduk?

Membangkitkan perkara ini adalah disebabkan negara sering memperkatakan mengenai Wawasan 2035 iaitu untuk menjadi 10 negara yang terbaik di dalam dunia. Akan tetapi realitinya sebilang masyarakat yang dipertanggungjawabkan mempunyai pandangan yang terbalik dan bercanggah dengan jangkaan rakyat dan penduduk negara ini. Sebagai contoh sahaja mengenai isu perkerjaan. Sering didengar mengenai rakyat dan penduduk negara ini terlalu memilih perkerjaan. Malahan ianya pernah dibangkitkan baru-baru ini apabila dipersoalkan mengenai 5,000 orang rakyat dan penduduk negara ini yang gagal untuk memperolehi perkerjaan sedangkan negara pada ketika ini mengajihi 80,000 orang rakyat asing.

Adakah 5,000 orang yang dipersoalkan itu terlalu memilih perkerjaan ataupun pendapatan yang tawarkan gagal untuk memenuhi jangkaan masyarakat untuk hidup lebih bermakna di atas bumi bertuah ini? Jika mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan menangani isu pengangguran ini mengusulkan dasar di mana negara melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh perkerja awam pada ketika ini kepada semua para perkerja swasta, apakah negara akan masih menangani isu 5,000 orang tersebut?

Begitu juga isu kemiskinan - bolehkah kemiskinan dibasmi jika negara memberikan elaun ataupun gaji kepada setiap anak-anak sekolah bermula dari peringkat pra lagi. Ataupun meluputkan sebahagian hutang bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah kewangan yang kronik? Ataupun memberikan grant perniagaan dan laluan kepada mereka-mereka yang mempunyai hasrat untuk berniaga?

Satu saranan yang agak mengejutkan malahan diluar daripada lunas-lunas ataupun norma bernegara! Tapi tahukah bahawa semua itu boleh sahaja dilakukan tanpa ianya melumpuhkan negara. Sesungguhnya negara adalah sebuah negara monetari berdaulat. Negara boleh membiayai semua itu tanpa mengugat kedudukan kewangan negara. Malah negara tidak akan pernah jatuh muflis di dalam matawangnya sendiri meskipun sampai hari khiamat. Negara mempunyai kuasa sedemikian apabila dunia mengamalkan sistem kewangan fiat bermula 15 Ogos 1971.

Sejak tarikh tersebut semua wang yang dibuat dan terdapat di dalam dunia ini, tidak memerlukan lagi dokongan emas ataupun hasil minyak dan gas. Negara boleh sahaja membuat wang Brunei sebanyak yang mana yang diperlukan bagi menampong segala jangkaan rakyat dan penduduk negara sama ada masa ini ataupun akan datang. Negara tidak perlu membuat simpanan seperti mana sebuah isi rumah lakukan untuk berbelanja. Fahamilah kewangan negara bukan sama seperti kewangan isi rumah sejak Ogos 1971.

Renung-renungkanlah...........

Jumaat, 9 November 2012

Mengapai Zaman Kegemilangan Islam

Baru-baru ini sebuah institusi tinggi negara telah menganjurkan satu seminar bersama di antara SOASCIS dan IKIM mengenai isu-isu semasa umat islam. Di dalam seminar tersebut, mantan PM Malaysia YAB Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi selaku pengerusi IKIM telah mendedahkan bahawa tidak banyak modal umat islam yang mampu membawa balik zaman emas temadun islam. Perkara ini boleh dirujuk sepenuhnya di sini.

Memang apa yang telah dibangkitkan adalah benar belaka. Sudah jarang-jarang didengar lagi pada zaman ini hasil inovasi umat islam. Menurut sejarah zaman kegemilangan islam bermula selepas kewafatan nabi junjungan semua Nabi Muhammad SAW sehingga kurun ke 14. Ketika itu berbagai inovasi islam telah terbit sehingga membawa perubahan besar kepada temadun manusia sehingga ke hari ini. Islam pernah menarajui sains, perubatan, perdagangan, seni, falsafah, pengangkutan, arkitek, kejuruteraan, astronomi dan sebagainya.

Tapi sekarang sudah tidak lagi kelihatan dan kedengaran mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan tadi. Sekarang umat islam sudah lebih selesa untuk menjadi pak turut ataupun sebagai pengguna/pemerhati sepenuh masa. Tidak seperti dulu, sekarang segala inovasi yang ada pada zaman kini datang dari barat ataupun asia-sino. Yang tinggal sekarang adalah inovasi umat islam dalam perperangan, kemiskinan, kemunduran, persengketaan dan sebagainya. Adalah amat pilu apabila melihat kejatuhan satu umat dan yang pedih lagi tidak ada usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam tersebut.

Namun begitu negara tidak perlu menjadi sedemikian. Malah negara boleh sahaja menjadi pemangkin kepada permulaan zaman kegemilangan islam semula. Dan cara yang terbaik adalah dengan memahami kemampuan negara sebagai sebuah negara monetari berdaulat. Negara perlu berbelanja besar dalam memangkin inovasi islam. Negara perlu membuat pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Berbelanja besar dalam menghapuskan kemiskinan. Juntrah dengan kewangan dalam membangun modal insan islam. Berbelanja sakan jika negara ingin mengembangkan jangkauan perdagangan antarabangsanya dan sebagainya.

Bak pepatah orang, negara perlu D.U.I.T - Doa, Usaha, Insiatif dan Tawakal untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan islam yang hilang. Tanpa itu, umat islam hanya akan terus berbicara, berangan-angan dan taksub akan zaman emas islam yang lampau. Jestru berbelanjalah, melaburlah, juntrahlah dan sakan dalam kewangan. Jangan terlalu taksub mengenai inflasi sesungguhnya ianya sentiasa ada tapi khutirlah jika umat islam tidak pandai berinovasi.

Renung-renungkanlah................

Khamis, 8 November 2012

Siapa Kenal Si Matussin?

Kelamarin negara telah menyambut hari antarabangsa membasmi kemiskinan buat julung-julung kalinya. Di dalam pembukaan resmi sambutan tersebut, salah seorang pegawai atasan negara telah sempat mempersoalkan mengenai kemampuan negara dalam menyediakan segala subsidi yang sedia ada dan pada waktu yang sama menyediakan sumber kewangan yang mampan untuk generasi yang akan datang. Selain daripada itu pegawai berkenaan juga berkata negara perlu menumpukan kepada rancangan pembangunan sendiri yang mengalakan mereka-mereka yang kurang bernasib baik untuk keluar dari kancah kemiskinan. Laporan penuh boleh dibaca di sini.

Apabila mengimbas text ucapan yang dibuat, ianya telah membuatkan satu pertanyaan untuk timbul di dalam permikiran. Adakah semua orang tahu ataupun faham (sedar) apa itu wang ataupun nya orang Brunei si Matussin ani? Pada pandangan jika semua orang faham apa itu wang yang sebenarnya adalah dapat diagak jika isu kemiskinan di negara ini akan dapat di atasi sepenuhnya dan lebih-lebih lagi jika semua orang tahu bahawa wang itu adalah percuma!

Oleh itu di bawah dipaparkan beberapa gambar dan siapa boleh meneka yang mana si Matussin yang sebenar?
Emas - Adakah ini wang?
ATM - Adakah ini wang?
ETF - Adakah ini wang?
Buku Hutang - Adakah ini wang?
Buku Simpanan - Adakah ini wang?

Note - Adakah ini wang?
Kad Kredit - Adakah ini wang?
Cek - Adakah ini wang?
Kerbau - Adakah ini wang?
Sira - Adakah ini wang?
Susahkan hendak menentukan yang mana wang! Tapi kesemua itu adalah wang. Pilih saja yang mana mahu ataupun suka. Apa-apa pun jua adakah susah bagi sesebuah negara untuk membuat benda yang dipaparkan dan seterusnya membasmi kemiskinan?

Renung-renungkanlah.......

Rabu, 7 November 2012

Bantuan Pendidikan

Hari ini ada terbaca di dalam suratkhabar tempatan mengenai usaha Kementerian Pendidikan dalam memberikan bantuan persekolahan kepada penuntut-penuntut sekolah yang memerlukan diseluruh negara. Menurut laporan yang ada, bantuan yang dihulurkan adalah berbentuk peralatan persekolahan, baju sekolah dan juga bayaran yuran sekolah. Laporan yang penuh boleh diikuti di sini.

Satu usaha yang amat disanjung dalam meringankan lagi beban kepada keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan. Sesungguhnya pemberian bantuan ini akan dapat memberikan peluang kepada penuntut-penuntut yang terlibat untuk terus menyambong pelajaran mereka. Apa yang dikhuatiri tanpanya ada bantuan sedemikian penuntut-penuntut tersebut boleh sahaja tercicir dan ianya boleh membawa implikasi yang besar kepada negara dimasa hadapan.

Namun begitu apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah tidak banyak orang yang ingat bahawa jumlah 7,800 penuntut yang dikenalpasti untuk menerima bantuan pada sesi akedemik 2013 ini adalah merupakan peningkatkan sebanyak 348 peratus jika dibandingkan dengan jumlah yang menerima pada tahun lepas. Pada bulan Disember 2011, Kementerian Pendidikan telah menghulurkan bantuan yang serupa kepada 2,238 penuntut untuk sesi pengajian akedemik 2012. Perkara ini boleh dirujuk di sini.

Anggarkan sahaja jika seorang anak sekolah itu memerlukan B$200 diawal sesi persekolahan. Ini bererti seorang bapa atau ibu, perlu menyimpan sejumlah B$16 setiap bulan. Tapi kenyataanya adalah sebaliknya. Meskipun B$16 sebulan masih juga terdapat keluarga yang tidak mampu untuk berbuat demikian. Hasilnya ada 7,800 anak-anak sekolah di negara ini yang memerlukan bantuan persekolahan. Nda kapih di mana tu?!! Bak pepatah orang, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Lebih 3 kali ganda, beb, rakyat dan penduduk negara memohon bantuan persekolahan dalam masa satu tahun! Kalau tahun depan entah berapa kali ganda lagi rakyat dan penduduk negara yang akan memohon bantuan. Silap-silap, boleh seluruh negara yang memohon bantuan persekolahan. Tapi apa yang jelas kepada semua adalah apa yang menjadi bibiran selama ini - sebilangan rakyat dan penduduk negara adalah KAPIH. Kebanyakan rakyat dan penduduk negara sedang menghadapi masalah aliran wang tunai. Dan ada juga sebilangan rakyat dan penduduk negara yang nazak dalam kewangan mereka sehingga pihak kehakiman negara terpaksa mengisytiharkan mereka-mereka ini muflis. Si Matussin sudah jarang-jarang lagi kan singgah!!!.

Jestru itu sepertimana yang pernah dicadangkan sebelum ini, sebagai sebuah negara monetari berdaulat, negara mempunyai kemampuan untuk memberikan elaun ataupun gaji kepada setiap anak-anak sekolah di dalam negara ini bermula dari peringkat pra hingga kedoktoran. Bayangkan jika negara memberi B$100 bagi peringkat pra sehingga B$500 ataupun lebih pada peringkat Universiti, bukan sahaja isu keluarga kurang berkemampuan untuk menyekolahi anak-anak mereka dapat di atasi akan tetapi yang lebih penting lagi ianya akan dapat juga meringankan beban yang ditanggung oleh seluruh keluarga negara ini dalam membesarkan anak-anak mereka setiap hari. Insyallah.

Renung-renungkanlah..........

Isnin, 5 November 2012

Produktiviti Negara

Berapa hari yang lalu satu forum tertutup telah diungkayahkan oleh satu badan pemikir (think-tank) dalam usaha meningkatkan produktiviti negara. Di dalam forum tersebut beberapa orang ahli panel yang agak terkemuka termasuk beberapa orang pegawai atasan negara telah turut terlibat. Forum sehari itu telah bersetuju secara sebulat suara dengan satu cadangan bagi menubuhkan satu majlis produktiviti negara. Laporan penuh boleh diikuti di sini.

Memandangkan forum tersebut adalah "tertutup" daripada penyertaan orang ramai, maka kebanyakan rakyat dan penduduk negara besar kemungkinan tidak akan tahu apa-apa perkara yang telah yang dibincangkan. Namun begitu pengilhaman majlis produktiviti negara adalah satu usaha yang agak menarik. Dari apa yang dibaca, majlis tersebut akan berperanan dalam merungkai beberapa perkara seperti pendidikan dan latihan, transformasi budaya, inovasi teknologi dan standard, PKS, analisa penyelidikan dan dasar serta reformasi dasar.

Jestru itu di dalam kesemptan ini, bagi menambah baikan usaha tersebut, apa kata jika negara berusaha bersungguh-sungguh untuk melahirkan lebih banyak lagi "syarikat Apple dan Samsung". Semua orang tahu pada ketika ini kedua-dua syarikat tersebut merupakan peneraju dalam bidang inovasi dan hasilnya berbagai inovasi telah dikeluarkan dan kini ianya sudah menjadi satu kemestian di dalam kehidupan harian manusia.

Maka untuk melahirkan lebih banyak lagi Apple dan Samsung, apa kiranya jika negara mempergunakan kelebihan sebagai sebuah negara monetari berdaulat dengan mengadakan pertandingan inovasi pada setiap bulan yang menawarkan hadiah utama B$10 juta. Setiap produk inovasi yang menepati citarasa akan dikeluarkan secara besar-besaran. Pertandingan tersebut tidak semestinya terhad kepada penghasilan produk tapi juga merangkumi perkhidmatan, kesihatan, pelajaran dan sebagainya.

Bayangkan sahaja jika setiap rakyat dan penduduk negara duduk memikirkan berbagai perkara atau idea yang bernas demi untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Pastinya setiap penuntut institusi tinggi akan melahirkan berbagai kaedah ataupun penemuan baru yang boleh menghasilkan keuntungan kepada negara. Silap-silap negara boleh sahaja melahirkan Bill Gates, Steve Jacob, Micheal Dell yang baru. Negara boleh sahaja bersaing dengan mana-mana negara yang maju di dalam dunia ini. Bukankah cara demikian boleh sahaja meningkatkan produktiviti negara??!..

Renung-renungkanlah.....