Baru-baru ini Kerajaan Jepun telah meluluskan belanjawan negara mereka berjumlah 90.3 trillion yen (US$1.1 trillion) untuk tahun 2012-2013. Menurut laporan setempat, belanjawan negara mereka kali ini adalah merupakan yang tertinggi yang pernah mereka catatkan. Laporan penuh boleh kita baca di sini.
Untuk makluman kita semua, ketika ini negara Jepun mempunyai hutang yang kedua paling tertinggi di dalam dunia. Mengikut catatan laporan CIA, ketika ini jumlah hutang negara Jepun berada pada 208.2 peratus dari KDNK negara tersebut. Bagi belanjawan kali ini, 49 peratus dari jumlah belanjawan tersebut, dibiayai dengan pengeluaran hutang baru (bond). Ya tuan-tuan dan puan-puan, Kerajaan Jepun akan meningkatkan lagi hutang mereka untuk berbelanja.
Meskipun dengan hutang sebegitu rupa Kerajaan kita masih juga mahu berurusan dengan Negara Jepun. Kita masih sahaja mengeksport minyak dan gas ke sana. Bukan pulang kita takutkan Jepun tidak mampu membayar malahan kita lipatkan gandakan usaha kita untuk mengeksport minyak dan gas kepada mereka. Kita boleh baca di sini, sini, sini dan sini. Malahan wang Yen masih sahaja diterima dan digunapakai tanpa sebarang masalah. Tak percaya baca ini, ini, ini, ini dan ini.
Kenapa saya membangkitkan belanjawan negara Jepun?
Saya ingin membangkitkan perkara ini kerana Negara Jepun adalah sebuah Negara Monetari Berdaulat sama seperti negara kita. Mereka mempunyai kuasa mutlak untuk membuat Yen sebanyak mereka yang mahu. Baca di sini. Dan segala Yen-yen tersebut tidak didokong dengan mana-mana benda yang berharga seperti emas, gas atau yang lain-lain. Malahan Yen mereka itu tidak didokong dengan gunung Fuji. Yang membuat Yen berharga adalah akikah atau kepercayaan (faith) Kerajaan di dalam dunia ini, termasuk Kerajaan kita terhadap Kerajaan Jepun. Itu saja.
Jadinya jika negara Jepun tidak mempunyai masalah untuk berbelanja, kenapa harus negara kita takut pula untuk berbelanja besar? Kenapa sebahagian daripada kita masih bercakap atau mempersoalkan mengenai kemampuan negara? Kenapa kita biarkan negara kita tersorot dibawah mata dunia? Kenapa kita membiarkan sebilangan daripada rakyat dan penduduk kita menderita dengan pengangguran, kemiskinan dan beban hutang? Kenapa kita mesti tunggu 2035 untuk negara kita menjadi 10 negara teratas di dalam dunia?
Kenapa?