Dua artikel di dalam suratkhabar Brunei Times hari ini telah menarik perhatian saya. Artikel itu berkisar mengenai pendidikan dan kemiskinan. Perkara ini dibangkitkan bersempena mesyuarat dan forum SEAMEO Projek Lima (EFA) yang diadakan baru-baru ini. Kita boleh baca selanjutnya di sini dan sini.
Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu kunci bagi jalan keluar daripada lembah kemisikinan. Tanpa pendidikan yang sempurna dan berkesan, seseorang lebih mudah terdedah kepada kepayahan hidup dan seteusnya menjerumuskan diri mereka ke alam dunia kemisikinan.
Alhamdulilah perkara ini telah mendapat perhatian yang tinggi oleh pihak Kerajaan kita dan berbagai usaha dan insiatif telah dan sedang diungkayahkan oleh Kementerian Pendidikan dalam menanai isu-isu pendidikan. Selain daripada itu juga akta pendidikan yang diwartakan dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan kita tidak lama dulu, sudah setentunya akan meningkatkan lagi jumlah rakyat dan penduduk negara kita untuk mempunyai ilmu pengetahuan.
Untuk lebih memantapkan lagi peluang rakyat dan penduduk negara kita untuk mempunyai pendidikan yang lebih tinggi, maka ingin saya membuat satu cadangan di mana negara kita memberikan elaun ataupun gaji untuk belajar kepada semua anak-anak sekolah kita bermula dari peringkat pra hingga peringkat kedoktoran.
Dengan adanya pemberian elaun atau gaji, kita akan:
1. Mengurangkan Keciciran Persekolahan. Ramai pelajar memasuki dunia pekerjaan awal adalah untuk satu sebab yang mudah dan praktikal. Mereka memerlukan wang. Ada setengah keluarga yang menggalakkan anak-anak mereka untuk berbuat demikian, kerana sebab-sebab yang sama. Walaupun dengan pemberian biasiswa, sesetengah keluarga masih juga tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah, apatah lagi universiti dan seterusnya.
2. Mengembangkan Ekonomi.
a. Semasa kemelesetan, ekonomi kebuluran untuk wang. Pembayaran gaji kepada pelajar akan menambah pertumbuhan wang dalam ekonomi dengan penyediaan peluang pekerjaan - dalam kes ini, kerja untuk menghadiri sekolah. Walaupun tanpa kemelesetan, penambahan pekerjaan dan penambahan gaji membantu ekonomi untuk terus berkembang.
b. Seseorang yang mempunyai berpendidikan lebih tinggi akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan ekonomi yang lebih maju dimasa-masa hadapan. Statistik menunjukan 30 jenis pekerjaan yang mencatatkan penurunan terbesar, adalah perkerjaan yang tidak memerlukan pendidikan universiti. Sebaliknya, majoriti 30 jenis perkerjaan yang terpantas berkembang adalah perkerjaan yang memerlukan pendidikan universiti.
c. Penduduk yang mempunyai pendidikan tinggi akan lebih bersedia untuk mewujudkan ekonomi yang lebih maju dimasa hadapan. Kebanykan kemajuan dalam teknologi datang daripada mereka-mereka yang mempunyai pendidikan universiti. Banyak negara telah mengalami kesukaran untuk bergerak lebih maju lagi apabila mereka menghadapi situasi "brain drain" - di mana rakyat dan penduduk mereka yang berpelajaran telah meninggalkan negara mereka. Jelas sekali, terdapatnya hubungan kait diantara pendidikan dan pertumbuhan ekonomi. Bagi negara kita untuk tidak ketinggalan, kita mesti terus berusaha bagi mewujudkan rakyat dan penduduk yang lebih berkemahiran dan berpendidikan.
3. Meningkatkan Kualiti Hidup. Negara kita masih memerlukan lebih ramai lagi doktor, jururawat, ahli sains, ahli kimia, arkitek dan berbagai jenis jurutera. Mereka-mereka inilah orang-orang yang akan menjaga kita dan menghasilkan ubat-ubatan, teknik perubatan, peralatan perubatan dan hospital moden untuk memperbaiki kehidupan kita.
4. Mengurangkan Tahap Kadar Jenayah. Mereka-mereka yang tercicir dari alam persekolahan mudah terdedah kepada jenayah. Tanpa pendidikan peluang mereka untuk mendapatkan perkerjaan adalah tipis dan melakukan jenayah boleh dilihat sebagai satu peluang mudah untuk mendapatkan wang. Ambil dan masukan mereka-mereka yang tercicir ke dalam sekolah dan bayar mereka untuk belajar, saya percaya kadar jenayah akan menurun.
Itulah pendapat saya......