Selasa, 10 April 2012

Negara Ku Brunei Darussalam

Semalam saya ada membaca dalam halaman sosial Facebook di mana salah seorang kawan telah membangkitkan satu artikel mengenai negara kita, Brunei Darussalam. Artikel tersebut diterbitkan dalam majalah Economist pada 19 March 2008. Kita boleh baca artikel tersebut di sini.

Membaca sahaja artikel itu, membuatkan hati saya berdetik dan terus memikirkan apa akan terjadi kepada anak-anak saya di masa hadapan. Adakah anak-anak saya boleh terus merasa kesenangan yang saya pernah rasai selama ini atau mereka terpaksa gigit jari? Jika kita baca artikel tersebut tanpa memikirkannya dengan lebih lanjut lagi, kemungkinan besar anak-anak saya akan mengigit jari di masa hadapan adalah tinggi. Ya, boleh sahaja tanpa sumber utama seperti minyak dan gas, negara kita boleh sahaja kehabisan wang untuk terus berbelanja dan menyediakan segala kemudahan yang kita nikmati selama ini di masa hadapan.

Tapi apakah pendapat tersebut adalah betul?

Di dalam artikel tersebut ianya menyebut di mana negara kita bergantung 94 peratus daripada sektor tenaga sebagai pendapatan negara. Selain daripada itu juga sektor tenaga meyumbang 96 peratus kepada eksport negara, 74 peratus sebagai pelaburan dan 69 peratus sebagai hasil KDNK negara kita. Berdasarkan "fakta" tersebut, si penulis merumuskan bahawa negara kita akan menghadapi situasi yang kurang menyenangkan di masa hadapan apabila negara kita kehabisan minyak dalam tempoh 20 tahun yang akan datang dan gas dalam tempoh 30 tahun lagi.

Satu senario yang membimbangkan, kan? Tapi mari kita kaji semula artikel tersebut.

Jika negara kita bukan sebuah Negara Monetari Berdaulat, senario yang ditulis itu adalah betul dan tepat sekali. Contoh sahaja kita boleh lihat dengan apa yang terjadi kepada negara Greeks, Spanyol, Portugal, Ireland dan Italy. Disebabkan negara-negara yang disebutkan itu tadi menggunakan matawang Euro sebagai matawang mereka, negara-negara tersebut "terpaksa" mendapatkan Euro sama ada dengan melalui pengeksportan ataupun berhutang. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat matawang Euro kerana kuasa mutlak untuk membuat Euro hanya ada pada European Central Bank (ECB). Kita boleh rujuk perkara ini di sini, sini dan sini. Begitu juga halnya dengan negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia. Negeri-negeri tersebut terpaksa membiayai perbelanjaan negeri mereka melalui cukai, royalty dan eksport.

Bagaimana pula dengan negara kita, Brunei Darussalam? Seperti yang pernah saya coretkan selama ini, negara kita adalah sebuah Negara Monetari Berdaulat. Pembuatan matawang Brunei adalah hak mutlak negara kita. Tidak ada sebuah entiti di dalam dunia ini yang boleh menghalang negara kita daripada membuat wang Brunei. Oleh yang demikian negara kita tidak boleh kehabisan wang Brunei walaupun sampai hari kiamat. Dan selagi wang kita boleh di terima dan gunapakai oleh rakyat, penduduk negara ini serta seluruh dunia, maka kegusaran kita untuk berbelanja adalah tidak berasas sama sekali.

Perlu juga kita ketahui, wang negara kita, tidak bergantung kepada sumber minyak dan gas kerana mulai 15 Ogos 1971 sistem dokongan emas (gold standard) telah tidak digunapakai oleh seluruh kerajaan di dalam dunia ini. Kita boleh rujuk perkara ini di sini. Jadinya, dalam erti kata yang lain, pembuatan wang boleh dibuat sesuka hati kita tanpa memerlukan dokongan emas atau benda-benda yang berharga.

Berpandukan kepada fakta di atas, negara kita boleh sahaja meneruskan perbelanjaannya dan menyediakan segala kemudahan yang ada ataupun meningkatkan lagi kemudahan yang ada tanpa memerlukan hasil sumbangan minyak dan gas. Meskipun minyak dan gas sudah habis serta segala perlaburan negara di luar negara gagal membawa pulangan yang diperlukan, ianya masih tidak mengahalang negara kita untuk menyediakan belanjawan walaupun satu sen.

Namun begitu artikel yang ditulis masih sahaja mengusarkan permikiran saya. Ini disebabkan kebanyakan kita masih mempercayai paradigma yang salah sama seperti sipenulis artikel tersebut. Oleh yang demikian kita akan melakukan perkara-perkara yang terlalu konservatif terutama sekali dalam hal-ehwal belanjawan negara. Sebab itu di sana-sini kita akan mendengar apabila membuat atau melakukan sesuatu perkara, kita akan mendengar perungkapan seperti "Bajet habis" ataupun "Menunggu bajet" ataupun "Nada bajet".

Pada pandangan saya, negara kita perlu meningkatkan perbelanjaannya sekarang dan melabur di dalam negara. Kita perlu membina pasarana yang mampu menyaingi negara-negara lain seperti jambatan Temburong, LRT, Maglev dari Bangar hingga Kuala Belait, membina ladang kincir angin dan solar dan sebagainya. Kita perlu meningkatkan perlaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (Research and Development) dari 0.5 peratus kepada 10~20 peratus KDNK negara. Kita perlu meningkatkan kreativiti dan inovasi rakyat dan penduduk melalui pendidikan dengan memberi elaun kepada semua anak-anak sekolah mulai peringkat pra hingga kedoktoran. Kita perlu meningkatkan taraf pendapatan rakyat dan penduduk negara melalui penyediaan jaminan perkerjan kepada setiap rakyat dan penduduk negara ataupun melaratkan segala elaun dan kemudahan yang diterima oleh perkerja awam kepada semua perkerja swasta dan persendirian. Memantapkan negara dengan membina taman salji dalam hutan, taman hiburan bertema, akuarium negara, pusat kesenian negara, litar lumba kereta, muzium islam dan muzium alam. Dan macam-macam lagi perkara yang boleh meningkatkan kemampuan negara kita. Pokoknya negara kita mampu melakukannya.

Brunei yakin!