Khamis, 3 Mei 2012

Jurang Beban Hutang

Sudah beberapa hari saya tidak menulis dalam blog saya disebabkan keperluan tugasan. Untuk kali ini saya ingin membangkitkan isu mengenai "Ketidaksamaan" atau "Inequality" yang terjadi di dalam masyarakat kita. Saya rasa rata-rata akan beranggapan mengenai ketidaksamaan dari segi pendapatan (income inequality).

Kebanyakan kita mempunyai pandangan bahawa jurang diantara yang kaya dan miskin di dalam negara kita adalah luas. Kita selalu berkata orang kaya makin kaya dan orang miskin makin miskin. Tapi tahukah kita bahawa ada lagi satu jurang yang kita tidak sedari sedang menghimpit kebanyakan rakyat dan penduduk negara kita.

Ketidaksamaan yang saya maksudkan adalah ketidaksamaan dalam beban hutang diantara yang kaya dan miskin. Seperti yang kita maklum kebanyakan kita sedang dihimpit dengan masalah kewangan yang berat. Mungkin kita berasa sangsi dengan kenyataan tersebut tetapi itu adalah realitinya. Jika perkara ini tidak benar masakan Kemenetrian Kewangan mengeluarkan peraturan mengenai pinjman peribadi dan kad kredit tidak lama dulu.

Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, kebanyakan orang kita kapih dan ini boleh kita lihat dan dengar dengan kisah-kisah sedih yang dipaparkan dalam suratkhabar kita seperti yang daif merempat, mencuri kerana lapar, menipu kerana terdesak, anak-anak yang tidak bersekolah dan sebagainya. Selain daripada itu juga kita boleh baca pada setiap hari Sabtu, iklan-iklan mereka-mereka yang diheret ke makahmah kerana beban hutang.

Dalam semua perkara yang saya bangkitkan di atas berapa banyak orang kaya yang kita dengar dan baca mencuri kerana lapar, merempat kerana tidak ada rumah, menipu kerana tersepit mahupun terpapar dalam suratkhabar bila muflis! Tidak banyakan?! Jika pun ada kita boleh kira dengan jari kita.

Ramai daripada kita mungkin tidak menyedari sejauh mana hutang mendokong sebahagian besar gaya hidup kita. Saya berpendapat bahawa ramai rakyat dan penduduk negara kita yang beranggapan bahawa diri mereka berada dalam golongan kelas pertengahan (middle class) adalah sebenarnya menghadapi kewujudan yang tidak menentu, terlebih leveraj, dengan simpanan kecil dan kusyen kewangan yang sedikit apabila dalam kes kecemasan.

Semantara itu pula, mereka-mereka yang kaya terus sahaja menjadi makin kaya malahan memecut laju kehadapan dan meninggalkan kebanyakan kita di belakang melalui pendapatan mereka yang terus-menerus sahaja meningkat dari semasa kesemasa..

Jadinya apakah yang perlu kita lakukan dalam mengurangkan jurang tersebut?

Saya rasa kita boleh mengambil langkah yang serupa seperti yang dibuat oleh Iceland dalam usaha mereka merapatkan jurang tersebut. Tindakan yang diambil oleh Iceland telah membuat bank-bank di negara tersebut untuk memaafkan hutang hampir 13 peratus KDNK negara tersebut. Dengan cara demikian ianya telah mengurangkan beban hutang kebanyakan rakyat dan penduduk Iceland dan pada waktu yang sama telah memangkin ataupun menjana pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Untuk pengetahuan semua, bukan Iceland sahaja yang boleh memaafkan hutang malah ada sebahagain negara-negara di dunia ini memaafkan hutang-hutang negara lain. Kita boleh baca perkara ini di sini, sini, sini, sini, sini, dan sini.

Apakah kita tidak mampu melakukannya?

Sebagai negara monetari berdaulat, negara kita boleh sahaja memaafkan kesemua atau sebahagian hutang rakyat dan penduduk kita. Kita boleh sahaja membuat wang yang diperlukan bagi melunaskan segala hutang-hutang yang ada. Tekan sahaja beberapa kekunci papan komputer, puh! semua hutang selesai.

Kalau kita tidak mahu memaafkan beban hutang, kita boleh juga memberikan saguhati - B$1000 kepada setiap rakyat dan penduduk di negara ini pada setiap tahun. Atau kita memberikan elaun atau gaji kepada setiap anak-anak sekolah kita bermula dari peringkat pra hingga tahap kedoktoran. Pokoknya rakyat dan penduduk negara ini perlu mendapatkan wang yang secukupnya untuk meringankan beban hutang mereka.

Saya rasa jika kita melakukan demikian maka hasrat raja kita untuk melihat miskin sifar di dalam negara kita akan tercapai. Malahan ianya akan memangkin pertumbuhan perekonomian negara dengan memberi nafas baru kepada mereka-mereka yang terlibat dengan kemelut kewangan. Selain daripada itu juga dengan adanya peraturan pinjman peribadi serta kawalan kad kredit oleh Kerajaan kita dan juga penubuhan agensi kredit pada tahun ini, ianya akan mengurangkan permasalahan beban hutang rakyat dan penduduk negara ini di masa-masa akan datang.

Apa-apa pun jua tindakan yang kita ambil, saya rasa melepaskan atau meringkan seseorang itu dari masalah adalah lebih mulia di sisi tuhan daripada kita membiarkannya. Tanggapan saya ini sesuai dengan satu tulisan yang pernah keluar dalam suratkhabar Brunei Times. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.

Fikir-fikirlah......