Rabu, 4 April 2012

Kalau lah....

Kalaulah kita mempunyai kuasa untuk membuat, mencetak dan mengeluarkan wang sendiri dan ianya laku atau diterima oleh semua lapisan masyarakat, apa akan kita buat dengan wang tersebut?

Kalaulah saya mempunyai kuasa tersebut, saya akan berbelanja sakan. Beli rumah, beli tanah, beli kilang, beli itu, beli ini dan lain-lain lagi. Pokoknya saya akan berbelanja untuk kesenangan saya, keluarga serta anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit.

Selain daripada itu juga saya akan membuat amal seperti memberi sedekah kepada orang misikin, menghajikan orang, melunaskan hutang-hutang orang, membina surau atau masjid, dan berbagai-bagai lagi. Pokoknya saya akan berbelanja untuk masa akhirat saya, keluarga serta anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit.

Tapi kalau wang banyak dikeluarkan adakah ianya akan laku lagi dikemudian hari?

Kenapa tidak?! Bukankah saya sudah membeli berbagai benda dan perkhdimatan sebelum ini. Setentunya benda-benda dan perkhidmatan yang saya beli itu mempunyai nilai atau harga dan ianya akan menjadi asset kepada saya. Selain daripada itu ianya akan mengeluarkan hasil seperti sewa, pengeluaran barang untuk dijual dan berbagai lagi. Semua ini akan meningkatkan lagi kekayaan saya. Seperti kata Abdul Wahub Ulam Raja...."Ahhhh...Tuan hamba jangan pandang hamba tak ada mata! Hamba lebih kaya daripada Tuan Hamba! Lebih kaya dari Abdul Wahab dan lebih kaya dari Abdul Wahid..."

    Tapi itu cuma saya kalau ada kuasa untuk membuat wang sendiri!