Nampaknya kita sekali lagi dikejutkan dengan berita yang agak mendukacitakan. Kali ini kes penipuan kerja pula. Kita boleh baca mengenainya di sini. Berpandukan dengan berita-berita yang saya baca dan dengar sejak kebelakangan ini malahan untuk sekian lamanya, nampaknya negara kita sedang menghadapi krisis kehidupan. Sana sini kita telah didedahkan dengan berbagai isu dari kemiskinan, hutang, kenaikan harga barangan dan sekarang pula perkerjaan. Suka ataupun tidak ini adalah realiti kehidupan kita sekarang. Saya rasa perkara ini tidak akan selesai jika kita mempunyai pendirian yang negara kita tidak berkemampuan untuk mengatasinya.
Pada awal tahun ini, saya pernah mencoretkan mengenai Negara Monitari Berdaulat (Monetarily Sovereign Nation). Maka dalam kesempatan ini ingin sekali lagi saya membahasakan apa untungnya menjadi sebuah Negara Monitari Berdaulat. Saya percaya dengan adanya kefahaman yang betul, saya yakin krisis kehidupan yang sedang melanda di dalam negara kita ini dapat di atasi dengan sewajarnyanya, insyallah.
Pada awal tahun ini, saya pernah mencoretkan mengenai Negara Monitari Berdaulat (Monetarily Sovereign Nation). Maka dalam kesempatan ini ingin sekali lagi saya membahasakan apa untungnya menjadi sebuah Negara Monitari Berdaulat. Saya percaya dengan adanya kefahaman yang betul, saya yakin krisis kehidupan yang sedang melanda di dalam negara kita ini dapat di atasi dengan sewajarnyanya, insyallah.
Sebagai Negara Monitari Berdaulat, negara kita boleh sahaja;
- Membuat wang Brunei sebanyak yang diperlukan.
- Tidak memerlukan hasil minyak, gas atau yang seumpamanya untuk berbelanja.
- Membangun negara tanpa menunggu Perlaburan Terus Asing (Foreign Direct Investment).
- Menyediakan dan menjaminkan perkerjaan dengan gaji minima kepada setiap rakyat dan penduduk negara.
- Menghapuskan dan membasmi kemiskinan di dalam negara melalui penyediaan perkerjaan atau suntikan wang langsung kepada si fakir miskin.
- Memberi elaun atau gaji kepada semua anak-anak sekolah bermula dari peringkat pra hingga peringkat kedoktoran.
- Meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan penduduk melalui pemberian wang sagu hati kepada setiap rakyat dan penduduk setiap tahun.
- Memaafkan hutang atau memerdekan mereka-mereka yang muflis.
- Meningkatkan dan memantapkan subsidi yang ada.
- Memberi baja, racun, bibit ikan secara percuma.
- Membina masjid setiap 1 km.
- Membina LRT, taman tema, teman salji, akuarium negara, pusat galeri kesenian, dan macam-macam lagi.
- Memberi grant kepada sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan, perindustrian, pertanian, perikanan dan pembuatan.
- Membuat dan menjana tenaga alternatif seperti taman kincir angin, solar ataupun nuklear.
- Dan bermacam lagi perkara yang diperlukan oleh negara kita.
Ya tuan-tuan dan puan-puan, negara kita mempunyai kemampuan untuk melakukan semua itu tanpa melemahkan atau mencacatkan kedudukan kewangan negara. Kenapa saya begitu yakin dengan kenyataan saya itu?
Saya yakin sebab negara kita pada ketika ini sedang mengamalkan sistem kewangan FIAT. Wang fiat tidak memerlukan sesebuah negara untuk membuat wangnya dengan bersandarkan kepada emas atau apa-apa benda yang berharga. Perkara ini kita sahkan di sini, sini dan sini.
Jadi kenapa kita tidak menafaatkan Negara Monitari Berdaulat? Secara jujurnya saya tidak tahu jawapan kepada soalan tersebut. Besar kemungkinan kita telah diajar dengan ilmu ekonomi yang salah ataupun kita buat-buat tidak tahu. Pokoknya kegagalan kita untuk menafaatkan kelebihan sebagai Negara Monitari Berdaulat selama ini telah merugikan negara dari segi pembangunan negara, taraf kehidupan rakyat dan penduduk dan mensorotkan negara kebawah dimata dunia.
Ada duit apa-apa saja boleh kita buat...fikir-fikirlah
Ada duit apa-apa saja boleh kita buat...fikir-fikirlah