Yup! Abiskita tidak salah membaca tajuk hari ini.
Semua duit dalam dunia ini adalah FREE. Tidak memerlukan apa-apa kecuali sebuah komputer . Tidak percaya? Mari saya terangkan.
Mulai Ogos 1971, semua duit dalam dunia ini adalah matawang FIAT. Satu matawang yang tidak disokong dengan apa-apa jua benda sama ada ianya berharga atau tidak. Matawang fiat hanya disokong dengan kepercayaan atau akikah sebuah kerajaan yang menciptanya.
Sebagai contoh, duit kita disokong oleh kepercayaan kita terhadap Kerajaan KDYMM. Dan yang membuat ringgit Brunei berharga adalah disebabkan Kerajaan kita telah membuat perundangan negara di mana setiap transaksi pembayaran kepada pihak Kerajaan KDYMM perlulah dalam Ringgit Brunei.
Kalau kita masih sangsi dengan kenyataan di atas, Tuan-tuan dan puan-puan boleh mencuba sendiri. Cuba abiskita bayar cukai jalan (road tax) dengan rupiah atau yen atau RM atau US$ atau Pound Sterling atau mana-mana matawang asing selain dari B$. Apa ianya akan diterima pakai?
Berbalik semula kepada duit free ini. Ketika ini pembuatan duit tidak memerlukan apa-apa kecuali seorang petugas duduk depan komputer dan menekan beberapa kekunci pada papan kekunci dan "enter"...presto...duit sudah tercipta. Lihat saja poster yang saya paparkan di bawah.
Cuba kita perhatikan sebelah atas kanan gambar di atas. Di sana kita akan dapat membaca seperti berikut "Arahan debit ke atas AC LMMB" atau dalam bahasa Inggeris "Debit instruction on BCMB AC". Semantara itu sebelah atas kiri gambar, kita akan membaca "Arahan kredit ke atas AC LMMB" atau " Credit instruction on BCMB AC". Kepada sesiapa yang faham "double entry accounting" akan lebih faham mengenai konsep debit dan kredit.
Kenyataannya pembuatan duit adalah cuma "Arahan" atau "Instruction". Selagi kita ada mulut untuk bercakap maka selagi itulah arahan boleh diberikan dan duit boleh dibuat. Nah jelaslah kenapa saya berkata duit itu adalah FREE....