Khamis, 12 April 2012

Udah Nyangku!

Kan nyangku, orang kitani ani kapih! Orang sahaja tidak mahu mempercayainya dan menyangkal kehidupan orang-orang kita. Contoh terbaharu boleh kita baca dalam suratkhabar tempatan mengenai kes memalsukan tanda tangan orang atasan kita. Kita boleh baca mengenainya di sini.

Oleh kerana dorongan kesempitan hidup sebilangan daripada kita "mati akal" dan melakukan apa-apa jua perkara-perkara yang diluar batas tata-susila. Bukan itu sahaja, kesempitan hidup juga memaksa sebilangan daripada kita untuk merempat di dalam surau dan membiarkan anak-anak tidak bersekolah. Kita boleh baca mengenainya di sini dan sini.

Contoh yang saya berikan cuma sebahagian daripada apa yang kita baca dan dengar. Kita tidak tahu berapa banyak lagi mereka-mereka berada di dalam keadaan sedemikian. Malahan kalau ada mereka-meraka yang kurang iman boleh sahaja mereka mengadaikan agamanya semata-mata untuk lari dari kesempitan hidup. Jangan hairan jika perkara ini berlaku kerana ianya pernah berlaku. Kita boleh baca di sini.

Ditambah dengan keadaan gaji sebenar (real wage) yang semakin menurun dan juga IHP yang sentiasa menaik maka kesempitan kehidupan bagi sebilangan orang makin lagi terus terasa. Kita boleh baca coretan saya di sini, sini dan sini. Saya rasa perkara ini terjadi kerana kebanyakan kita kurang memahami apa ertinya menjadi sebuah Negara Monetari Berdaulat.

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama memahami apa dia ertinya menjadi sebuah Negara Monetari Berdaulat. Dengan cara begitu, kita akan dapat mengubal dasar makroekonomi yang lebih mampan dan seterusnya meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk negara kita. Insyallah.