Sabtu, 31 Mac 2012

Negara Ku...

Saya tidak tahu sama ada abiskita menyedari atau tidak yang kadar pertumbuhan ekonomi negara kita selama ini adalah agak perlahan dan adakalanya tidak bergerak langsung. Dari apa yang saya baca dan kaji, secara purata kadar pertubuhan ekonomi negara kita dari tahun 1986 hingga 2010 adalah pada tahap 1.48 peratus setiap tahun. Jika kita bandingkan dengan negara-negara lain di dalam dunia ini, pada tahun 2010 sahaja, negara kita berada pada tangga 96!

Keluaran Negeri Dalam Kasar atau lebih dikenali KDNK adalah ukuran bagi jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan dalam tempoh tertentu setelah ditolak kos barangan dan perkhidmatan yang digunakan dalam proses pengeluaran. Secara ringkasnya KDNK menilai perkembangan ekonomi bagi sesebuah negara pada satu tempoh yang ditetapkan.

Jika kita kaji perkembangan KDNK negara kita ianya tidaklah begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan negara jiran kita - "....Brunei continues to have one of the lowest GDP growth rates of any ASEAN nation" - Laporan Jabatan Negara US.

Rata-rata negara jiran kita mempunyai pertumbuhan ekonomi di atas 3 peratus setahun. Malahan jika KDNK mereka jatuh 3 peratus ianya akan menjadi satu isu besar kepada negara yang terlibat. Tapi lain pula halnya dengan negara kita. Isu KDNK tidak begitu diambil berat atau peduli oleh setengah pihak. Malahan perkara KDNK tidak pernah kita timbulkan dalam Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Hairankan bin ajiab!

Bagi saya kegagalan kita untuk mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 6 peratus setiap tahun seperti yang kita anjurkan sendiri dalam Wawasan Negara 2035 adalah satu perkara yang perlu kita ambil perhatian yang serius. Bagi saya jika kita gagal memantau pertumbuhan ekonomi negara kita dengan baik, kita akan lebih mudah menjadi complacent dan meninggalkan legasi ekonomi yang lembab kepada anak-cucu kita dikemudian hari nanti. Sebagai contoh sahaja, dengan kadar pertumbuhan dibawah 3 peratus setiap tahun, kebanyakan kita mempunyai presepi yang negara kita sudah jauh ketinggalan dalam hal pembangunan. Malah setiap kali kita melancong keluar negeri atau menonton dikaca TV, saya percaya kebanyakan kita akan berkata "Kenapa ani nada di Brunei ah?", "Sayang ah!, kalau ada di Brunei macam ani bisai jua!" dan macam-macam lagi keluhan.

Tapi dalam satu hal juga, kita tidak semestinya menaruh harapan tinggi pada KDNK sebagai ukuran kesenangan hidup rakyat dan penduduk. Kita bisa sahaja mempunyai KDNK tinggi tapi mempunyai pendapatan yang rendah. Sebagai contoh, Republik Indonesia mempunyai pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5 peratus pada tahun 2011 tapi masih ramai lagi raykat dan penduduknya miskin.

Jestru itu saya berpendapat kita perlu mempunyai pertumbuahan ekonomi yang memberansangkan sambil ianya meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan penduduk negara kita. Maka dalam kesempatan ini saya menganjurkan Kerajaan kita untuk meningkatkan perbelanjaannya melalui suntikan langsung kewangan kepada rakyat dan penduduk melalui seperti pemberian elaun anak sekolah, melaratkan segala kemudahan perkerja awam kepada perkerja swasta, perlaburan dalam negara seperti jambatan Temburong, LRT, tenaga diperbaharui, pembinaan  pasarana persekolahan, refinery minyak, menubuhkan agensi borong pertanian dan sebagainya.

Saya yakin yang negara kita mampu membuat "perlaburan" tersebut tanpa sebarang masalah atau memcacat kedudukan kewangan negara kerana negara kita adalah sebuah negara monitari berdaulat dan lagi pun duit itu free. Insyallah dengan adanya "perlaburan" yang dibuat oleh pihak Kerajaan kita, isu kelembapan ekonomi dan pendapatan rendah (kemiskinan, pengangguran) dapat kita atasi. Malahan saya juga percaya yang kita boleh sahaja menjadi 10 negara teratas di dalam dunia sebelum 2035.

Ketahuilah bahawa segala pelaburan yang negara kita buat di dalam negara seperti yang saya sebutkan di atas, merupakan kekayaan negara yang "sebenarnya". Bukannya hasil minyak dan gas, bukan emas bergantang-gantang, bukan wang yang menggunung.