Di dalam nukilan saya yang lepas, saya telah menunjukan kepada kita semua bahawa wang negara kita adalah wang FIAT. Kita sudah mengamalkan wang FIAT ini selama 40 tahun. Dengan informasi ini, saya dapat rasakan sebahagian daripada abiskita akan bercakap, kalau wang boleh "dicap" sesuka hati dan sebanyak yang kita mahu, kenapa kerajaan tidak melakukannya?
Satu soalan yang baik. Secara jujurnya saya tidak tahu. Mungkin saja mereka tidak tahu. Namun begitu sebelum kita melompat kegirangan mengenai wang FIAT ada beberapa perkara yang perlu kita ketahui terlebih dahulu.
Memang pada dasarnya kita boleh membuat wang sebanyak yang kita mahu. Kita mahu 1 trillion? Tak jadi masalah. Nak ribu,ribu,ribu,ribu gillion? No problem!. Tekan saja beberapa kekunci komputer, "presto" wang dapat dibuat. Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Sekarang wang tak perlu "dicap" lagi. Tekan saja komputer kita boleh buat sebanyak wang yang kita mahu. Itulah kuasa wang FIAT. Wang yang tidak memerlukan sebarang sandaran kepada emas atau minyak dan sebagainya.
Akan tetapi semua perkara yang dibuat ada resikonya. Dalam hal membuat wang ini, resikonya adalah inflasi. Jika kita membuat wang yang banyak akan tetapi TIDAK ada satu benda atau perkhidmatan yang sebenar yang boleh kita beli dengan wang tersebut, maka perbuatan itu adalah sia-sia sahaja. Malahan kita akan mengundang inflasi yang diluar kawalan kita - hiperinflasi.
Namun begitu pada hemah saya, negara tidak perlu gundah atau risau mengenainya kerana negara kita masih lagi membangun. Banyak perkara perlu lagi kita bangunkan seperti sekolah, pengangguran, kesihatan dan sebagainya. Negara masih memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk mencapai hasratnya 2035.
Maka dalam konteks 2035, saya amat berharap agar kerajaan kita akan menaikan belanjawan negara dari B$4~5 billion kepada B$8~10 billion pada peringkat permulaan dan disusuli dengan peningkatan B$3~5 billion setiap tahun kepada belanjawan negara. Insyallah, dengan adanya Doa, Usaha, Inisiatif dan Tawakal (DUIT) kita akan berjaya.