Kelmarin merupakan hari yang bersejarah bagi negara kita di mana buat pertama kalinya negara kita menyambut Hari Keluarga. Dengan titah perkenan KDYMM juga, negara kita telah menetapkan bahawasanya setiap hari minggu pertama bulan Mei dijadikan sebagai Hari Keluarga Kebangsaan. Maka dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan ucaphan tahniah kepada semua agensi Kerajaan dan juga pihak swasta kerana telah berjaya menganjurkan majlis tersebut secara serentak diseluruh negara. Syabas!
Tidak dinafikan sebagai usaha pertama dalam mengadakan Hari Keluarga berbagai bentuk acara dan majlis telah diungkayahkan bagi mensemarkan lagi hari tersebut. Rata-rata acara yang diadakan berunsurkan kepada aktiviti sukan dan "fun games" seperti senam aerobik, permainan dan sebagainya.
Perkara ini membuatkan saya berfikir bagaimana lagi kita boleh memantapkan hari tersebut agar tujuan sebenar mengadakan Hari Keluarga tersebut betul-betul kita capai. Maka dalam hal ini, saya ingin mencadangkan jika hari berkerja kita diubah dari 5 hari kepada 4 hari. Kita berkerja dari hari Isnin hingga hari Khamis dan hujung minggu pula bermula dari hari Jumaat hingga Ahad. Saya berpendapat dengan adanya perkara ini setentunya akan dapat memberikan peluang kepada semua rakyat dan penduduk negara kita untuk lebih meluangkan masa dengan keluarga mereka.
Bayangkan perkara-perkara yang boleh kita lakukan dengan adanya cuti hujung minggu selama 3 hari. Kita boleh membawa keluarga melancong sama ada dalam negeri atupun luar. Kita boleh membuat kerja rumah dengan keluarga. Kita boleh beristirehat dengan berkelah, memancing, "lepak" dengan keluarga. Kita boleh mengadakan majlis kahwin, BBQ, pertunangan dan sebagainya dengan keluarga tanpa berasa kalam-kabut. Semua ini sudah setentunya akan lebih mengeratkan lagi hubungan kita dengan keluarga.
Mungkin ada setengah para pembaca akan "protes" dengan idea sebegini. Mereka akan mengatakan ianya boleh sahaja menurunkan produktiviti dan menjejaskan ekonomi negara. Tapi apakah itu benar?
Bagi saya produktiviti ataupun prestasi ekonomi negara kita tidak akan terjejas kerana pada ketika ini pun kita sudah mengamalkan 3 hari cuti pada hujung minggu. Harian?! Mari kita lihat perkerja awam dengan hari perkerjaan mereka pada hari Sabtu. Kita boleh tanya pada diri kita sendiri, adakah kita produktif pada hari tersebut? Begitu juga dengan mereka-mereka yang berkerja pada hari Jumaat. Apakah kita produktif pada hari Jumaat? Saya dengan yakin boleh mengatakannya TIDAK. Rata-rata orang apabila berkerja pada hari Jumaat ataupun Sabtu, mereka mula "switch off" dan pasang angan-angan apa yang hendak dibuat pada hujung minggu. Jika pun ada kerja yang datang, kita akan mengatakan, "Hari Isnin pun boleh buat".
Selain daripada itu juga, kebanyakan perkerjaan sekarang dapat kita uruskan secara online. Bayar bil air, lektrik, DST, Astro, perbankan, permohonan, email dan sebagainya, boleh kita lakukan secara online. Dan tidak lama lagi penuntut kita akan dibekalkan dengan iPad untuk belajar dan ini juga memudahkan kita untuk memuat-turun segala kerja rumah ataupun mata pelajaran. Pokoknya, negara kita telah berbelanja berjuta-juta ringgit untuk memberikan kemudahan kepada kita untuk berurusan. Nah, kenapa kita tidak mahu menggunakan kemudahan tersebut?
Dalam waktu yang sama, banyak kajian telah dibuat mengenai isu masa berkerja dan rata-rata kajian tersebut menunjukan bahawa berkerja terlalu lama boleh membawa banyak resiko daripada kebaikan. Kita boleh baca di sini, sini, sini, sini dan sini. Tepuk dada tanya selera!
Apa-apa pun jua kita perlu bertanya kepada kita sendiri, apa sebenarnya tujuan kita mengadakan Hari Keluarga tersebut? Sahaja untuk menyamankan hati Sultan kita?! Tentu tidak kan?! KDYMM bertitah mengenai keperluan institusi keluarga adalah berpunca daripada inginan baginda untuk melihat rakyat dan penduduk di negara ini untuk hidup dalam rukun aman dan damai. Baginda yakin dengan adanya institusi keluarga yang teguh dan mantap, kita boleh mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan sesuai dengan falsafah negara kita. Tanpa adanya institusi keluarga seperti yang dihasratkan oleh KDYMM maka apa yang kita capai dan kejar akan menjadi kosong dan tiada makna.
Lagi pun saya percaya dengan tanggapan berikut...."All work no play, make Jack a dull boy"
Selamat Hari Keluarga Negara Ku Brunei Darussalam.............