Hari ini saya telah membaca "status update" seorang teman dalam laman sosial facebook di mana beliau telah membangkitkan satu laporan yang dibuat pada tahun lepas mengenai 5,472 keluarga di dalam negara kita telah diketogarikan sebagai daif atupun miskin. Menurut laporan tersebut, jumlah tersebut adalah hasil kajian yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan kita dan siap pada awal tahun lepas. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Sekarang sudah bulan Mei 2012, sudah setahun lebih perkara ini telah dibangkitkan dalam Majlis Mesyuarat Negara (MMN) oleh YB Pehin Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (KBS) dan bau-baunya mengenai menanai isu tersebut belum lagi kita cium. Malahan agensi yang dicadangkan seperti dalam laporan tersebut belum jua kelihatan bulu matanya. Mungkin kita lupa lagi mengenainya? Maklumlah mesyuarat MMN setahun sekali jua ganya.
Jika kita faktorkan jumlah yang dilaporkan dengan jumlah isi rumah, secara purata (tanggapan) 5 orang dalam satu keluarga, ini bererti sejumlah 27,360 rakyat dan penduduk negara ini adalah miskin ataupun daif. Ini merupakan 6.6 peratus dari jumlah keseluruhan penduduk negara Brunei Darussalam (laporan BDKI 2011, menunjukan jumlah penduduk negara kita adalah 414,400 orang pada 2010). Satu jumlah peratus yang agak besar jika dibandingkan dengan jumlah penduduk negara kita. Dalam erti kata yang lain, setiap 15 orang penduduk negara kita, ada seorang daripadanya yang miskin ataupun daif. Ini belum lagi termasuk mereka-mereka yang berkategorikan kelas pertengahan (middle class) yang pada ketika ini, di mana sebahagiannya kais pagi dan kais petang disebabkan dihimpit oleh masalah kewangan berat (hutang).
Berasaskan kepada data yang diberikan, maka janganlah hairanlah jikalau negara kita kini sedang menghadapi krisis sosial, seperti merempat, mencuri, menipu, pengangguran, buang anak dan sebagainya. Malah saya tidak akan berasa hairan jika KDNK negara kita akan sentiasa berada di bawah paras 3 peratus setiap tahun.
Saya berpendapat bahawa dasar-dasar makroekonomi negara kita yang ada pada ketika ini tidak begitu kondusif sehingga membuatkan 6.6 peratus penduduk negara kita menjadi miskin ataupun daif. Segala projek pembangunan negara kita terutama sekali wang yang telah diperuntukan gagal untuk sampai ketangan sebilangan penduduk negara kita. Malahan kegagalan kita untuk memahami kuasa wang ringgit Brunei kita, turut mengeruhkan lagi keadaan.
Jestru itu saya berpendapat dan mencadangkan agar negara kita memahami apa dia menjadi sebuah negara monetari berdaulat. Dengan memahaminya, saya yakin masalah kemiskinan dan kedaifan di dalam negara kita, dapat diatasi dengan sewajarnya. Malahan kita boleh sahaja menjulang negara kita disuatu tempat yang tinggi dalam pesada dunia.
Ingatlah selain daripada kekuatan iman, kita juga memerlukan duit yang secukupnya untuk menggerakan rakyat dan penduduk negara kita dari kancah kemiskinan dan hanya Kerajaan kita sahaja yang mempunyai kuasa untuk "memberikan" wang yang diperlukan melalui program-program pembangunan insan, ekonomi, agama, pendidikan, kebudayaan dan negara. Dan untuk mengetahui cadangan-cadangan saya dalam hal ini, silalah baca coretan-coretan saya yang lalu di dalam blog ini.
Ingatlah selain daripada kekuatan iman, kita juga memerlukan duit yang secukupnya untuk menggerakan rakyat dan penduduk negara kita dari kancah kemiskinan dan hanya Kerajaan kita sahaja yang mempunyai kuasa untuk "memberikan" wang yang diperlukan melalui program-program pembangunan insan, ekonomi, agama, pendidikan, kebudayaan dan negara. Dan untuk mengetahui cadangan-cadangan saya dalam hal ini, silalah baca coretan-coretan saya yang lalu di dalam blog ini.