Negara kita mempunyai banyak sumber bahan dan tenaga manusia namun begitu kita biarkan sebilangan daripada mereka untuk menganggur dan tidak diperlukan. Sementara yang lain pula, kita gunakan dengan secara membazir dan sia-sia. Pada asasnya kita tidak akan pandai kehabisan apa-apa jua benda yang kita anggap penting dan lebih-lebih lagi kita tidak akan pernah kehabisan wang.
Wang cuma merupakan satu instrumen kewangan. Ianya merupakan keperluan awam yang dibuat oleh kerajaan sesebuah negara dalam apa jua kuantiti yang diperlukan pada kos yang hampir sifar. Wang wujud bagi tujuan untuk memindahkan sumber sebenar ke dalam ekonomi. Jika kita ingin mahu menggerakan sumber-sumber tersebut ke dalam seluruh ekonomi kita, dan juga menggerakkannya dengan tujuan produktiviti yang tinggi agar ianya dapat memberikan khidmat kepada orang ramai dan membina masa depan, kita boleh berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu. Dan kita juga boleh membuat apa-apa jua jenis-jenis instrumen kewangan yang kita perlukan untuk mencapai matlamat kita.
Akan tetapi yang menghalang kita untuk berbuat demikian adalah kurang yakin kita terhadap matawang kita sendiri. Kekuatan naluri optimistik kita telah kita kubur dan dilupakan menyebabkan kita tidak begitu yakin dengan kemampuan diri kita sendiri lebih-lebih lagi dengan matawang kita. Sebaliknya kita banjiri minda kita dengan tanggapan negatif, kurang yakin, pasrah dan sebagainya. Kita redha dengan apa yang berlaku dan ada yang setengahnya pula mempertahankan "status quo" tersebut.
Mungkin para pembaca bertanya-tanya apa yang ingin saya sampaikan dalam coretan saya kali ini?
Sebenarnya saya mempunyai perasaan khuwatir dan takut apabila setiap kali saya melihat anak-anak saya. Saya sering bertanya kepada diri saya sendiri, apakah anak-anak saya malah keturunan saya akan terus menikmati dengan apa yang saya nikmati sekarang? Apakah anak-anak dan keturunan kita akan menikmati yang lebih terbaik dari apa yang kita nikmati sekarang di masa akan datang?
Meskipun saya seorang yang mempunyai sifat optimis akan tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh sebilangan orang kita membuatkan saya "pasrah". Sebagai contoh sahaja, baru-baru ini seorang pegawai atasan kerajaan kita telah membicarakan mengenai kelembapan KNDK negara kita sejak 10 tahun kebelakangan.
Dari apa yang dibicarakan oleh beliau, kita sekarang tahu yang negara kita tidak begitu berkembang seperti yang kita harapkan. Kita sekarang tahu yang negara kita tidak begitu berkembang seperti yang dianjurkan dalam Wawasan 2035. Tapi apa kita buat mengenainya? Kita pertahankannya. Kita tidak mendengar apakah langkah-langkah yang akan kita ambil untuk meningkatkan KDNK negara kita. Yang ada pun cuma menyuruh seorang kerani memproses permohanan dari 2,000 kepada 4,000 permohonan pada tahun berikutnya...hehehe
Yang membuatkan saya lebih kagum ialah ketaksuban kita dalam menggunakan khidmat pakar perunding (consultant) dalam segala hal kemajuan negara kita. Kita ada perunding mengenai isu kemiskinan kita , ibu negara kita, tenaga kita, lapangan terbang kita, Sungai Liang kita, Pulau Muara Besar kita, Jambatan kita, dan berbagai lagi. Kita boleh baca perkara ini di sini, sini, sini, sini, sini, sini, sini dan banyak lagi. Silap-silap nak buat jamban pun perlu pakar perunding. Tapi apa yang kita dapat? Kebanyakan hasil kajian yang dibuat kita bukukan dan simpan. Kalau pun ada kita ambil tindakan hanya sebilangannya sahaja yang kita buat, itu pun cuma separuh hati.
Jestru itu saya berharap agar adanya perubahan dalam cara kita berfikir terutama sekali dalam isu kewangan negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai matawangnya sendiri, kita boleh dan mampu menyaingi mana-mana jua negara di dalam dunia dari segi aspek perekonomian, pembangunan, kebajikan, kemakmuran, kesejahteraan dan sebagainya. Yang penting kita perlu yakin dengan wang kita sendiri.....Brunei Yakin!!!!