Ahad, 20 Mei 2012

Lembu Punya Susu....

Membaca satu berita yang terpapar di dalam suratkhabar Brunei Times hari ini, membuatkan saya bertanya kepada diri sendiri, sampai bila kita akan sedar bahawa dasar-dasar kita mengenai perkerjaan pada ketika ini adalah salah.

Jika kita membicarakan isu perkerjaan di dalam negara kita terutama sekali mengenai peluang perkerjaan di sektor swasta, saya boleh mengatakan dengan begitu yakin sekali bahawa orang kaya tidak akan mampu untuk mengwujudkan peluang-peluang perkerjaan dan begitu juga halnya dengan perniagaan, sama ada ianya yang besar, sederhana ataupun kecil.

Pada pandangan saya, apa yang membuat peluang perkerjaan adalah kitaran bulat kehidupan (cricle of life) diantara pelanggan dan perniagaan. Hanya para pengguna sahaja yang mampu menetapkan perjalanan di antara peningkatkan permintaan dan pengambilan perkerja. Dalam erti kata yang lain para pengguna kelas pertengahan (middle class consumers) adalah penjana/pencipta perkerjaan jika dibandingkan dengan seorang peniaga.

Oleh yang demikian, apabila para peniaga sama ada yang besar, sederhana dan kecil mendapat nama ataupun sanjungan dalam isu mewujudkan ataupun sebagai pemangkin kepada perkerjaan, ianya merupakan satu penipuan yang besar, bak pepatah kita - "lembu punya susu tapi sapi dapat nama". Walhal yang terjadi sebenarnya adalah yang sebaliknya.

Sesiapa yang pernah menjalankan perniagaan akan tahu bahawa mengupah lebih ramai orang lagi untuk berkerja adalah merupakan jalan ataupun kaedah yang paling terakhir yang akan dilakukan. Ianya hanya sesuatu yang kita lakukan apabila terdapatnya peningkatan permintaan daripada pelanggan. Maka dalam pengertian ini, dengan menyatakan bahawa pihak sektor swasta adalah pencipta perkerjaan bukan sahaja tidak tepat akan tetapi ianya tidak jujur sama sekali.

Jestru itu saya berpendapat bahawa dasar-dasar negara kita mengenai isu perkerjaan pada ketika ini adalah songsang terbalik, bagaikan filem arahan Tan Sri P. Ramlee - Kelaurga 69. Bagi saya, Kerajaan adalah pemangkin kepada perkerjaan di dalam dunia ini. Dengan keupayaan negara kita untuk membuat wang pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu hasil minyak dan gas ataupun cukai, kita boleh sahaja menjana berbagai jenis perkerjaan yang diperlukan. Tekan saja kekunci papan komputer, 50,000 perkerjaan pun boleh kita jana esok pagi. 

Untuk itu yakinlah dengan matawang kita dan bacalah coretan-coretan saya sebelum ini.