Maka dalam hal ini, saya ingin menyampaikan pandangan saya bagaimana seharusnya kewangan negara berfungsi agar negara kita tidak terjeremus atau terperangkap dengan padangan salah. Pada sudut pandangan saya kewangan seharusnya berfungsi dengan berasaskan kepada prinsip-perinsip seperti berikut:
a. Kerajaan adalah sebuah entiti yang diwujudkan oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diwujudkan untuk kemakmuran sektor persendirian (private) - BUKAN untuk mendapat manfaat di atas kewujudtannya. Jika entiti ini dibenarkan wujud untuk kemanfaatannya sendiri atau menjadi rosak oleh disebabkan pemusatan kuasa atau penyalahgunaan kuasa dalam pengeluran wangnya, maka ianya boleh sahaja diketepikan dengan penolakan rakyat dan penduduk terhadap Kerajaan tersebut.
b. Sebagai pengeluar utama mata wang, Kerajaan perlu terlibat dengan secara lebih aktif dalam pengawalan selia dan juga membantu membina pasarana, agar sektor persendirian mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Pada dasarnya ekonomi adalah satu sistem yang agak kompleks dan dinamik dan ditambah dengan penyertaan para peserta yang tidak rasional. Ianya tidak boleh diharap sepenuhnya untuk mengawal selia dirinya sendiri ataupun untuk berkelakuan secara rasional pada setiap masa. Oleh itu, campur tangan dan penglibatan Kerajaan bukan sahaja bermanfaat dan penting, tetapi adalah satu kemestian. Apa-apa pun jua, pemacuan (driver) kepada pertumbuhan ekonomi adalah sektor persendirian. Meskipun Kerajaan boleh membantu dalam pemerosesan di atas namun ianya tidak boleh diharap untuk menjadi sebagai pengerak kepada inovasi, produktiviti dan pertumbuhan - iaitu pemangkin kepada peningkatan taraf hidupan dan secara asasnya merupakan penghubung utama kepada keperluan mata wang.
c. Wang secara ilmiyah adalah satu lanjutan kepada negara. Jestru itu ianya perlu dikawal selia dengan sepenuhnya oleh Kerajaan. Maka pihak sektor persendirian mestilah menerima mata wang Kerajaan sebagai wang yang sah. Oleh yang demikian kita perlu melihat bahawasanya sektor persendirian dan awam (public) adalah satu rakan kongsi strategik dan bukannya musuh. Kerajaan adalah rakyat dan untuk rakyat dan bukannya antagonis di dalam hal ini. Jestru itu ianya perlu dipergunakan dengan sebaiknya dan sepenuhnya demi kemakmuran sektor persendirian secara maksima.
d. Perbelanjaan defisit Kerajaan dan kutipan cukai perlu berada pada tahap kadar di mana ianya tidak akan membawa beban kewangan kepada sektor persendirian. Oleh kerana Kerajaan bukannya satu perniagaan ataupun sama seperti isi rumah maka Kerajaan tidak seharusnya menguruskan kunci kira-kiranya (balance sheet) demi faedahnya dirinya sendiri. Sebaliknya, cukai dan perbelanjaan Kerajaan perlu diuruskan dengan cara yang paling terbaik dan efektif agar ianya dapat memberi manfaat kepada sektor persendirian dan menggalakkannya untuk terus berkembang, produktif, inovatif dan makmur.
fikir-fikirkan tia.....