Suka banar ku apabila membaca laporan akhbar mengenai negara kita boleh menjadi "hub" bagi segala genap bidang. Hari ini saya terbaca pula dalam suratkhabar Brunei Times, di mana ianya telah melaporkan bahawa negara kita mempunyai potensi untuk menjadi "hub" bagi perkhidmatan pencarian lautan dalam - "Deep Sea Exploration Services". Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Sebenarnya potensi negara kita untuk menjadi hub telah lama diutarakan oleh pihak konsultan dan media. Berbagai hub yang boleh negara kita jadi seperti kewangan islam, kommunikasi, gaharu, pusat data, ICT, pendidikan, penerbangan, barang halal dan berbagai lagi lah hab-hab yang terlintas dalam fikiran. Sebut apa saja, negara kita berpotensi untuk menjadi hab.
Saya rasa apa yang dipaparkan seolah-olah macam "membodek" atau "menganjung" orang kita sahaja. Saya percaya apabila kita diperkatakan mempunyai potensi itu dan ini, bilang orang akan menjadi kambang macam roti paun kana air. Malah sebilangan kita akan mempunyai leretan senyuman yang panjang.
Tapi sedarkah kita semua, perkara potensi untuk menjadi hab ini sudah lama dipercakapkan dan ianya semacam permainan mulut terutama sekali bagi orang luar yang datang ke negara kita. Rata-rata akan bercakap yang negara kita ada itu dan ini dan boleh buat itu dan ini. Saja untuk menyamankan telinga. Akan tetapi realitinya, satu hab pun belum menjadi. Jadi habuk ada pulang.
Jadinya bilakah hab-hab ani boleh dijadikan kenyataan? Apa ianya akan terus menjadi bualan kosong sahaja sebagai pengisi waktu yang terluang?
Untuk hal ini, saya tidak akan memberi cadangan seperti mana yang saya selalu lakukan. Ini kerana untuk menjadi hab, ianya memerlukan komitment yang tinggi dari pihak Kerajaan kita. Sebab itu saya berpendapat - "Tepuklah dada dan tanyalah selera"......