Saya ani mencari-cari bahan untuk ditulis di dalam blog saya untuk kali ini, apabila saya "tersasat" ke laman sesawang salah sebuah bank kita. Dalam laman sesawang tersebut saya terbaca mengenai hasil pulangan yang diperolehi apabila kita membuat peyimpanan di dalam bank tersebut. Kita boleh lihat sendiri akan kadar pulangan yang ditawarkan di sini.
Cuba kita perhatikan kadar pulangan yang diberikan dan tanya kepada diri kita sendiri apakah ianya berbaloi? Jika kita faktorkan akan kesan inflasi (2 peratus) setiap tahun, kita akan mendapati pulangan tersebut akan memberikan kita pulangan negatif. Dalam erti kata lain, duit yang kita simpanan sama seperti kita menyimpan duit di bawah bantal - tidak membawa sebarang hasil langsung.
Berpandukan kepada perkara di atas, dan juga beberapa faktor seperti kelembapan gaji, kenaikan harga barang, beban hutang dan ketiadaan perlaburan yang khusus di dalam negara kita, maka saya tidak hairan kalau Si Karim kita menjadi tarikan besar kepada sebilangan masyarakat kita. Siapa yang tidak terpengaruh apabila kita ditawarkan dengan pulangan yang berlipat ganda?
Kegilaan masyarakat kita dengan skim-skim pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi, pada hemat saya adalah disebabkan desakan kehidupan terutama sekali dalam mencari kekayaan agar hidup itu lebih selesa lagi di atas bumi bertuah ini. Jadinya janganlah hairan jika kita akan terus-menerus mendengar dan melihat berbagai skim-skim kaya tumbuh di dalam negara kita bak cendawan tumbuh dimusim hujan.
Pada pandangan saya jika kita ingin mengelakan perkara sedemikian untuk terus berleluasa, kita perlu akur dengan hakikat bahawa kebanyakan masyarakat kita kini sedang dihimpit dengan beban kewangan berat. Jestru itu kita perlu untuk bertindak dengan sewajarnya dan jika ianya memerlukan negara kita untuk mengurangkan ataupun melupuskan sebahagian atau kesemua hutang rakyat dan penduduk dan seterusnya membuka lebaran baru dalam kehidupan masyarakat kita, maka lakukanlah ia. Ini sesuai dengan sebuah hadith Nabi kita yang bermaksud -
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”
Riwayat Muslim dan Imam Ahmad
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ”Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”
Riwayat Muslim dan Imam Ahmad
Keikhlasan kita dalam membantu masyarakat kita sudah setentunya akan dapat mengelakan kekufuran dan hasad dengki di dalam masyarakat kita, seperti yang disabdakan oleh Nabi kita.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada kekufuran dan hasad mengatasi qadha’ dan qadar.”
Riwayat Abu Naim
Selain daripada kita dapat mendapat rahmat dari tuhan, kita juga dapat memangkin pertumbuhan ekonomi negara kita sesuai dengan kehendak wawasan negara kita. Seperti yang kita sedia maklum pertumbuhan ekonomi negara kita tidaklah begitu memberangsangkan dan ini telah diperakui sendiri oleh orang atasan kita.
Jestru itu saya berpendapat untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang sihat dan berdaya tahan, kita perlu memberi ruang kepada masayarakat kita untuk berbelanja dan menabong. Hanya dengan negara kita berbelanja lebih sahaja yang dapat memberikan ruang tersebut.
Bah, mana tia si Karim ani????..........