Selasa, 29 Mei 2012

Semangat "Gotong-royong"....

Alhamdulilah, semangat gotong-royong di dalam negara kita masih lagi segar bertapak di dalam kalangan jiwa sinarubi masyarakat kita. Perkara ini jelas dilihat apabila Kementerian Pembangunan baru-baru ini telah menjalankan satu insiatif kempen gotong-royong dalam membersihkan persekitaran kita. Langkah yang diambil oleh pihak Kementerian Pembangunan dalam memupok semangat gotong-royong tersebut patut diberi pujian dan diikuti sebagai teladan yang baik. Kita boleh baca sepenuhnya perkara tersebut di sini. Saya penuh berharap agar semangat sedemikian akan dapat terus berkembang di masa-masa mendatang terutama sekali dikalangan generasi muda kita.

Dalam usaha murni yang telah dilakukan oleh pihak Kementerian Pembangunan, sempat juga saya berfikir mengenai kisah penangguran yang terjadi di dalam negara kita. Saya berpendapat jika masih ada perkara yang perlu dilakukan seperti yang diusahakan oleh pihak Kementerian Pembangunan, ini bermakna bahawa peluang perkerjaan sudah setentunya ada dan lebih-lebih lagi peluang perkerjaan awam. Dan sebagai sebuah Negara Monetrai Berdaulat, saya juga yakin yang Kerajaan kita mempunyai kemampuan untuk menawarkan perkerjaan awam kepada mereka-mereka yang memerlukan perkerjaan.

Namun pada hakikatnya, kita dengan begitu sahaja menutup peluang perkerjaan tersebut dengan cara kita membuka tender kepada pihak swasta. Kita lebih "rela" memberi perkerjaan tersebut kepada masyarakat luar daripada kita memberikannya kepada masyarakat kita. Persoalannya kenapa kita berbuat demikian? Kenapa ambok di hutan kita susukan dan anak kita di dalam rumah mati kelaparan?!

Sebahagian daripada kita akan berkata dengan adanya penswastaan perkerjaan tersebut maka Kerajaan kita akan dapat menjimatkan perbelanjaan. Tapi kenapa Kerajaan kita harus berjimat? Sejak bila negara kita kehabisan wang Brunei? Bukankah tujuan berkerajaan itu untuk membantu kita untuk hidup lebih selesa di dalam negerinya sendiri?! Tidakkah kita tahu yang negara kita TIDAK akan menjadi muflis ataupun kehabisan wang Brunei hingga pada bila-bila masa pun!!!!.....

Janganlah juga kita mengambil alasan jika perkerjaan sentiasa disediakan oleh pihak Kerajaan maka semangat gotong-royong dikalangan masyarakat kita akan mula pudar kerana pada pendapat saya, semangat gotong-royong sahaja belum tentu dapat menjamin nasi akan sentiasa ada di atas "kudut" kita. Dalam erti kata yang lain, janganlah kita mengambil kesempatan di dalam kesempitan. Biarlah semangat gotong-royong itu ada pada tempatnya.

Apa-apa pun jua alasan yang diberikan, kita tidak sepaptutnya menutup pintu rezeki masyarakat kita, lebih-lebih lagi apabila Kerajaan kita mempunyai kuasa untuk menyediakan perkerjaan dan juga berkuasa untuk membuat wang Brunei dan membayar gaji pada bila-bila masa sahaja tanpa memerlukan sebarang dokongan. Jika benar pun negara kita tidak dapat menyediakan perkerjaan awam kepada semua rakyat dan penduduk kita, tapi negara kita masih mampu untuk melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh pihak awam ketika ini kepada semua perkerja swasta. Semua ini kerana negara kita adalah sebuah NEGARA MONETRAI BERDAULAT.