Selasa, 22 Mei 2012

Entahlah Badar

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pihak Agensi Pengambilan Tenaga Kerja (APTK) telah begitu giat menjalankan jerayawara dan taklimat dalam usaha mereka menarik lebih ramai anak-anak tempatan kita untuk berkerja di dalam sektor swasta. Kelamrin seramai 150 orang telah dijemput untuk menghadiri taklimat akan tetapi hanya 25 orang yang hadir. Menurut keterangan Pemangku Pemeriksa Buruh Kanan, Haji Ibrahim bin Haji Mokhtar, beliau sendiri kurang pasti kenapa kehadiran di bawah jangkaan. Kita boleh baca laporan sepenuhnya di sini.

Mmmm.....kadang-kadang memberi malas apabila kita ingin mengomen perkara ini apabila kita sendiri tahu akan punca sebabnya. Terus terang boleh saya katakan orang kita mahukan perkerjaan yang mampu menjamin masa depan. Orang kita memerlukan pendapatan yang berbaloi dan mampu memberikan mereka peluang untuk membina kehidupan di dalam negerinya sendiri. Orang-orang kita mempunyai keinginan yang sama seperti dengan orang lain iaitu membina keluarga (khawin), mempunyai kemewahan (kerita, talipon, baju, dan sebagainya).

Jadinya apabila perkerjaan yang ditawarkan gagal untuk memberikan jaminan yang dicari-cari, apa patutkah kita menyelahi mereka kerana memilih perkerjaan?

Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, kebanyakan perkerjaan swasta gagal untuk memberikan gaji yang berbaloi. Tanya pada kita sendiri, apakah dengan gaji B$300 ~ B$500 mampu membina kehidupan di dalam negara kita? Itu belum lagi ditolak dengan TAP, SCP, makanan, perjalanan dan pakaian. Kita sendiri boleh merasakan batapa susahnya untuk membeli barang keperluan. Bawa B$100 ke dalam kedai, dan hitung berapa banyak barang yang boleh kita beli?

Saya bukannya memperkecilkan usaha Kerajaan kita dalam membantu rakyat dan penduduk kita untuk mendapatkan peluang perkerjaan. Akan tetapi sebilangan mereka yang membuat cadangan tersebut, pada pendapat saya, gagal untuk menganalisa dengan lebih mendalam cadangan tersebut. Sebagai contoh sahaja,

a.  Kenapa sebilangan ahli fikir kita begitu taksub dengan pendapat yang pihak swasta boleh menyediakan perkerjaan?

b. Kenapa sebilangan ahli fikir kita berpendapat dengan menswastakan sebahagian kerja awam boleh menjana perkerjaan?

c.  Kenapa sebilangan ahli fikir kita berpendapat yang Kerajaan kita tidak berkemampuan (tidak ada bajet) untuk menyediakan perkerjaan?

Tahukah kita semua bahawa Kerajaan kita sendiri boleh menyediakan berbagai jenis perkerjaan yang diperlukan tanpa menunggu dari pihak swasta?! Sebenarnya negara kita mampu untuk mengaji sesiapa saja yang ingin berkerja. Negara kita tidak akan muflis kalau ia memberi perkerjaan kepada semua rakyat dan penduduk negara ini.

Kenapa saya begitu yakin dengan kenyataan di atas? Saya yakin sebab negara kita mengamalkan sistem kewangan FIAT di mana negara kita boleh membuat wang bila-bila masa sahaja tanpa perlu menggunakan emas, minyak ataupun gas. Kita mempunyai kuasa ini sejak 15 Ogos 1971 dan jika kita tidak percaya sila rujuk di sini. Berpandukan dengan perkara ini, saya juga mendapati bahawa wang atau duit kita itu adalah free.

Nah..Tuan-tuan dan Puan-puan, berapa banyak "bukti" lagi kita perlukan sebelum kita dapat menyediakan perkerjaan kepada semua rakyat dan penduduk kita? Di sana-sini kita sudah mendengar keluahan sebilangan rakyat dan penduduk negara kita mengenai perkerjaan di dalam negara kita sehingga ada sebilangannya "sanggup" kena tipu oleh si Awang Lakim!!!

Maka sekali lagi saya berseru kepada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan untuk membuka minda dan mula memahami dasar sebenar kewangan kita di zaman ini. Janganlah kita masih terperangkap dengan pendapat yang kita tidak berkemampuan.

Fikir-fikirlah...........