Siapa pernah bermain permainan Monopoly? Saya rasa kebanyakan kita pernah bermain permainan tersebut. Tapi tahukah abiskita, permainan Monopoly adalah permainan realiti kehidupan kita? Hariankan. Kita biasa bermain dengannya tetapi kita tidak sedar bahawa permainan tersebut adalah sama dengan kehidupan kita terutama sekali apabila ianya menyentuh pasal kewangan. Tidak percaya mari kita kupas mengenainya.
Ini adalah peraturan permainan Monopoly dan kita semua baca dan fahami mengenainya.
Dalam permainan Monopoly pihak "Bank" yang disebutkan mempunyai kuasa dan pengaruh besar ke atas para pemain yang ikut serta. Dia adalah sumber kewangan, penjaga harta-tanah, penyukai, penyaman, dan pelelong. Malah sebagai sebuah bank yang berkuasa ia tidak boleh muflis dan tidak boleh kehabisan wang. Dan jika perlu pihak Bank boleh sahaja membuat wang dengan menulisnya di atas kertas biasa tanpa memerlukan sebarang benda untuk mendokongnya.
Apa kita semua sudah melihat persamaan bank dalam permainan Monopoly dengan realiti kehidupan kita?
Dalam kehidupan kita siapakah yang mempunyai kuasa sama seperti bank dalam permainan Monopoly? Tidak lain dan tidak bukan - KERAJAAN! Sebuah Kerajaan yang berdaulat mempunyai kuasa untuk membuat wang, mencukai, menyaman, mengawal harta tanah, melelong dan sebagainya. Dan jika perhatikan pemilihan bank dalam permainan Monopoly, ianya menyebut yang para pemain perlu "MEMILIH" salah seorang di antara pemain yang ada sebagai Banker. Nah, jika kita bawa analogi tersebut dalam kehidupan kita, ternayata kita telah memilih sebuah Kerajaan Beraja sebagai banker kita. Samakan!!!...
Objektif permainan Monopoly adalah untuk menjadi terkaya melalui pembelian, penyewaan dan penjualan harta tanah. Dan dalam kehidupan kita adalah untuk hidup dengan keadaan yang selesa, sempurna dan mewah. Para pemain dalam permainan Monopoly boleh kita siratkan sebagai rakyat dan penduduk sesebuah negara. Kita melalui kehidupan kita dengan melakukan beberapa perkara yang sama seperti dalam permainan Monopoly - menjual dan membeli. Dan wang yang kita gunakan sebagai media pertukaran dalam aspek jual/beli, kita perolehi dari Kerajaan. Selain daripada itu juga dalam permainan Monopoly hanya wang Monopoly sahaja yang dapat digunakan dan begitu juga dalam negara kita hanya Ringgit Brunei sahaja yang dapat digunakan.
Dalam aspek mendapatkan wang Kerajaan kita boleh samakan di mana pemain berjaya melakuan satu pusingan dan melimpasi "GO" (satu tugasan) dan menerima wang $200 dari pihak bank, di mana kita sebagai rakyat dan penduduk perlu melakuan satu tugasan sama ada menjadi guru, polis, kerani dan bermacam lagi sebelum kita meneriam "gaji". Dengan wang yang ada kita mula membuat transaksi jual beli dan cuba membina kekayaan kita sama seperti dalam permainan Monopoly.
Nah Tuan-tuan dan puan-puan, kenapa hidup itu saya umpamakan permainan Monopoly. Dan jika kita memahaminya dengan lebih mendalam lagi, kita boleh lihat bahawa untuk maju dan mewah, kita memerlukan seorang Banker yang tidak lokek. Jestru itu, saya berharap mana-mana mereka yang mempunyai kepentingan dapat mengambil iktibar melalui permainan Monopoly ini.
Cuba-cubalah fikirkan......