Hari ini ada dua cerita yang telah dipaparkan dalam suratkhabar Brunei Times yang mana mengkukuhkan lagi pendapat saya mengenai kekapihan orang-orang kita pada ketika ini. Kerana masalah kewangan, ada yang sanggup menipu dan mengandaikan kerjaya. Kerana tidak mampu menyara keluarga, ada yang sanggup mencuri. Kita boleh baca selanjutnya di sini dan sini.
Apa yang saya harapkan ialah agar perkara sebegini dan juga kisah-kisah yang pernah saya bangkitkan di dalam blog ini, dapat diambil secara serius dan kita mula merangka langkah-langkah yang bijak dan bersesuaian dalam mengatasi kekapihan kita. Jestru itu saya mencadangkan agar kita menyediakan plan tindakan yang menumpu kepada penaikan taraf pendapatan dan kehidupan masyarakat kita.
Pada pandangan saya, "one time" penyelesaian seperti pemberian derma yang sering kita lakukan selama ini, tidak akan dapat mengatasi masalah yang berbangkit bagi masa-masa yang mendatang. Bak pepatah orang inggeris... "give him a fish, he can feed himself for one day but give him a fishing rod, he can feed himself for a life time..".
Jestru itu, kita perlu melihat perkara ini dengan pandangan yang terbuka dan rasional dan jika ianya memerlukan kita untuk berbelanja lebih agar penyelesaian tersebut bercorak jangka panjang dan mampan maka lakukanlah ia. Kita sebagai sebuah negara monetari berdaulat MAMPU meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan penduduk negara kita, Brunei Darussalam.