Mari kita baca laporan yang terdapat di dalam suratkhabar Brunei Times mengenai perkembangan ekonomi di negara Thailand. Menurut laporan tersebut, pihak IMF menjangkakan yang KDNK negara Thailand akan berkembang pada kadar 5.5 peratus pada tahun ini dan 7.5 peratus pada 2013. Peningkatan permintaan dalaman melalui pembangunan semula dan juga langkah-langkah pencegahan banjir adalah di antara faktor menyebabkan kenaikan KDNK Thailand pada tahun ini. Kita boleh baca sepenuhnya di sini.
Jika kita amati laporan tersebut kita akan mendapati fakta-fakta seperti berikut:
a. Kenaikan KDNK Thailand adalah disebabkan aktiviti pembangunan semula dan ini dijana melalui pembiayaian besar.
b. Peningkatan permintaan dalaman mendorong kenaikan KDNK Thailand. Ini tercetus melalui perkerjaan yang terbit melalui pembangunan semula dan juga usaha/langkah-langkah pencegahan banjir - perkerjaan tempatan (local employment). Semua ini memerlukan perbelanjaan (duit) yang besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara tersebut.
Semua ini boleh kita buktikan dengan laporan yang dibuat di mana ianya telah menyebutkan...."The Thai economy is expected to rebound sharply this year, thanks partly to monetary easing and a large government fiscal package, said the International Monetary Fund.."
Nah para sidang pembaca, seperti yang saya pernah laung-laungkan selama ini, untuk ekonomi terus berkembang, ianya memerlukan perkembangan wang atau duit atau usin yang seiring. Kenyataan di atas cukup membuktikan kepada semua yang kita tidak boleh "karitkan" duit untuk berbelanja lebih. Dengan fakta yang ada di mana kita boleh membuat duit kita sendiri dan ianya free, kita seharusnya berbelanja sakan demi kemajuan negara kita dan lebih-lebih lagi peningkatkan kepada taraf kehidupan rakyat dan penduduk kita.
Perkara yang serupa pernah saya bangkit tidak lama dahulu dan kita boleh bacanya di sini. Malahan jika kita baca data-data ekonomi negara-negara yang maju di dalam dunia ini, kesemua mereka berbelanja lebih daripada "periuk" mereka sendiri. Ada yang di antara negara tersebut mempunyai hutang lebih daripada 2 kali ganda dari hasil KDNK negara mereka. Dan negara Singapura yang mempunyai nilai matawang yang sama dengan negara kita, mempunyai hutang awam (public debt) sejumlah 96 peratus dari KDNK negara tersebut. Nah! bandingkan dengan negara kita yang mempunyai 0 peratus hutang. KDNK kita tidak mahu naik-naiknya setiap tahun seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2035.

Renungkanlah perkara ini dan tanya kepada diri kita sendiri, apa negara kita boleh mencapai wawasan 2035 dengan keadaan kita sekarang?!
Fikir-fikirlah.....