Khamis, 10 Mei 2012

Pahat Dan Tukul

Saya kebiasaannya menulis mengenai dasar kewangan negara kita dan bagaimana ianya boleh membantu negara kita dalam mencapai wawasan 2035. Namun kisah semalam telah mengamit diri saya untuk membuat coretan ini.

Kelmarin KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan kita telah menyuarakan rasa tidak senang hati baginda mengenai beberapa tindak tanduk yang telah diambil oleh mereka-mereka yang diberikan tugas, amanah dan tanggungjawab dalam mentadbir negara kita. Dari isu surau di Lapangan Terbang hingga potret baginda yang terpapang di jalan-jalanraya kita. Memang perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh baginda adalah perkara-perkara yang benar dan masuk akal dan patut diambil perhatian oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab.

Teguran baginda membuatkan saya berfikir akan tatacara kita semua dalam melakukan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan kepada kita. Saya dapat merasakan yang kita ini boleh diibaratkan seperti pahat dengan tukul. Sudah dikatuk barukan berkerja. Kalau tidak, kita akan main angguk-angguk ataupun tidak mahu ambil tahu.

Memandangkan perkara ini, maka saya merasa tidak hairan kalau rakyat dan penduduk sebagai penerima dasar kerajaan sentiasa merasa bahangnya. Kepakaran, ilmu, pengetahuan dan pengalaman kerja yang ditimba selama ini seolah-olah tidak kita gunapakai. Malahan kita begitu malas untuk berfikir diri sendiri sehingga kita sanggup berbelanja berjuta-juta ringgit bagi 'menggajihi' perunding-perunding (consultant) untuk memikirkan bagi pihak kita. Ngalih sahaja dihantar keluar negeri untuk mendapatkan ijzah, serjana, kedoktoran, lawatan kerja, mesyuarat, tapi akhirnya tidak jua dipraktikan dan digunapakai. Last-last, panggil perunding untuk memikirkannya.

Jika ini kita amalkan sebagai budaya kerja kita, saya yakin segala hasrat kita untuk mencapai wawasn 2035 tidak akan kesampaian. Kita boleh bungkus balik buku wawasan tersebut dan simpan bawah katil. Saya boleh 'takahi' KDNK kita tidak akan pernah mencecah 6 peratus dan segala impian untuk menjadi 10 negara teratas di dalam dunia, boleh kita anggap sebagai satu mimpi yang indah di siang hari.

Pada pandangan saya, kita sepatutnya berasa syukur apabila KDYMM melantik kita sebagai seorang yang mempunyai peranan penting dalam jentera pentadbiran kerajaan. Dan kita perlu mempunyai iltizam yang tinggi untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam memajukan negara kita. Gunakanlah secara maksimanya pegawai-pegawai kita yang ada dalam membantu kita menjalankan tanggungjawab kita. Tidak semestinya kita berada kerusi yang tinggi, kita akan tahu segala-segalanya. Adalah buruk rupanya apabila kita ditegur mengenai sesuatu perkara yang tidak sepatutnya menjadi teguran.

Entahlah badarrrrrrrrrr!!!!........