Isnin, 21 Mei 2012

Mencari Duit

Saya amat tertarik dengan laporan yang dibuat di dalam suratkhabar Brunei Times pada hari ini mengenai usaha Majlis Perundingan Kampong (MPK) Kampong Kiudang Mungkom dalam menjana pendapatan melalui pengkomersilan Taman Wasai Bedanu. Mengikut kenyataan timbalan pengurusi MPK Kampong Kiudang Mungkom, Arman bin Haji Johairi, mempromosikan taman tersebut akan menjana pendapatan dan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan penduduk kampong. Kita boleh baca selanjutnya di sini.

Kisah yang dibangkitkan oleh pihak Brunei Times mengenai usaha penduduk Kampong Kuidang Mungkom dalam menjana pendapatan mereka telah mengingatkan saya kepada satu coretan yang saya pernah buat tidak lama dulu. Kita boleh bacanya di sini.

Bayangkan jika MPK Kampong Kuidang Mungkom mempuyai kuasa untuk membuat atau mencetak duit mereka sendiri. Apa mereka akan masih jua bersusah payah untuk mempromosikan Taman Wasai Bedanu untuk mendapatkan wang atau duit?

Seperti yang kita maklum, MPK Kampong Kuidang Mungkom tidak mempunyai kuasa untuk membuat duit kerana mereka bukanlah sebuah entiti Kerajaan Berdaulat. Lagipun Kampong Kuidang Mungkom bernaung di bawah panji-panji Negara Brunei Darussalam. Kampong tersebut juga merupakan sebahagian daripada wilayah Negara Brunei Darussalam. Jestru itu penduduk kampong apatah lagi ahli jawatankuasa MPK tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menerbitkan matawang mereka sendiri.

Saya membangkitkan perkara ini adalah semata-mata untuk memperkukuhkan lagi perhujahan saya mengenai menjadi sebuah entiti monetari berdaulat. Sebagai sebuah negara monetari berdaulat, negara kita mempunyai kuasa untuk membuat wang Ringgit Brunei dan negara kita boleh membuat sebanyak mana yang diperlukan dan juga pada bila-bila masa ianya diperlukan. Pada dasarnya negara kita TIDAK perlu menunggu hasil jualan minyak ataupun gas mahupun cukai untuk berbelanja. Meskipun negara kita kehabisan minyak dan gas untuk dieksport, ianya masih juga tidak menghalang Kerajaan kita untuk berbelanja walaupun satu sen!

Nah bandingkan ianya dengan MPK Kampong Kiudang Mungkom, apa mereka boleh menjana pendapatan tanpa perlu menjual sesuatu?.....

Fikir-fikirkan tia........