Pada coretan kali ini saya ingin mengupas persoalan sama ada kita ini kaya di dalam negara bertuah, Brunei Darussalam. Coretan ini pernah saya tulis dalam blog saya yang lama pada tahun lepas dan saya membangkitkan semula dalam blog ini adalah semata-mata untuk membuka minda kita bersama.
Selain daripada itu juga saya ingin membuat kita semua untuk melihat pada diri kita sendiri dan bertanya sesama kita sejauh manakah sudah kita berusaha dalam memantapkan dan memajukan negara kita. Bagi pandangan saya jika kita masih lagi beranggapan yang pembangunan serta pensejahteraan rakyat dan penduduk negara memerlukan negara kita mencari dana terlebih dahulu, maka hasrat kita untuk menjadi 10 negara teratas di dalam dunia pada 2035 boleh saja menjadi satu angan-angan.
Kebiasaannya Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dikira berdasarkan dengan formula berikut:
KDNK = C+G+I+(X - M) yang mana;
C = Perbelanjaan Penggunaan Persendirian
G = Perbelanjaan Penggunaan Kerajaan
I = Pelaburan
X = Eksport
M = Import
Formula di atas mengira KDNK berdasarkan kepada pendekatan perbelanjaan (expenditure approach). Satu lagi cara mengira KDNK ialah dengan melalui pendekatan pendapatan (income approach). Dan formulanya adalah seperti berikut:
KDNK = C+S+T yang mana;
S = Simpanan Persendirian (Swasta)
T = Cukai
Jika kita gabungkan kedua-dua formula tersebut kita akan mendapat:
C+S+T = C+G+I+(X - M)

Menghapuskan C sebagai yang sama dan menyusun semula formula, kita berakhir dengan:
(S - I) = (G - T) (X - M)
Di atas diterjemahkan kepada tiga baki sektor (sectoral balances):
(S - I) = Dometik Persendirian
(G - T) = Bajet Kerajaan
(X - M) = Luaran
(S - I) = (G - T) (X - M)
Di atas diterjemahkan kepada tiga baki sektor (sectoral balances):
(S - I) = Dometik Persendirian
(G - T) = Bajet Kerajaan
(X - M) = Luaran
Baki sektor mengatakan bahawa jumlah simpanan persendirian (S) tolak pelaburan (I) perlu sama dengan defisit awam (perbelanjaan, G tolak cukai, T) campur dengan net eksport (eksport (X) tolak import (M)), di mana net eksport mewakili simpanan bersih yang bukan bermastautin.
Satu lagi cara untuk mengatakannya adalah bahawa jumlah simpanan persendirian (S) adalah sama dengan pelaburan (I) dicampur dengan defisit awam (perbelanjaan, G tolak cukai, T) ditambah dengan net eksport (eksport (X) tolak import (M)), di mana net eksport mewakili simpanan bersih yang bukan bermastautin. Semua perhubungan ini (equation) adalah satu perkara perakaunan dan ianya bukan satu pendapat.
Berdasarkan di atas dan menggunakan data-data JPKE semasa - laporan BDKI 2011, saya telah memasokkan beberapa nombor ke dalamnya dan mendapati satu kesimpulan yang amat menarik.

2008
(B$ Juta)
|
2009
(B$ Juta)
|
2010
(B$ Juta)
| |
Pelaburan, I
|
694.6
|
713.3
|
853.1
|
Perbelanjaan Penggunaan Kerajaan, G
|
3,722.5
|
3,919
|
4,055.2
|
Cukai, T
|
11,378
|
6,392.9
|
9,134.9
|
Eksport, X
|
6,576.6
|
6,229.9
|
5,744.1
|
Import, M
|
5,559.8
|
5,515.2
|
5,500.4
|
Simpanan Persendirian, S
|
- 5,944.1
|
- 1,045.9
|
- 3,982.9
|
Dari hasil di atas maka tidak hairanlah, kalau kebanyakan orang kita merasakan dirinya semakin sukar untuk hidup di negara ini. Tidak hairanlah, kalau kebanyakan orang kita mempunyai banyak hutang. Tidak hairanlah, kalau orang kita memohon wang zakat atau sedekah. Tidak hairanlah, kalau orang kita menghulurkan sampul surat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda setiap kali baginda bertemu dengan rakyatnya. Tidak hairanlah, kalau KDNK negara sentiasa sedih setiap tahun. Semua ini hanya kerana kita kapih. Ya..Tuan-tuan dan puan-puan, kita sebenarnya KAPIH!!!. Perkara ini boleh kita sahkan dengan laporan yang ini, ini, ini dan ini.
Jadi apakah jalan penyelesaiannya? Bagi saya bacalah semua coretan saya selama ini dan fahamilah ianya dengan lebih baik lagi. Setelah itu, gunakanlah pegetahuan yang kita perolehi untuk mengubah haluan negara kita, Brunei Darussalam. Insyallah, kita mampu memantapkan negara sambil meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan penduduk negara kita.