Hari ini di dalam suratkhabar Brunei Times ada memetik Ketua APTK, Mawardi bin Haji Mohammad, bercakap mengenai keperluan mereka-mereka yang mengikuti skim SLP untuk lebih komited dan serius di dalam perkerjaan mereka. Pada pandangan beliau para pencari perkerja perlu lebih serius dalam pencarian mereka dan mengambil apa saja peluang yang ada. Kita boleh baca selanjutnya di sini.
Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini, usaha Kerajaan kita dalam menanai isu pengangguran adalah amat disanjung sama sekali. Berbagai usaha dan inisiatif yang dipertengahkan dan dilakukan oleh Kerajaan kita dalam membantu sebilangan penduduk negara kita dalam mencari rezeki yang halal. Akan tetapi persoalan saya adakah segala perkerjaan yang ditawarkan itu mampu memberikan gaji yang bermakna ataupun berbaloi bagi membina kehidupan di dalam negara kita?
Kita perlu akur kepada realiti kehidupan, yang orang berkerja sama ada di dalam Kerajaan, swasta ataupun persendirian mempunyai satu matalamat iaitu untuk memiliki duit, wang, usin, fulus.....Kenapa demikian? Ini kerana kita hidup di dalam zaman yang memerlukan duit. Sekarang ini, serba-serbinya memerlukan duit. Dari kita lahir hingga selepas kita mati pun masih memerlukan duit. Kain kapan perlukan duit. Makan 3, 7, 30, 100 hari memerlukan duit. Doa arwah setiap tahun juga memerlukan duit. Menzairahi kubur pun perlukan duit - air asahasahan, minyak kerita. Cari tia di dalam dunia ini di mana kita hidup ataupun mati tidak memerlukan duit.
Jestru itu kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri jika perkerjaan yang ditawarkan mampu memberikan pendapatan yang bermakna kepada mereka yang memerlukanya? Apa dengan gaji B$400 setiap bulan boleh mampu membina keluarga di dalam negara kita? Saya rasa ada sebilangan kita akan berkata, orang asing dengan gaji B$400 sebulan boleh jua hidup di dalam negara kita, anikan orang kita. Tanggapan itu memang betul. Tapi kita belum mengupas lebih lanjut lagi kenapa orang asing boleh atau mahu berkerja di dalam negara kita.
Kepada mereka-mereka yang mempunyai tanggapan sedemikian, saya mencadangkan jika Kerajaan kita menwartakan seperti berikut kepada semua perkerja asing di dalam negara kita.
- Melaratkan potongan TAP dan SCP.
- Majikan tidak menyediakan kemudahan perumahan.
- Majikan tidak menyediakan kemudahan kenderaan.
- Majikan tidak menyediakan tambang 2 tahun.
- Majikan tidak menyediakan permakanan.
- Majikan tidak menyediakan lektrik dan air percuma.
Jika itu Kerajaan kita lakukan kepada setiap perkerja asing di dalam negara kita, berapa ramai kah perkerja asing yang akan tinggal dan berkerja di dalam negara kita? Jangan tah jauh, jika pembantu rumah (amah) kita buat sedemikian. Apa dia akan lama bertahan berkerja dengan kita?
Oleh yang demikian kita perlu lebih kreatif dalam usaha kita untuk memberikan peluang perkerjaan kepada penduduk negara kita. Jangan mudah kita beranggapan yang penduduk kita adalah pemalas dan terlalu memilih perkerjaan. Pada pandangan saya - hakikatnya tawaran gaji ataupu insiatif yang ada belum cukup kuat untuk mengubah paradigma penduduk kita.
Maka dalam hal ini sekali lagi saya mencadangkan seperti berikut:
a. Kerajaan kita menyediakan perkerjaan awam kepada setiap mereka-mereka yang berkemampuan untuk berkerja. ATAU
b. Jika Kerajaan kita tidak "mahu" menyediakan perkerjaan awam, Kerajaan hendaklah melaratkan segala kemudahan yang diperolehi oleh perkerja awam pada ketika ini kepada semua perkerja swasta. DAN
c. Kerajaan kita memberi elauan atau gaji kepada semua anak-anak sekolah kita bermula dari peringkat pra.
Saya yakin dan percaya, jika kita lakukan di atas segala permasalahan pengangguran, kemiskinan dan kedaifan di dalam negara, akan dapat kita atasi sepenuhnya. Sebagai sebuah negara monitari berdaulat, Kerajaan kita berkemampuan untuk melaksanakan cadangan yang diberikan. Negara kita tidak akan jatuh muflis dalam melaksanakan cadangan yang diberikan.