Kadang-kadang terfikir juga jika mereka-mereka yang mempunyai sijil, ijazah, kedoktoran dan sebagainya betul-betul mempunyai kepintaran seperti mana yang diharap-harapkan. Apa yang dilihat dan didengar masa kini, nampak gayanya harapan itu ternyata jauh meleset.
Kenapa perkara ini dibangkitkan?
Hari ini terbaca mengenai laporan yang terdapat di dalam suratkhabar tempatan, mengenai kisah ekonomi negara UK. Nampaknya dasar yang diambil oleh Kerajaan UK sekarang telah banyak mengugat pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Perkara ini boleh dibaca di sini.
Apa yang menarik perhatian ialah usaha negara tersebut dalam memangkin pertumbuhan ekonomi mereka. Dan salah satu cara yang dapat mereka fikirkan ialah dengan mengenakan cukai kecemasan (emergency tax) kepada mereka-mereka yang kaya. Cukai kecemasan ini dilihat sebagai usaha kebangsaan (national effort) dalam mengatasi situasi ressi negara berkenaan.
Tapi apa yang menarik sebenarnya ialah kepintaran mereka dalam mentadbir negara UK. Jika dibaca dalam laporan tersebut, di sana ada menyatakan seperti berikut:
.....The coalition's hard line austerity programme has so far failed to
rejuvenate an economy sinking deeper into a double-dip recession.......
Dalam erti kata lain - dasar program penghematan yang dibuat dan digubal telah gagal untuk menjana ekonomi UK!!! Dan sekarang pihak memerintah mahu mengenakan lagi cukai untuk membaiki keadaan. Luruskah tu?! Penghematan (pengurangan belanjawan ataupun kurang wang mengalir) telah membawa ressi. Sekarang cara untuk mengatasi kemelut ekonomi UK adalah dengan mengeluarkan wang dengan lebih banyak lagi dari ekonomi melalui cukai kecemasan. Inda gila dimana tu!!!!! Perkara serupa pernah dibangkitkan pada awal tahun ini melalui blog lama. Sila rujuk di sini.
Betulkan apa yang dipercakapakan selama ini - untuk memangkin pertumbuhan ekonomi yang sihat, negara perlu mengeluarkan wangnya. Negara perlu berbelanja besar. Bak pepatah - To have a growing economy, you need growing supply of money.... Tidak ada cara lain untuk menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Rakyat dan penduduk perlu mempunyai wang lebih dalam tangan mereka agar mereka dapat terus berbelanja dan menjana pertumbuhan ekonomi. Hanya negara sahaja yang mempunyai keupayaan untuk memberikan wang lebih ke dalam tangan rakyat dan penduduk.
Sesungguhnya penghematan belanjawan tidak pernah dan tidak berupaya untuk menjana pertumbuhan ekonomi. Noktah! Banyak contoh boleh dilihat dan dibaca seperti negara Greek, Spanyol, Itali, Portugal, Ireland, US, Peranchis dan berbagai negara lain. Kesemua mereka ini telah dan sedang mengamalkan perhematan belanjawan dalam usaha mereka memangkin pertumbuhan ekonomi. Dan hasilnya, rata-rata semuanya GAGAL!
Jestru itu adalah diharapkan yang negara Brunei tidak akan mengikut jejak langkah yang diambil oleh negara-negara yang disebutkan tadi. Negara perlu yakin dengan keupayaan matawangnya sendiri. Tiada ada yang lebih ampuh selain dari matawang sendiri dalam memangkin ataupun menjana pertumbuhan ekonomi negara sendiri.
Renung-renungkanlah....