Alhamdulillah sejak tibanya bulan Ramadhan, beberapa aktiviti yang berbentuk amal kebajikan telah banyak diungkayahkan oleh sebilangan besar masyarakat di dalam negara ini. Saban hari pihak media masa sama ada dalam tv ataupun suratkhabar akan menyiarkan aktiviti kebajikan yang dijalankan. Dari pemberian derma hingga kepada memuncang-muncang untuk mereka-mereka yang memerlukan bantuan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk memperlipatkan ganda pahala yang ada bersempena bulan mubarak ini.
Namun begitu dalam keghairahan masyarakat menghulurkan bantuan, pernahkah diantara yang ada terfikir jika perkara ini boleh dipertingkatkan lagi? Bukan niat untuk memperkecilkan segala usaha yang telah dilakukan akan tetapi persoalannya sekarang ialah sampai bilakah perkara tersebut harus berlanjutan. Bukankah sudah tiba masanya untuk melihat suasana negara sifar miskin seperti yang dihasratkan oleh KDYMM? Kemanakah perginya, sifat taat setia dan menjunjung titah bangsa Brunei?
Pernah teman di dalam halaman sosial memberitahu ataupun merista mengenai pada satu ketika dulu semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar ibni Abdul Aziz, kebanyakan umat islam pada ketika itu semuanya kaya. Kemiskinan ini tidak kedengaran malahan mengikut sejarah, umat islam ketika itu berlumba-lumba untuk menghulurkan zakat sehingga Baitumal penuh dengan harta zakat kerana tidak ada lagi orang yang mahu menerima zakat. Nah, cuba bandaingkan dengan zaman sekarang - apa yang terjadi adalah sebaliknya. Masyarakat sekarang berlumba-lumba untuk mendapatkan wang zakat!
Jika semasa zaman pemerintahan Umar, wang yang berasaskan ataupun bersandarkan kepada emas boleh menghapuskan kemiskinan, kenapa zaman sekarang wang yang tidak berasaskan ataupun bersandarkan kepada emas ataupun apa-apa jua benda yang berharga, malahan ianya free, tidak boleh menghapuskan kemiskinan? Zaman sekarang wang boleh sahaja dibuat pada bila-bila masa dan seberapa banyak mana yang diperlukan. Jadinya dimanakah silap semua ini? Alangkah manis dan indahnya jika negara dapat mengembalikan zaman kegemilangan islam tersebut. Sesungguhnya bukankah negara berhasrat benar untuk menjadi sebuah negara zikir. Renung-renungkanlah.....
Akhir kata "Selamat Hari Raya Aidilfitri...Mohon Maaf Zahir dan Batin"...........