Semua orang tahu yang kebanyakan barang yang terjual di dalam negara, semakin hari semakin menaik. Naik gaji ataupun tidak, harga barang masih juga naiknya. Dapat durian runtuh - seperti pengeluaran ESH ataupun tidak, harga barang tetap juga naik. Perkara ini boleh dilihat sendiri dengan laporan yang dibuat oleh JPKE mengenai Indeks Harga Pengguna (IHP) negara - Mei 2010 sehingga Mei 2012 sahaja, IHP terutama sekali untuk makanan dan minuman telah meningkat dari 109.0 kepada 115.2.
Jadinya apabila pihak JPKE memaklumkan mengenai kawalan harga pada awal bulan lepas ianya bagaikan pucuk dicita ulam yang mendatang. Kenapa? Kerana perkara ini pernah dibangkitkan di dalam blog pada awal bulan April tahun ini di mana dalam coretan tersebut, kawalan harga merupakan salah satu cadangan yang dibuat. Sila rujuk di sini.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPKE, Abdul Amin bin
Haji Hashim dengan adanya kawalan harga yang dibuat, negara berharap ianya akan dapat meningkatkan lagi keyakinan para
pengguna dan juga mengalakan mereka untuk membeli-belah di dalam negara. Dengan adanya
rakyat dan penduduk berbelanja di dalam negara ianya akan dapat
meningkatkan suasana ekonomi negara - begitulah harapan pihak JPKE. Sila baca selanjutnya di sini.
Namun begitu apa yang ingin dibangkitkan di sini ialah jangka tempoh yang diberikan dalam pengawalan harga tersebut. Menurut laporan sebelum ini, kawalan harga ini adalah sementara sahaja dan ianya akan berakhir pada hari raya nanti. Perkara ini boleh dirujuk di sini. Persoalannya, kenapa buat sementara waktu sahaja jika negara boleh melakukan kawalan harga? Selain daripada itu jika kawalan harga ini membawa banyak kebaikan kepada rakyat dan negara kenapa ianya tidak biarkan sahaja tempohnya? Begitu juga kenapa hanya terhad sahaja barang yang dikawal?
Yang pastinya perkara kawalan harga ini membawa banyak kebaikan kepada semua pihak. Jika tidak, mana mungkin negara dan terutama sekali JPKE akan mengambil tindakan sedemikian. Tapi yang sedihnya tahu perkara itu membawa banyak keuntungan tapi ianya masih sahaja dihadkan...mmmm.
Iatah diri nda paham tu....huhuhu