Ada satu laporan akhbar yang begitu mencuit hati. Ianya mengenai kisah pinjaman bank kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri minyak dan gas. Dari laporan yang dibuat berbagai isu telah dibangkitkan diantaranya korupsi, kesenangan mendapatkan pinjaman, keuntungan, laporan kewangan dan sebagainya. Semua perkara itu boleh dibaca di sini dan sini.
Seperti yang pernah dicoretkan sebelum ini, mana ada bank di dalam dunia ini yang mahu rugi. Meskipun satu sen. Perkara ini jelas diperkatakan apabila laporan yang sama memetik beberapa Ketua Perbankan tempatan dalam memberi hujah mereka mengenai keperluan menjaga margin keuntungan dan harta bank.
"If we do borrow more, it will firstly, support the local economy, and
secondly, it will give us better returns. That is a statement I really
want to make, and that we are ready and we are keen to lend to local
companies,".....Bank Baiduri.
"profit margins would be unsustainable if local banks were to compete with foreign competitors in US dollars,".....HSBC Brunei.
"Where there are long periods of little to no profitability, or little
to no growth, or even unreasonably low growth, how can you put this
forward if this company is barely existing?".....Citibank Brunei.
"If it means we need to commit some capital where we have two to four
individuals who are mentors to these SMEs, I am prepared to make that
investment of $50,000 to $100,000 as it will generate a $2-3 million
return,".....BIBD.
Jadinya apa yang nak dibuat?
Entahlah. Tapi apa yang pasti wang itu adalah percuma. Wang itu tidak memerlukan apa-apa jua benda yang berharga dalam proses pembuatanya. Wang itu boleh sahaja dibuat pada bila-bila masa dan sebanyak mana yang diperlukan. Pembuatan wang tidak semestinya dalam betuk fizikal. Berasaskan kepada fakta ini, apakah masih perlu takut untuk kehilangan wang?!
Jestru itu jika kesemua entiti yang terlibat ini benar-benar mempunyai keinginan untuk memajukan negara maka, sama ada Kerajaan ataupun Bank ataupun PKS itu sendiri, perlulah untuk bangkit dan melangkah kehadapan dalam memecah kebuntuan yang ada. Tiada gunanya untuk terus-menerus menunding jari diantara satu dengan yang lain. Sesungguhnya jika perkara ini terus berlarutan, yang pastinya kesemua pihak juga yang menanggung ruginya.
Fikir-fikirlah........