Nampak gayanya tidak semua penerima-penerima elaun sara hidup (ESH) merasa gembira. Menurut laporan yang dibuat oleh suratkhabar tempatan, ada sebilangan penerima langsung tidak menerima apa-apa akan hasil simpanan mereka selama ini gara-gara pemotongan tunggakan hutang kepada pihak Kerajaan. Perkara ini telah membuatkan sebilangan daripada mereka yang terlibat berasa agak terkilan dan kecewa. Perkara ini boleh dibaca selanjutnya di sini.
Membaca laporan ini telah mengingatkan kepada dua coretan yang pernah dikeluarkan di dalam blog ini. Ianya mengenai duit itu free dan apa dia ringgit Brunei. Jika difahami dengan betul kesemua duit yang terdapat di dalam dunia ini adalah free ataupun percuma. Duit sekarang ini tidak memerlukan apa-apa untuk dibuat ataupun diterbitkan. Semua ini adalah disebabkan dunia telah menggunakan sistem kewangan FIAT sejak 15 Ogos 1971. Itu adalah tarikh apabila President Nixon menamatkan kaitan wang US dengan emas.
Dengan kewangan fiat, duit boleh sahaja dibuat tanpa memerlukan sebarang dokongan kepada benda-benda yang berharga. Sekarang, duit tidak lagi memerlukan emas, minyak, gas, timah, intan atau apa-apa pun jua. Begitu juga halnya dengan wang negara. Ringgit Brunei tidak memerlukan hasil jualan minyak ataupun gas untuk dibuat. Tekan saja beberapa butang di atas papan kekunci komputer, duit sudah pun tercipta. Tak percaya, tanyakan bahagian TAFIS di Kementerian Kewangan.
Selain daripada itu, duit kertas yang sering bertukar tuan itu pun bukan duit yang sebenarnya. Seperti yang pernah dicoretkan sebelum ini, ianya hanya satu kertas atau polymer yang mengatakan si pemilik wang kertas itu mempunyai wang yang tertera di atas kertas atau polymer tersebut. Maksudnya jika wang kertas itu berwarna merah dan terulis 10 ringgit bererti si pemilik wang kertas itu mempunyai wang B$10 dalam akuan simpanan Kerajaan. Sejujurnya duit kertas itu adalah IOU Kerajaan!
Perkara ini boleh disamakan dengan pemilikikan kerita, tanah, rumah dan sebagainya. Semua pemilik tersebut itu tahu yang mereka memiliki kerita, tanah, rumah dan sebagainya dengan hanya memiliki sekeping kertas. Itu saja. DUIT ITU CUMA NOTASI PERAKUANAN dan realitinya, ia tidak dapat dipegang apatah lagi dicium-cium - seperti yang sering dilihat di kawasan-kawasan ATM..hehehe. Tak percaya - tanyakan di bahagian galleri AMBD, kemana perginya duit-duit Begawan, siri 1972, 1989 ataupun kenapa sebilangan kedai tidak mahu menerima duit yang koyak/pudar jika duit kertas itu adalah duit sebenarnya ataupun kenapa ada duit B$1,000 dalam bentuk syling?!!!!
Secara ilmiahnya, kesemua orang yang memiliki duit itu sama ada secara fizikal ataupun alam maya, sebenarnya memiliki akikah negara. Kerana semua orang ingin bernaung dan ditadbir di dalam Negara Brunei Darussalam, maka kesemua orang telah bersetuju untuk membentuk sebuah kerajaan. Dan untuk mentadbir negara terutama sekali dari segi aspek ekonomi maka, Kerajaan terpaksa memudahkan urusan rakyat dan penduduk negara dengan membuat duit Brunei. Itulah sebab utama kenapa tidak ada orang pernah membawa 50 ekor kerbau ke NBT untuk ditukarkan dengan sebuah kerita Toyota Prado!
Persoalanya sekarang, kenapa harus disusahkan dan dilokekkan dalam mendapatkan duit Brunei? Sayang tekala duit/usin Brunei itu masih lagi laku ianya tidak digunakan dalam membantu dan memakmurkan rakyat dan penduduk negara. Sesungguhnya raykat dan penduduk negara perlu memaksimakan penggunaan duit Brunei dalam kehidupan seharian mereka. Tiada gunanya duit Brunei itu disimpan kerana negara masih boleh sahaja membuat duit di masa hadapan. Yang penting sekarang, negara memerlukan duit yang banyak untuk mengalir ke dalam ekonomi agar sasaran KDNK negara dalam wawasan 2035 tercapai.
Renung-renungkanlah...