Saya percaya para pembaca blog ini mengetahui yang saya selalu menulis akan keperluan Kerajaan kita untuk terus berbelanja dan jika boleh berbelanja lebih besar daripada kebiasaannya. Tidak dinafikan memang Kerajaan kita selalu berbelanja dan sebagai contoh, baru-baru ini Kerajaan kita melalui Kementerian Pembangunan telah menandatangani kontrak bernilai B$106 juta dengan 10 syarikat tempatan untuk 10 kerja pembangunan yang telah dirancang. Kita boleh membaca selanjutnya di sini.
Alhamdulilah. Secara jujurnya saya amat bersyukur yang Kerajaan kita masih terus sahaja berbelanja. Saya juga percaya bahawa setiap kali Kerajaan kita berbelanja, ianya akan membawa rahmat kepada kita semua. Tapi apa-apa pun jua dalam kita menikmati kemudahan yang bakal diterima itu nanti, kita perlu bertanya pada diri kita sendiri, berapa banyak penduduk negara kita akan menikmati duit B$106 juta itu? Apa yang saya maksudkan di sini adalah berapa banyak kali duit itu akan singgah ke dalam tangan kita?

Bayangkan jika duit yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan selama ini banyak membuat persinggahan sebelum ianya balik ke tempat asalnya. Saya yakin ramai daripada kita akan menikmati kelebihannya melalui keupayaan kita untuk berbelanja. Kita boleh beli kerita, beli tv, beli mobile baru, beri wang saku kepada anak kita, melancong, naik haji dan berbagai lagi.
Kita perlu faham bahawa setiap kali duit yang dikeluarkan oleh Kerajaan singgah ke tangan kita, ianya bererti kita mempunyai kemampuan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan kita. Dan setiap kali kita berbelanja berertinya duit yang kita gunakan itu akan berpindah ke tangan baru dan ianya akan meningkatkan lagi taraf kehidupan si penerima pula. Dan begitulah seterusnya sehingga duit tersebut sampai balik ke tangan pihak AMBD (balik ke asal). Dengan adanya banyak persinggahan yang dibuat oleh duit Kerajaan ke dalam ekonomi kita, maka ianya sudah setentunya akan menaikan KDNK negara dan seperti yang kita maklum KDNK merupakan pengukur asas kepada kekuatan ekonomi sesebuah negara.
Dengan kefahaman ini, sekarang kita dapat merasakan kenapa sekian lamanya KDNK negara kita seakan-akan tidak mahu naik-naiknya. Begitu juga, kenapa kita sentiasa merasa kekurangan dalam kehidupan kita meskipun Kerajaan sudah berbelanja berbillion-billion ringgit sebelum ini. Semua ini kerana gara-gara duit yang dikeluarkan oleh Kerajaan gagal untuk membuat banyak persinggahan ke dalam tangan kita. Itu saja.
Dasar kita yang menumpukan kepada lebihan belanjawan merupakan faktor besar kenapa duit Kerajaan jarang-jarang singgah ke tangan penduduk (lihat sini). Potongan terhadap gaji dan pendapatan seperti TAP, SCP dan cukai hasil juga membuat duit Kerajaan singgah sebentar seperti dalam pit Formula One. Kebaikan pihak institusi kewangan kita dalam membantu kita juga penyebab "Haji Matussin" lebih gemar bermaustatin di institusi kewangan daripada rumah kita. Sikap kita yang taksub dalam mencari "value for money" dalam urusan Kerajaan (penswastaan atau public-private initiative), menyekat duit untuk keluar dari bilik peraduannya. Dan berbagai-bagai lagi. Pokoknya mana-mana kaedah yang menghalang untuk membuat duit untuk "berehat" di dalam dompet kita adalah penyebab kita merasa daif, miskin, kapih, pokai.
Jadinya apa harus kita buat agar duit Kerajaan tersebut untuk lebih banyak membuat persinggahan ke dalam tangan kita?
Jadinya apa harus kita buat agar duit Kerajaan tersebut untuk lebih banyak membuat persinggahan ke dalam tangan kita?
Baca blog saya dan fahami isi kandungnya. Insyallah duit Kerajaan kita akan sentiasa singgah ke dalam tangan kita....peace!