Selasa, 14 Ogos 2012

Rambang-rambang Kuasi

Japan Economic Growth Slows As Consumer Spending Dwindles - Itulah tajuk utama yang menjadi perhatian. Ianya menceritakan mengenai keadaan ekonomi negara Jepun. Menurut berita yang terpapar di dalam suratkhabar tempatan, negara matahari terbit itu sedang mengalami kelembaban ekonomi disebabkan pengurangan perbelanjaan pengguna yang mana kebanykannya terdiri daripada rakyat dan penduduk negara itu sendiri. Ini menyebabkan ekonomi negara tersebut berkembang hanya pada kadar 0.3 peratus pada bulan April - Jun.

Greece Economy Shrinks - Tajuk kedua yang menjadi perhatian. Menurut laporan yang dibuat negara Greek kini dalam tahun ke 5 menghadapi resessi. Penangguran kini berada 23.1 peratus atau 1.15 juta orang. Ekonomi negara mengalami pengecutan 6.5 peratus pada suku pertama dan 6.2 peratus suku kedua 2012. Namun begitu negara tersebut masih juga mengamalkan penjimatan belanjawan dan masih berharap mereka akan dapat menjimatkan 11.5 billion Euro.

Spreading Joy For Upcoming Raya - Usaha Kerajaan dalam memberikan sedikti keceriaan dan keriangan kepada mereka-mereka yang memerlukannya. Menurut laporan yang dibuat kebanyakan keluarga yang terbabit adalah merupakan keluarga yang kurang berkemampuan atau dalam erti kata yang lain - miskin. Sebilangan keluarga yang terlibat hanya mempunyai pendapatan diantara B$10 ke B$50 dan mempunyai keluarga (isteri dan anak-anak) yang perlu diberi makan dan dibajuhi.

Jadinya soalan rambang-rambang kuasi untuk kali ini ialah apakah pengajaran yang terbit dari kisah-kisah yang dipaparkan? Kata pembayangnya ialah Haji Matussin!

Renung-renungkanlah.........