Agak menghairankan kenapa kebanyakan orang masih mempunyai pendapat yang duit itu bukannya percuma ataupun free. Tidakah mereka tahu bahawa pada 15 Ogos 1971, dunia telah mengalami perubahan yang amat drastik. Mulai dari tarikh tersebut, dunia tidak lagi memerlukan dokongan emas untuk membuat duit. Jestru itu bagi mereka-mereka yang tertinggal kapal Labuan dan masih sangsi akan perkara yang dibentangkan sila rujuk di sini.
Berasaskan kepada fakta di atas, negara juga tidak ketinggalan dalam mengalami perubahan yang telah dinyatakan. Malah negara sendiri telah menerbitkan poster mengenai tatacara Kerajaan membuat duit bagi kemudahan orang ramai untuk memahami proses pembuatan duit negara. Meskipun poster itu dibuat dan jalak-jalak terpapar, masih terdapat mereka-mereka yang buta hati untuk memahami poster tersebut lantas mereka pun tertinggal kapal Labuan.

Selain daripada itu ada sebilangan mempunyai pendapat bahawa membuat duit itu adalah sama seperti mencap atau mencetak duit. Walhal perkara yang sebenarnya, pembuatan duit itu tidak memerlukan mencap ataupun mencetak duit secara fizikal. Duit kebanyakannya dibuat secara digital ataupun dawat (buku lejar ataupun buku 555). Dengan menekan beberapa punat di atas papan kekunci komputer, duit dengan sekelip mata sudah dibuat - seperti TAFIS. Contoh terbaik adalah apabila seseorang itu menyemak baki duitnya melalui mesin ATM. Mana ada orang pernah nampak duit fizikal yang terpapar, kan?!. Yang ada pun cuma nombor dalam skrin komputer dan sekeping kertas resit. Itu pun masih juga ada yang tertinggal kapal Labuan.
Impak orang yang tertinggal kapal Labuan ini telah banyak membawa kesan yang mendalam kepada kehidupan rakyat dan penduduk negara. Dari isu kemiskinan hingga membawa kepada ESH. Dari lektrik pra bayar hingga kepada pemberian duit raya. Dan duit free menjadi susah....ini semuanya kerana gara-gara sebilangan orang tertinggal kapal Labuan.