Kelmarin Kerajaan telah mengorak lagi satu langkah dalam usaha untuk membangun dan memajukan negara dengan termetrainya perjanjian diantara Kerajaan dengan SQW China Limited bagi projek khidmat nasihat - Master Planning and Interim Project Management for the Agro-technology Park (ATP). Phasa pertama bagi ATP ini akan siap dalam masa 30 bulan dengan penyiapan 50 hektar kawasan yang terdapat di ATP ini di Kampong Katok. Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.
Secara amnya usaha ini adalah amat-amat dialuk-alukan kerana potensi yang bakal terhasil dari projek seumpama ini. Namun begitu apa yang agak mengelirukan ialah kenyataan yang dibuat oleh pakar perunding dan juga media masa serta kedudukan pihak MIPR. Apa yang di maksudkan mengelirukan? Mari baca kenyataan ini:
.....Gary Ho, managing director of SQW China Limited, said the park will help
with the nation's drive for economic diversification through the
attraction of "high value inward investment" the commercialisation of
research of agriculture and food products, forestry, pharmaceuticals,
cosmetics and aromatics......
Jika diamati kenyataan tersebut ianya memberitahu bahawasanya ATP akan membantu usaha negara dalam memperbalgaikan ekonomi melalui penarikan kedalam pelaburan bernilai tinggi. Menarik pelaburan?!!! Soalan pertama yang terbit ialah, Apa salahnya duit negara - Ringgit Brunei atau Brunei Dollar atu? Kalau SQW China Limited sanggup menerima bayaran bagi khidmatnya dalam matawang negara, kenapa perlu menarik wang asing?
Lucukan...negara berbelanja berjuta-juta untuk membangun pasarana dan berbagai lagi, sesudah itu negara perlu menarik pelaburan asing atau dalam erti kata yang lain - matawang asing untuk membangunkan ATP. Lupakah MIPR bahawa pada asasnya negara tidak perlu menunggu pelaburan asing untuk melabur di dalam negara. Negara tidak perlu menunggu firma-firma besar dari luar negara untuk datang dan memangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Sesungguhnya negara sendiri mampu untuk membuat semua perkara seperti yang diharapkan di atas kerana negara mempunyai kemampuan terutama sekali dalam aspek kewangan. Negara adalah sebuah negara monetari berdaulat. Nak buat industri farmasi, tekan sahaja beberapa punat di atas papan kekunci komputer sama seperti Kementeraian Kewangan mengkreditkan akuan SQW China Limited untuk membayar perkhidmatan yang mereka hulurkan. Tak perlu bersusah payah lagi untuk menulis check, bah!!!...
Kadang-kadang apabila memikirkan hal sedemikian, membuatkan tertanya-tanya apakah orang kita betul-betul ikhlas dalam membangun negara. Kenapa persoalan ini? Jika negara berkemampuan mengupah Trans Resoucres Corporation untuk mengubah suai lapangan terbang dengan harga B$130 juta dan juga mampu untuk mengupah UEM Builders untuk membuatkan 4,000 buah rumah di Kampong Mentiri dengan harga B$388.3 juta, kenapa negara masih perlu menunggu pelaburan asing untuk ATP?
Renung-renungkanlah.............
Masih kurang yakin bahawa negara mempunyai kemampuan untuk menubuhkan firma dan melabor di dalam negaranya sendiri? Perhatikan sahaja RBA, RBC, RBT (Duty Free), RBTS, Dorchester Collection, Petroleum Brunei, BICB, BLNG, BSP, BSM, BGC, BST, BMC, DST, Semaun Holding, TelBru, Ghanim International, BIACC, Piper Aircraft Inc, Imprimis.
Bukankah kesemua itu milik negara dan ada sebahagiannya mempunyai rekod
perniagaan yang baik dan terkenal diseluruh dunia. Nah, jika negara
mampu berbuat seperti yang dinyatakan, apa negara masih memerlukan
pelaburan asing untuk melabur di dalam negara?