Selasa, 7 Ogos 2012

Ironi Kehidupan

Apakah ini disebabkan terlepas pandang atau kerana gagal untuk memahami kewangan negara. Itulah persoalan yang timbul apabila membaca laporan yang terdapat di dalam suratakhbar tempatan hari ini. Negara masih mempunyai sebilangan keluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan paling menyedihkan ialah apabila ada diantara mereka itu tidak mempunyai kemudahan asas seperti air bersih dan api lektrik. Berita sepenuhnya boleh di baca di sini.

Sedih itu adalah luahan rasa hati. Lebih kesal lagi apabila dikenang-kenang semula, perkara seumpama ini tidak perlu lagi timbul di dalam negara. Sebagai sebuah negara monetari berdaulat perkara kedaifan ini tidak sepatutnya masih ada dalam kamus negara. Tapi apa akan daya, sebilangan masyarakat lebih rela dan suka melihat sebilangan rakyat dan penduduknya untuk merasa kedaifan kehidupan. Malahan ada yang sudah berceramah untuk tidak terlalu meminta-minta.

Kerana gagal untuk berfikir diluar kotak (outside the box), sebilangan daripada masyarakat sanggup membiarkan negara untuk bakal kehilangan saintis, guru cemerlang dan bermacam-macam lagi. Kerana begitu taksub akan kewangan, sebilangan daripada masyarakat sanggup membiarkan sebilangan rakyat dan penduduknya untuk hidup dalam kegelapan. Kerana takut wang kehabisan, sebilangan masyarakat sanggup membiarkan setengah rakyat dan penduduknya untuk hidup dalam kepayahan.

Yang membawa tragis mengenai semua ini adalah apabila 99 peratus rakyat dan penduduk negara ini merelakan dengan apa yang telah berlaku. Mereka berasa bersyukur dengan apa yang terjadi disekeliling mereka. Malahan, ada sebilangan rakyat dan penduduk sanggup mempertahankannya dengan rasa penuh bangga akan kepincangan yang ada. Sungguh tragis.

Begitulah ironi kehidupan............