Hari ini terpapar dalam suratkhabar tempatan mengenai impak pengeluaran ESH terhadap ekonomi negara baru-baru ini. Menurut laporan yang dibuat, pihak JPKE menjangkaan ada perkembangan postif terhadap perekonomian negara. Namun begitu pertumbuhan ini merupakan secara pendek sahaja dan diramalkan ekonomi negara akan menjadi sedia-kala apabila wang ESH mula susut. Laporan sepenuhnya boleh dibaca di sini.
Mmmmm....apa yang dimaklumkan oleh pihak JPKE tersebut sama seperti apa yang dicoretkan selama ini. Untuk memangkin pertumbuhan ekonomi, wang juga perlu tumbuh seiring. Oleh kerana rakyat dan penduduk negara ini tidak mempunyai kuasa untuk membuat wang Brunei maka Kerajaan terpaksa (sama ada suka ataupun tidak) membuat wang dan memberikan wang tersebut kepada rakyat dan penduduknya - melalui perkerjaan, bantuan, tender dan sebagainya.
Membaca laporan yang dibuat, apa perlu dinafikan lagi akan hubungan wang dengan ekonomi? Sesungguh negara mempunyai kemampuan untuk terus menerus serta meningkatkan pertumbuhan ekonominya tanpa perlu gusar akan kedudukan kewangan yang ada. Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara monetari berdaulat. Negara boleh membuat wangnya sendiri dan berbelanja dalam ekonominya sendiri tanpa perlu menunggu hasil jualan minyak dan gas. Semua itu boleh dilakukan sejak dunia meninggalkan standard emas pada tahun 1971.
Nah!..sekarang bayangkan sahaja jika negara memberi peluang kepada rakyat dan penduduknya untuk mempunyai wang lebih di dalam tangan mereka. Setentunya perkara ini akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara seperti di dalam laporan akhbar. Jestru itu bagi menentukan yang rakyat dan penduduk negara ini sentiasa mempunyai wang lebih di dalam tangan mereka, adalah disarankan untuk negara:
- Melaratkan segala kemudahan yang diterima oleh para pekerja sektor awam kepada semua pekerja sektor swasta (rakyat dan penduduk tetap sahaja).
- Memberi gaji atau elaun kepada semua anak-anak sekolah dari peringkat pra lagi.
- Memberi wang saku B$2,000 kepada setiap rakyat dan penduduk pada setiap tahun.
- Mempertingkatkan lagi subsidi negara.
- Mentiadakan potongan TAP dan SCP kepada para perkerja yang berpendapatan B$1,200 kebawah.
- Menggurangkan cukai pendapatan kepada 10 peratus.
- Mentiadakan cukai ke atas semua barangan import.
Pada kesimpulannya, mempunyai wang lebih seperti pengeluaran ESH baru-baru ini, telah memberikan kesan yang postif kepada ekonomi negara meskipun ianya dalam jangka masa pendek. Dan jika negara mengambil saran di atas, sudah pastinya ekonomi negara akan berkembang secara pesatnya. Negara tidak perlu menunggu 2035 untuk menjadi di antara 10 negara teratas di dunia.
Renung-renungkanlah.........